27 October 2011

kelu, kelu bukan buatan

Bagi kawan, inilah bahagian paling berat dari kehidupan,




apabila kau harus melewatinya bersendirian.

02 September 2011

met lebaran y'all




hello y'all. kawan nak mengucapkan selamat hari raya idul fitri maaf zahir batin kepada semua peminat-peminat yang mengenali diri ini dengan ucapan raya ini tak nak bagi kawan duit raya ke?

15 August 2011

tantrum

4 hari ai cuti dan esok ai sambung kerja balik like i never cuti before. ga seru kale!!

14 August 2011

Soley-soley

Syukur ke hodrat Ilahi kerana kawan berjaya jugak mengharungi Orthopedic y'all. Sedia maklum, banyak je kawan merapu dan banyak soalan yang tak boleh jawab, tapi terima kasih Mr Rohaman kerana masih tersisa sedikit kepercayaan kepada saya yang hina-dina ini. and hell yeah, Orthopedic HSNZ memang luar biasa bintang kejora.

Anyhow, minggu depan kawan masuk suasana baru lah pulek. Kawan masuk wad perubatan tingkat 7 and tingkat 8 y'all. Takut sangat y'all, bukan sebab kawan tak boleh cuti raya tau tapi sebab kat sini membutuhkan penguasaan ilmu perubatan tingkat tinggi. Mak aihh.. macamana tu?

Tak apalah. Marilah kita sama-sama berdoa agar kawan boleh menikmatinya dan kali ini kawan tak berharap 'medical' akan kasihankan kawan, tetapi yang kawan nak untuk posting kali ini ialah semoga hati kawan semakin besar menerima pengalaman baru ini selayaknya seorang pejuang. Barokalloh,

05 August 2011

viva forever

Untuk pengetahuan kamu orang, kawan dah selesai presentation!! Walaupun mai bahasa inggelish very the tunggang and langgang ai tell yu, dan daripada sepuluh soalan yang diajukan kepada kawan sepuluh-sepuluh pun kawan tak boleh jawab (hiks!), tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang tinggal satu lagi halangan sebelum kawan meninggalkan Ortopedik ini iaitu VIVA. Opocot mak engkau melatop!

Sorry.. kawan tak boleh dengar perkataan tu, sebab kawan mesti terus melatah. Kawan memang alergi dengan ujian dan peperiksaan sebab kawan tak mampu sangat-sangat nak buat persiapan. Walaupun today ai cuti, tapi ai tetap tak boleh bukak buku. Ai sibuk tidur je non stop macam mr poo (bukan nama sebenar), patient kawan yang koma dekat ICU tu. Haish..Macamana ni kamu orang semua... Kawan takut sangat ni. Perasaan takut dia tu macam takut nak pergi bersunat ai tell yu.

Doakan kawan berjaya VIVA ye. Eh, opocot mak engkau melatop!

05 July 2011

Pencuri Perhatian

...Percubaan pertama,



Judul: Pencuri Perhatian
Lagu/Lirik: Kurt Kuden

Kau adalah syurga, di hati selalu
(dan) kau ibarat hujan, di tengahari kemarau

c/o
Kau mencuri perhatian dengan senyuman yang mampu menggetarkan jiwa
dan membuat fikiran terbang melayang

Caramu menyentuh peribadiku dengan tingkah yang mampu melunturkan segala
penat dan lelah di bahuku

Di sepanjang usiaku
tak ingin aku jauh dari mu
(kerna) kau anugerah
dalam setiap nafas hidupku

Repeat c/o

Bridge
Kau, indah di mata selalu
Kau, indah di hati selalu

Repeat c/o

Kau, syurga dihati selalu

16 June 2011

ai balik kerja ai nampak mai baba sedang mencangkul rumput-rumput degil di halaman rumah.





eniwei, esok lusa AI CUTI!!!!

04 June 2011

compartment

Kawan dapat tajuk 'Compartment syndrome' untuk presentation wajib dalam Jabatan Sakit Tulang ni. Technically, tajuknya very obvious, jelas dan senang nak cari source, TETAPI homaigod kawan sakit jantung lah nak present. Rasa macam nak tercabut soket jantung memikirkan hari-hari yang bakal menjelang tiba.

