31 May 2006

Malaysia, Maafkan Kawan (merujuk Utusan Melayu 31.05.2006 ruangan Forum oleh Rakyat Prihatin)

Perhatian::Sila baca entry sebelum iaitu TRAGEDI untuk tahu kisah lanjut pengalaman kawan di bumi Jogjakarta

Kawan merasai bagaimana berdiri dengan takut ketika gempa bumi. Bila takut, kawan lupa siapa kawan di Jogja bahawa kawan datang Universitas Gadjah Mada untuk belajar perubatan dan bakal seorang doktor. Bukankah tugas seorang doktor itu mengurangkan kesakitan dan penderitaan serta menenangkan kegelisahan pesakit? Kawan bukan tidak tahu jumlah kematian mangsa gempa bumi dengan kejamnya meningkat. Kawan tahu. Tetapi kawan tidak pernah terlintas untuk tundukkan ketakutan kawan untuk nyawa-nyawa mereka. Kawan memang pentingkan diri sendiri. Apa yang kawan lakukan cuma berharap kawan dan semua teman-teman kawan di sini selamat dan dapat keluar dari bumi Jogja secepat mungkin dan menghilangkan trauma di Malaysia. Kawan cuma mengerti rasa risau keluarga kawan di tanah air dan berharap kembali kepada mereka dengan selamat. Kawan juga hanya risau nyawa kawan berakhir di Jogja.

Kawan baru sedar yang kawan telah kurangkan jumlah tenaga manusia yang mampu membantu nasib mereka di sana. Sedangkan, kerajaan Malaysia sendiri sedang menghantar bantuan ke sana. Tapi, kenapa kawan dengan tanpa rasa bersalahnya balik? Maafkan kawan kerana merosakkan nama Malaysia. Maafkan kawan kerana ada rasa takut. Maafkan kawan kerana tidak yakin dengan keupayaan kawan sebagai pelajar tahun pertama perubatan. Maafkan kawan kerana langsung tidak terdetik di hati untuk membantu mangsa gempa bumi sewaktu kawan masih di Jogja. Maafkan kawan kerana mendahulukan kerisauan keluarga dari mereka yang setiap saat berkurang ahli keluarga. Maafkan kawan kerana membiarkan teman-teman kawan yang berkorban ketakutan untuk membantu mereka di Jogja. Maafkan kawan untuk trauma. Maafkan kawan sebab kawan tidak bersedia dari segi mental dan fizikal. Maafkan kawan kerana bertindak seperti orang yang mementingkan diri sendiri walaupun paling tidak kawan bersimpati. Maafkan kawan untuk berlindung di tanah air sendiri.
Maafkan kawan, Malaysia...


Photobucket - Video and Image Hosting

kawan lupa menjadi orang bertanggungjawab


Petikan Utusan Malaysia, 31 Mei 2006

Forum

Pelajar Malaysia patut bantu mangsa gempa

TAKZIAH untuk warga Yogyakarta yang dilanda gempa bumi. Marilah kita sama-sama meminta pertolongan daripada Allah s.w.t. dan sama-sama menghulurkan bantuan apa yang patut.

Tetapi tindakan 65 orang pelajar Malaysia yang meninggalkan tempat tragedi amatlah dikesalkan. Mereka seolah-olah mementingkan diri sendiri dan membiarkan mangsa gempa bumi menderita sendirian.

Ada di antara mereka adalah bakal doktor dan ahli farmasi. Sepatutnya mereka menghubungi Kerajaan Malaysia dan memaklumkan bahawa mereka dalam keadaan selamat dan meminta kerajaan mengirimkan ubatan atau apa-apa yang sepatutnya.

Amat malang, mereka memberikan gambaran yang amat buruk terhadap prilaku rakyat Malaysia dan ketiadaan tanggungjawab.

Sedangkan pada waktu yang sama kerajaan mengumumkan akan menghantar bantuan perubatan dan sukarelawan bagi membantu mangsa.

