23 July 2006

Takziah Tahniah

Maafkan kawan sebab tidak update. Bukan tak mahu update, tapi sebab kawan sekeluarga telah dikejutkan berita bahawa ayah saudara kawan paling sulong, Allahyarham Azam bin Harun telah terlebih dahulu meninggalkan kami untuk mengadap Ilahi. Inilah sebuah ketentuan yang kami tidak sedar dan sangka. Allahyarham meninggal dunia setelah hampir 1 minggu di wad 7 (wad yang kawan bertugas untuk program elektif) akibat komplikasi ginjal. Usia Allahyarham sama dengan usia ayah kawan iaitu 66 tahun. Di kalangan anak-anak saudara, kami senang memanggil arwah sebagai Lid (singkatan untuk walid), mesra dan ramah seperti biasa. Kawan tidak sempat menziarah arwah Lid di wad, tapi kali terakhir kawan bertemu dengan Lid masa raya puasa tahun lepas. Waktu tu, kawan sayu melihat raut wajah Lid, sebab baru setahun kawan tak bertemu berjabat tangan, Lid kelihatan seperti arwah Tok kawan. Kawan takut melihat insan-insan yang kawan sayang semakin tua di mamah usia. Kawan rindu saat mereka bertenaga. Tetapi, waktu tu, Lid masih seperti dulu, bergurau semesra dulu. Yang membezakannya, Lid jelas nampak sudah kurang kudrat mudanya. Arwah Lid meninggalkan seorang isteri, 6 anak dan 4 cucu. Kawan sempat mengucup dahi jenazah Lid buat kali terakhir. Sejuk dahi Lid, sesejuk mata kawan melihat raut wajah Lid dalam lilitan kafan sambil redup tersenyum. Kawan tabah untuk menerima hakikat bahawa kawan tiada Lid lagi, tetapi secara rohaninya kawan rasa kekuatan kawan sampai ke hari ini adalah juga sokongan keluarga dan salah seorangnya ialah Lid. Kepada semua teman-teman dan pembaca blog kawan yang beragama Muslim, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga roh arwah ditempatkan bersama insan-insan yang beriman dan diberkati di samping-Nya.

Kawan tinggalkan seketika kisah di atas. Kawan tunduk kagum dengan kekuasaan Allah s.w.t. Allah sungguh-sungguh Maha Berkuasa. Di saat kawan dikejutkan dengan perginya arwah Lid kawan, pagi tadi juga kami dikejutkan sebuah berita yang mungkin paling tidak dapat mengubat sedikit kesugulan kami sekeluarga. Ayah saudara kawan yang paling bongsu, Pak Awang kawan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Kalau tadi seorang insan lelaki kembali kepada-Nya, kali ini Allah mengurniakan kami seorang insan lelaki kembali. Adil bukan? Dan, Pak Awang kawan masih belum sempat memikirkan nama untuk putera sulungnya. Kawan gembira sangat, sebab kawan ada sepupu baru. Kawan rasa kawan nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada Pak Awang dan keluarga.

Kisah 1 minggu sebelum kawan pulang ke Jogja, menjadikan kawan rasa cukup kerdil dengan kehidupan. Ia membuatkan kawan terpikir sendiri bahawa kawan sebenarnya seorang hamba yang abadi. Kawan harus akur dengan percaturan hidup dan ketentuan yang secara mutlaknya bukan hak kawan tetapi hak Maha Pencipta.

8 comments:

Anonymous said...

salam takziah wat kuden dan family di atas pemergian ayah saudara...semoga tabah menghadapinya...

al-fatihah..

Kurt Kuden said...

thxx jie2, thxx chii... thank u sesangat...

n congrats jie2, aku dh takkan mrase dah nk ade anak sdare baru..kakak aku ckp dh cukup 5 org.. haha.. aku bosan dah tgk muke 5 org tu..

Pnut said...

ooooo inilah blog kuden yek.....

selamat kembali ke indon...

gud luck...

Kurt Kuden said...

hehehe.. thxx pnut sbb sudi jengukk blog sye..

tak sabar nih balik indon

Anonymous said...

taper la..pasni tgk anak kuden sendiri la plak..
ann sgt comel la..tp nape panggil cam nama pompuan jerk

Kurt Kuden said...

jie2 ngan chii,

tu mmg tak sabar sgt.. hak hak!!
seb baik blajar tak abih lagi.. nak ramaiiiiiiiiiiiiii... doblas kalau bolehh..

chii,

tah, aku pun tatau nape panggil ann..
ikut je aa.. aku nak suruh org panggil dia hans.. tp rase ngade2 a pulak

Anonymous said...

ok gak panggil hans..drpd ann cam pompuan la plak..eheh

Kurt Kuden said...

chii, nanti aku cadangkan ke pihak atasan...

jie2, cam best jek forum tu.. nanti aku sign up.. hehe.. skang ngah tak sempat agik..