Mereka lari daripada masyarakat yang selama ini mereka anggotai.

- RAKYAT PRIHATIN,

Kulim, Kedah.

untuk menderma::
+Mercy Malaysia
+Mercy International
+IDEP Foundation
+UNICEF
+Islamic Relief
+Save The Children
+World Food Programme

credits::
+gambar ihsan Ida
+utusan malaysia
+Rakyat Prihatin
+teman-teman seperjuangan yang masih di Jogja
+gempa bumi yang menyedarkan kawan walau pahit untuk kawan lalui

29 May 2006

Tragedi

Sudah Syuruk - 27 May 2006


Argh! Not again.. Subuh lewat lagi! Selesai solat, kawan baring atas katil. Onkan 'radio pinjam' sambil layan Suaragama.fm. Mata tak rasa nak tidur. Kawan termenung kosong. Tiba-tiba, kawan rasa bilik kawan bergoncang. Dalam hati, ni mesti kapal terbang terbang rendah. Kawan ignore. Tapi, gegaran makin kuat. Lampu bilik bergoncang dan padam. Radio kawan jatuh. Rak buku terbalik.

Gempa Bumi!

Tapi, kawan kaku. Kawan tak tahu nak bertindak balas macamana. Dalam pikiran, kawan rasa asrama kawan dah nak runtuh. Kawan akan mati tertimbus. Goncangan berterusan, seolah-olah kawan berada dalam sampan. Tapi tak lama, tak sampai seminit gegaran berhenti. Kawan cepat-cepat capai handphone lari turun tingkat bawah dan pergi ke tempat parking kereta. Semua orang dah kat situ. Pogung Baru jadi kecoh!

Kawan masih panic dan rasa seolah mati hidup semula tapi berlagak biasa.

2 jam kemudian.

Selesai breakfast di gerai, kawan lepak depan ruang tv. Kawan dah ready siap-siap passport dalam poket seluar. Kawan pikir Gunung Merapi yang meletup, tapi ternyata silap Gunung Merapi masih bertenang. Tiba-tiba, bumi bergempa lagi! Kawan panic..

2 jam kemudian

Gempa lagi. Tapi kecil. Namun dah cukup mencuakkan kawan. Tiba-tiba kawasan luar asrama kawan kecoh. Kawan keluar dari asrama. Semua orang muka ketakutan, berlari berselerak.

"Air! Air!"

Mas Robby berlari ke arah kawan. "Masuk mobil aku! Air udah sampai Jakal!"

Kawan panic lagi. Nua, Jaz, Syed, Rangga dan Amer masuk kereta Robby. Kami putus idea. Dalam pikiran kami, air tsunami dari selatan melanda Jogja. Kami keluar ke Jakal. Keadaan huru-hara! Kami putus idea mahu lari ke mana. Kami tidak naik ke tanah tinggi di utara Jogja, Gunung Merapi kerana takut Merapi meledak! Kami satu kereta gelabah. Budak-budak tadika tanpa orang tua lari ketakutan. Kereta berpusu-pusu di simpang empat. Keadaan sudah tidak terkawal lagi. Polis-polis menenangkan keadaan bahawa tidak ada tsunami, tapi kami tidak percaya. Kawan dapat rasakan tsunami cuma beberapa meter di belakang kawan. Kawan dah terbayang kematian. Terbayang keluarga dan kawan-kawan yang lain yang tidak ada pengangkutan untuk lari jauh. Argh! Kawan terus kontek keluarga.

Kami lari ke Solo yang agak jauh dari selatan Jogja. Keadaan lebuh raya masih lagi sibuk. Trafik yang kacau-bilau memungkinkan kemalangan dan ternyata ada kenderaan yang rosak akibat itu. Kami meneruskan perjalanan menyelamatkan diri. Robby tidak putus-putus berpesan kepada kami berdoa agar selamat.

Kami berhenti di Candi Prambanan. Masih jauh untuk sampai ke Solo. Erwin dan Syed pergi cari makanan. Kami dapat lihat sekitar Prambanan, keadaan lagi teruk dari Pogung Baru. Banyak rumah runtuh dengan hancur! Orang-orang cedera di tepi jalan! Kawan risau dengan gempa yang akan datang!

2 jam kemudian.

Gempa lagi. Kami terus ke tepi jalan. Berita yang kami terima, tiada tsunami. Air yang dikecohkan itu cuma air yang limpah dari paip pecah akibat gempa yang dasyat. Kami sedikit lega. Trauma tsunami di Acheh mungkin menyebabkan semua hilang arah. Kami masih belum pasti sama ada mahu ke Solo atau tidak. Semua keliru. Tapi, kami buat keputusan, balik Pogung Baru. Packing barang-barang penting, kalau keadaan makin serius kami lari ke Solo. Segera!

Kami dapat maklumat gempa berlaku setiap 2 jam. Dengan bag berisi baju-baju, passport dan sikit makanan yang kawan ada, kami bersedia di kaki lima asrama. Iya, gempa memang setiap 2 jam! Setiap kali gempa, kami lari keluar ke semak samun yang tiada bangunan di sekitar. Begitulah kawan. Menunggu dengan penuh rasa takut dan lari dengan penuh berharap. Dalam kepala kawan, kawan mahu lari dari derita ini. Bawaklah kawan ke mana-mana pun. Kawan mahu lari.

Famili telefon kawan. Suara mereka memang menggugat kesabaran kawan. Kawan rasa tenang bercampur takut. Iya, kawan memang penakut. Takut untuk mati. Kawan paksa diri jadi berani, tapi kawan masih takut.

Menjelang Asar

Gegaran terakhir sebelum Maghrib. Kawan diberitakan gempa-gempa susulan cuma gempa-gempa kecil. Kawan jadi sedikit tenang. Sedikit sahaja. Bekalan elektrik sudah OK. Robby ajak kawan pusing Jogja lihat keadaan sekitar Jogja selepas gempa.

Pemandangan seolah Jogja baru selesai jadi medan peperangan. Tidak semua bangunan yang runtuh tapi masih ada yang rosak teruk. Ambarukmor Plaza yang baru siap retak teruk. KFC di dalamnya tunggang terbalik. Lantai satu Plaza Saphir rosak teruk. Kaca-kaca bertaburan. Gramedia juga rosak. Namun, masih banyak juga bangunan yang bertahan dan utuh. Cuma retak. Kawan kasihan.

Kami melewati hospital-hospital. Mangsa-mangsa gempa memenuhi ruang parking hospital. Infuse bottle cuma digantung di pokok-pokok. Ambulans berterusan keluar masuk. Pesakit bertambah dan terus bertambah. Hanya satu perkataan terlintas di fikiran kawan. Sengsara.

Kami pulang ke Pogung Baru. Kami diberitakan lagi, satu lagi gegaran akan berlaku pada jam 10 malam. Yang pasti, pengkaji tidak dapat mengesahkan tahap kuat gegaran itu. Mungkin teruk mungkin tidak. Kawan cuma bersedia untuk paling dasyat. Kawan dan yang lain cuma baring di kaki lima. Teman-teman seasrama kawan yang dari Indonesia, sudah ada yang menyelamatkan diri ke Bandung dan Solo. Yang tinggal tidak sampai separuh.

Kawan dan rakyat Malaysia yang lain diberitahu bahawa kalau keadaan menjadi serius kami semua akan di bawa pulang ke Malaysia. Kawan gembira. Kawan rasa sedikit lega dan benyawa. Kawan sangat-sangat berharap dapat pulang ke Malaysia. Kawan tak larat nak menanggung perasaan ketakutan. Kawan cuma fikir kawan mahu selamat. Kawan dah tak sanggup menikmati kenangan ini sekali lagi. Penakut kan, kawan?

Jam 11 malam

Gempa yang dijanjikan. Tidak sekuat yang di sangka. Namun, kawan masih beranggapan masih banyak gempa-gempa susulan. Kawan masih rasa bangunan asrama kawan akan runtuh. Kawan masih terbayang akan ada gempa lagi kuat dari pagi tadi. Mungkin itu tanda-tanda orang trauma.

Jam 1 lebih pagi-28 May 2006

Helwa call Nuwa. Kawan bertambah gembira. Berita 80 orang Malaysia pertama akan diberi peluang pulang ke Malaysia. Siapa cepat dia dapat. Tempat evakuasi student Malaysia agak dekat dengan asrama kawan. Kawan bersama yang lain cepat-cepat ke sana. Iya, kami dapat tempat. Tapi teman kawan yang lain tak dapat. Kawan serba salah. Kami semua yang NAK balik sila ke Solo segera akan ada pesawat TUDM pada jam 3 pagi. Kami bergegas naik taxi ke Solo. Tapi perasaan kawan tak tenang. Kawan rasa kawan pentingkan diri sendiri. Kawan rasa kawan penakut dan kejam. Maafkan kawan.

Selepas Subuh

Kawan bersedia di tempat berlepas. Royal Malaysian Air Force Hercules C130 dah menunggu kami semua. Bila kawan dalam pesawat, kawan rasa selamat dan kawan rasa Jogja sudah tidak akan gempa lagi. Berbeza dengan perasaan kawan sewaktu di Jogja, kawan rasa Jogja akan terus gempa dan akan hancur. Kawan bingung.

Jam 11.55

Pesawat TUDM tidak lah selaju pesawat komersial yang lain. Sudah lah pening dengan gegaran, kawan jadi pening dengan penerbangan yang seperti menonton Band Of Brothers. Kami tiba di Subang. Sudah ada ibu bapa yang menyambut kami. Ibu bapa kawan tunggu di Terengganu. Kawan bersama Ida menumpang Ayah Jaz untuk ke terminal bas di Gombak. Tapi tiket KL-Terengganu sold out. Kawan tension. Terus, kawan dan Ida naik tren ke Terminal Putra. Alhamdulillah, tiket masih ada. Kami naik Atieza Ekspres jam 10 malam.

Jam 5.30 pagi-29 May 2006

Kawan tiba di Terminal Bas Tanjung, Terengganu. Selesai solat subuh di situ, parent kawan tiba. Kawan rasa selamat. Kawan rasa seperti baru bangun dari mimpi ngeri.

Notakaki::

  • nantikan entry Malaysia, Maafkan Kawan

26 May 2006

Bioskop Hokkuden::X-Men 3-The Last Stand

Photobucket - Video and Image Hosting

Kawan tak tahu nak komplen hape dengan X-Men 3-The Last Stand. Kawan nonton 2 kali dalam dalam 2 hari berturut-turut*gile ke hape aku? batak sangat dah lame tak jumpa cinema semenjak duk Indon*. So, kawan rase secara kasarnya kawan ngerti 97% lah jalan cherita X Men kali nih. Seriously, kawan harapkan lebih aksi dan lebih dramatik untuk sequel ke-3. Bila first 5 mins, kawan dah kagum dan rasa mesti pas-pas ni lagi dramatik. Tapi, babak-babak seterusnya kawan rasa takde lah segempak mane. Mungkin sebab terlalu banyak mutants, menyebabkan cerita setiap mutant tu tak dapek di ekplorasikan semaksimunnya. Kawan sadis nengok Jimmy, budak yang dapat supresskan kuasa mutant lain setakat tu je cerita dia. Baik suruh kawan berlakon. Setakat buat muka innocent duk lam bilik putih, kawan pun boleh laaa.. Pastu, ngan mamat Angel a.k.a Warren. Personally, ni antara karakter paling kawan respek. Kawan impressed gile. Huh! Tapi, setakat 2 3 ketul babak je, menyebabkan kawan lupakan Angel ni bagaikan angin lalu je. Baik ko suruh burung kakak tua berlakon jadi Angel. Lagi aa aku impressed. 10 kali pun sanggup nonton. Yang lagi ngok ngek pasal X-Men nih, kenapa Cyclop mati awal?! Arghh!! Sawan kawan dibueknye! Kalau mati di medan peperangan. boleh gak kawan berdiri dalam cinema tu sambil bertepuk tangan. Tapi mati tengah romen. Ada ka? Magneto punye kalah pun cikai gak. Stakat cucuk jarum tu, budak tadika pun mampu la. Ke mana menghilangnya bajet berjuta-juta? Ni mesti korupsi nih. Simpan lam poket pergi bercuti kat Bali. Arghhhh!!

WALAUBAGAIMANAPUN, ada jugak mende yang kawan terkesima saat nonton. Babak Prof. Xavier dah nak mati tu kawan kagum gila. Walaupun terlalu awal Charles nak mati, tapi babak tu kreatif. Phoenix punye power pun bole tahanlah lain dari yang lain. Dasat.. dasatt.. Tak terkomen kawan dibueknyo.. Lagi ape haa yang best. MMM.. Ha, Kawan suke tengok kecomelan Kitty. Comel, tapi bijak. Ha, kali ni Storm dah tak sesampah macam X-Men 2. Kawan rase Halle Berry tak disia-siakan. Watak Storm memang banyak betul kegunaan dia kali ni. Asek-asek dia je. Mane tak asek dia je, sebab Scott dengan Jean kan dah kecundang. Sebab tu, dekat credits name die second yang kuar. Lepas tu, babak Beast mengganas pun kawan ternganga. Layan aa.. walaupun sekejap. Ha.. ni lah masalahnya. Bila dah banyak sangat mutant, dan semua orang nak tunjuk power, jadi power-power tu tak dapat dinikmati sekonyong-konyongnya*apa bahasa haku nih?*

Dah.. dah.. tak nak haku komplen lagi pasal X-Men. Sebagai ahli fan club X-Men, tak leh kutuk lebih-lebih sangat.. kang kena lucut jawatan. Papepun, aku arappp sangat ada X-Men 4. Ade Gambit. Pastu yang dah mati dalam X-Men 3 idup balik*Hehe.. Bole ka?*

rating::7/10 (korang pedulik hape? aku punye blog, aku punye suke laa nak rate berape2 pun)

24 May 2006

Bioskop Hokkuden::The Da Vinci Code

Photobucket - Video and Image Hosting

Puas nonton. Kawan tak penah baca novel Dan Brown, so kawan tak jangka lebih-lebih dari muvi ni. Kawan tak nak promote cite ni kat sape-sapa. Pendek kata, kawan suka. Kalau kawan suka, tak semestinya korang suka. Kalau korang tak suka, kawan pedulik hape, lantak kawan lah nak suka ke tak. Hiks. Pasni X-Men III pulok*excited*.

  • Tepukan gemuruh sambil berdiri sampai berdarah tapak tangan untuk Dan Brown*hang ni kreatif aa..*, cinematography yang cun, orang yg bertanggungjawab masukkan babak sejarah-sejarah, ending dan 'penyelewengan' sejarah.

  • Tepukan gemuruh sampai merah-merah tapak tangan untuk pengarah cite ni dan babak ritual*pendek sangat aa..*

  • Tepukan gemuruh sahaja untuk lakonan Tom Hanks.

  • Tepukan biasa-biasa sambil duduk untuk lakonan lain-lain.

  • Tepuk tak nak tepuk untuk 'Sophie'*muke cam mok cik aa..*

sElAmAt gOrEnG PoP kOn

nota kaki::sori untuk terlalu lama bagi kawan untuk hapdet. Bizi siket. Nanti update lagi. Chiawx~!

11 May 2006

Hari Ibu Di Seluruh Dunia

Si Jr wish kawan Hari Ibu. Herk? Hari ni Hari Ibu?! Tak tau pun. Tadi kawan bukak utusan.com, dekat banner atas tu dia tulis Hari Ibu jatuh pada 13 Mei. Abih tu, yang Jr wish kawan tu Hari Ibu ape? Ibu ayam? Ibu jari? Ibu roti? Kawan bingung.

Tadi, kawan korek-korek internet, jumpe lah tarikh sebenar Hari Ibu di seluruh dunia.

Ahad kedua di bulan Februari - Norway

Shevat 30 (biasanye bulan Februari) - Israel

3 Mac - Georgia

8 Mac - Bosnia-Herzegovina, Serbia-Montenegaro, Slovenia, Macedonia, Albania, Bulgaria, Romania

Ahad keempat in Lent (26 Mac) - Ireland, United Kingdom

21 Mac - Bahrain, Mesir, Lubnan, Syria, Palestin, Jordan, Quwait, Emiriah Arab Bersatu, Yaman

Ahad pertama di bulan Mei - Hungary, Lithuana, Portugis, Sepanyol


8 Mei - Korea Selatan, Albania


10 Mei - Amerika Selatan, India, Mexico, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi


Ahad kedua di bulan Mei - Australia, Austria, Belgium, Brazil, Canada, Chile, China, Columbia, Cuba, Craotia, Denmark, Estonia, Finland, Germany, Greece, Hong Kong, Italy, Jepun, Latvia, Malaysia, Belanda, New Zealand, Peru, Filipina, Singapura, Slovakia, Afrika Selatan, Swirtzeland, Taiwan, Turkey, United States, Venezuela


27 Mei - Poland


29 Mei - Bolivia


30 Mei - Nicaragua


Ahad terakhir di bulan Mei - Perancis, Sweden, Haiti, Republic Dominican


12 Ogos - Thailand


15 Ogos - Costa Rica, Belgium


Ahad kedua atau ketiga di bulan Oktober - Argentina


Ahad terakhir di bulan November - Russia


8 Disember - Panama


22 Disember - Indonesia


So, mungkin Jr tu skang lokasi dia India kot.. takpun Arab Saudi.. sebab tu, dia wish awal siket. Ape ape pun, terima kaseh bangat, nanti balik Malaysia, hang jangan lupa bawak balik sevenier untuk kawan. Hiks.

Tapi sebenarnya, tak payah lah nak tunggu Hari Ibu, baru sibuk nak rai dan hargai pengorbanan ibu kita. Bila-bila pun boleh buat.. Dan, tak payahlah sibuk nak tanya apa pengorbanan ibu selama ini kepada kita, tapi cuba tanyalah apa pengorbanan kita kepada ibu kita.

Selamat Bakal Menyambut Hari Ibu!

credits
+wikipedia
+Jr





08 May 2006

Weekend Yang Cuma 2 Hari

Chii cakap "Kuden da ilank.." Huhu! Sweet aa Chii. Kawan tak ilang la Chii. Kawan senanye was enjoyin my weekend. Srunuk lho! Sebabnya, kawan-kawan kesayangan yang satu Intec ngan kawan yang sedang blajar kat Universitas Padjajaran, Bandung datang Jogja jumpe weols! Dorang sampai je pagi Sabtu, terus kitorang angkut dorang *yang berjumlah 10 orang* naik bas pegi pusing-pusing Jogja! Transport hari tuh, tip-top punye transport. Kitorang tak perlu hazab naik angkut, bus mini, van apek jual sayur untok gerak ke sana ke mari. Tikah dah sediakan kitorang bukan setakat bas yang ada air-cond, tapi siap dengan brader tourist guide lagik. Mrasa a kawan jadi pelancong buat seketika. Sempat la kawan buat-buat blur bengong, seolah-olah tak penah pegi tempat-tempat yang di bawa tu, padahal Candi Borobodur tu, dah masuk kali ke-tiga kawan pijak. Dah rasa nak muntah asek nengok batu-batan dengan patung dewa dewi Buddha yang kejung tak pernah berubah-ubah tempat tu. *Sabor je la kawan*

Layannn giler! Dari Candi Parambanan sampai ke Borobodur kitorang pusing. Setiap lokasi, tourist guide explain pasal sejarah tempat-tempat tuh. Bila pak cik yang explain tu dah stat explain, otak kawan dah tersumbat. Tak leh nak concentrate. Sorry r. Kawan alergi sejarah. *Dusyum!!* Malam tu, kitorang dinner at Waroengku Enjoy. Bile dah time tidur, Lukman, Sahmi ngan Alan tidur bilik kawan. Sebabnye, bilik kawan bilik paling besor dan katil double di antara dorang yang lain. *Pang! Ter'riak takbur' la plak. Hehe.. kawan pun lari sebab nanti harus kena kutuk di dorang sebab berlagak bilik besar..* Walaupun ade 3 tetamu kehormat, kawan tetap bodoh sombong, tidur atas katil n 2 orang lagi tidur atas lantai. *nyesal.. Sori bro!*

Esoknya dah last day. Sekejap bangat. Dorang dah kena balik Bandung. Bawak dorang pusing Pasar Bringharjo, Malioboro Mall pastu lunch together-gether kat Ambarukmur Plaza. Dorang takde a shopping mane, tapi tidak bagi Ida dengan Aini. Sebabnya, dorang dah macam kena rasuk. Sakan perempuan-perempuan tu borong kain batik jawa. Padahal dorang hari-hari boleh datang Bringharjo. *kawan lari! Aini ngan Ida nak libas dengan kain batik jawa! Dirasuk!*

Kul 4 sore. Dorang dah ready nak balik Bandung. Salam-salam. Foto-foto. Then, babai-babai. Ni la part yang paling kawan tak gemar. Tengah-tengah klimaks enjoy, dah nak hiba-hiba babai dorang. Papepun, at least dorang datang. Terobat rindu. Tenkiu weh!!*lap air mata terharu..* Orang Jogja dah datang Bandung, dan orang Bandung pun dah datang Jogja. So, pasni apa lagi!!#@ Reunion kat Bali la pulak!! Kawan riang.





Photobucket - Video and Image Hosting
Hidup Hijau! Payung kawan pun kaler ijau..

Photobucket - Video and Image Hosting
-Jumpe lagi di BALI-

05 May 2006

Laughter The Best Medicine (kelakar ke?)

Bosan weHh! Ada sejam lagi nak kul 4, sebab karang kawan ada praktis dikir barat lak dekat bangunan auditorium. Kawan ingatkan hari ni takde praktis, sebab 3 orang awok-awok ade meeting UPIMI. Ghupe-ghupenye kawan silap, brader Pijoy cakap, "Kuds, dikir still on!" Dusyum!! Kawan ingatkan boleh escape balik bilik untuk kroh.. kroh.. kroh.. *tidur daa.. bukan bunyi vavy, occay!* Takpolah, sabaq ajo lah, dah tak lame lagik. Sabtu depan selesai a mende2 nih. Boleh lah kawan rileks-rileks, jenjalan pusing-pusing Jogja sampai patah kaki, tidur 24-7, makan-makan sampai buncit dan segala-galanye mende yang kawan nak buat. Aik? Mane masa untuk belajar, cari LO tutorial, prepare for block assessment n semua tuh? Hiks. Tertinggal lah pulak benda alah tu. Kawan ni selalu macam tu, kalau bab-bab menentukan masa depan selalu je alpa. Takpe-takpe, nanti kawan masukkan balik dalam diary hidup kawan. Kuikuikui!

Sekarang kat Lativi, Malaysia ngah lawan ngan Denmark. Semi-final. Kawan pun tak sure siapa yang ngah main. Tak silap kawan, Lee Chong Weh ngan pasangan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah yang main. Lantak ko lah labu-labu. Papepun, atas semangat nasionalisme kawan, kawan wish all of u all da best! Maen biar menang! Kalau tak menang, jangan balik Malaysia! Perabih pitis kerajaan jah! Korang kerja lah buat bangunan dekat Jepun tuh! Hiks. Emosional lah pulak kawan petang-petang ni.

Ape kate korang semua melayan gambar-gambar kelakar kat bawah ni. Kalau rase tak kelakar gak, pedulik hape aku!?


Photobucket - Video and Image Hosting
Kencing batu ke hape!@#$

Photobucket - Video and Image Hosting
"Laki I yang beli gambar ni.. lame-lame baru I perasan gambar hape. Gersang punya jantan!"

Photobucket - Video and Image Hosting
Mampus aa ko!

Photobucket - Video and Image Hosting
Silap pilih tempat nak kencing. Kalau superman yang kencing, mesti tak jadi cam ni..

Photobucket - Video and Image Hosting
Perbezaan cowok dan cewek bercinta. Butt vs Love

01 May 2006

Di Ambang Yek 21

Yek dah jadi pok cik, hampir setengah tahun meninggalkan kawan di hadapan. Memang sah-sah dah leh jadi bapak orang ko Yek. Hiks! Kawan suke sangat lah time-time besday member, sebabnye time-time tu la merase nak makan best-best. Lagik best kalau besday boy/gurl yang payungkan. Tapi janganlah, anggap kawan tak ikhlas selama ni pegi sambut besday yang konsep bayar sendiri-sendiri. Tobat kawan ikhlas! Besday kawan yang lampau pun, orang belanja kawan KFC. *mata duitan sial aku!*

Malam Yek nak jadi orang yang layak mengundi, kita sambut dengan bakar-bakar. Nak cari kek ada lilin malas la Yek, apa kate ko tiup aje bara api tu sampai padam. Hiks!

Photobucket - Video and Image Hosting
bukti ayam itu sungguh sodap, sampaikan tukang kipas ayam pun tak menyempat nak telan..

Photobucket - Video and Image Hosting
Jangan terpedaya! Anep ngan Amid tu dah kenyang melantak! Bukan tunggu ayam baru nak dimakan.

Photobucket - Video and Image Hosting
nampak cam biasa, TAPI luar biasa bila di dalam mulut

Photobucket - Video and Image Hosting
PERHATIAN::Jelly ni kawan bikin sendiri!! *plus Nua tukang potong oren*

Photobucket - Video and Image Hosting
pose buruk bersama besday man.. (not boy anymore.. hehe)

Ko ingat esok ko punye besday, ko buleh goyang-goyang kaki?!!@ Padan muke Yek kene masak

makan, makan, makan...

Salad buah ni tahap dewa punye delicious! Tangan aziz yang jijik bersalut arang pun tak mematikan selera kawan..

kenyang perut suke ati nampak..

Fresh! Keropok keping Losong, Terengganu...

Gaya makan tak ingat dunia. Satu lagi evidence malam tu makanan sedap GILE!

asek ambik gambar je keje kawan... kawan pun nak femes gak.. Sibuk a Jazz kt belakang!

BBQ akan jadi hambar dan tawar heber tanpa MUSIC!!

Gambar last sebelum masuk bilik tido kekenyangan..

Selesai mencekik, semua orang terpaksa kerah tenaga kena cuci pinggan mangkuk talam besen tikar sume.. Malas gila bila dah masuk acara ni. Sudah setel semua, kawan pun balik bilik naik beskal. Ni pun malas gila nak buat.. Lepak-lepak bilik Nua kejap, lepas tu masuk bilik terus syahid dengan perut kenyang dan membiarkan lemak-lemak mula menutupi six packs kawan yang kekar itu. *Opps.. Sejak bila aku ada 6 packs?*
Akhir kata, Happy 21st Birthday to Yek! May God Bless You. Ameen..