Seriously ai tell yu, kawan tak boleh nak gambarkan dengan perkataan betapa scary-nya nak present di sini (setelah melihat nasib kawan-kawan yang sudah present)

macam kau berdiri tengah-tengah stadium sultan ismail nasharuddin shah tu, lepas tu satu stadium rejam kau dengan batu bata cangkul gergaji etc etc sampai kau lunyai dan tak mampu berdiri lagi..

homaigod homaigod homaigod banyaknya kupu-kupu dalam perut ai

18 April 2011

s'lamat malam

eh eh pejam celik pejam celik dah habis dah 4 bulan pertama kerja dan first posting. ok kawan tipu. 4 bulan ni sangat lama ok. lama yang kalau kita nak describe, kita kena sebut macam ni,

'lamaaaaa buaaaaanggeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt'

haa.. nah kau, lama tak lama kawan tunggu.

nantilah ai sambung cerita sebab dah 11.59 malam. ai kena tidur awal sebab esok kena bangun sebelum subuh (nanges...)

11 April 2011

???

I blur lah dua tiga hari nih. Walaupun blur has always been my middle name kan, tetapi kali ini tetap jiwa kacau dengan si-kon (situasi dan kondisi) yang tak jelas macam ini.

Benci tau kalau hari-hari macam ini. Mogok taknak pergi kerja baru tau, walaupun macam lah big boss aku kesah kan? hiks

Tetapi tak mengapalah, bukankah hal baik datang kepada mereka yang menunggu (good things come to those who wait)? sekali lagi, macamlah big boss aku kesah kan? hiks


09 April 2011

Semekom..

Sumpah lama gila tak singgah sini.

Punya lah lama kawan tak singgah sini, kalau budak baru beranak pada 25 September 2009 hari tu, hari ini dia dah siap reti berjalan dah.

Bercakap pasal anak. Kawan sekarang dah berhijrah ke alam baru. Tak ada dah gambar-gambar atau cerita hura-hura zaman bergelar pelajar U. Sekarang zaman bergelumang dengan anak-anak pulak.

Sekarang kawan dah rasmi sebagai HO wad kanak-kanak y'all. Nampak sahaja glamour title doktor kat depan, tapi hari-hari makan hati dengan kerja. Sungguh, tak teruja langsung.

Haish.. hidup memang tak seindah waktu kita muda dulu kan?

25 September 2009

Dendang Perantau 1430H














Tak adalah drama sangat tak balik raya kan. Kali kedua kawan raya di Indonesia, dan thank God kawan satu hari tu asyik makan lemang, rendang, ketupat, lodeh, kuih raya, kuah kacang bla bla bla raya ketiga ada laksa johor pengat pisang bla bla makan makan sampai malas dah nak belajar penyakit kulit. Demmit next week exam!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

13 September 2009

Cari penyakit

Kalau dalam drama-drama melayu, bila si emak nak warning anak dia supaya jangan bercinta dengan anak Leha, jiran yang paling dia benci sebab set sofa Leha lagi cun dari punya dia, mesti dia cakap "Ko Leman, jangan nak cari penyakit, mak tak hingin berbesan dengan si Leha tu!"

atau, bila house-mate Joki mat rempit samseng jalanan, Shukor nasihatkan Joki supaya tak lagi merempit mesamseng-jalanan dengan mat-mat rempit samseng jalanan yang lain,

"Itulah ko, nak jugak cari penyakit, ikut lumba haram, sekarang dah jadi macam ni baru nak menyesal.."

Esok kawan pergi Rumah Sakit Sleman, sebab nak kena cari minimun 40 penyakit kulit sebagai syarat ujian kawan di bahagian Dermatologi. Jadi jangan siapa-siapa pun halang kawan esok seraya berkata,

"Jangan Kuden.. Jangan nak cari penyakit..."

Kalau ada yang halang kawan gak, itu memang sengaja nak cari penyakit lah tu.

07 September 2009

Bulan laksana seribu bulan

Kalau kawan di Binjai Rendah, bangun sahur adalah perkara yang luar biasa susah. Sahur cuma 10 hari pertama puasa atau paling lama 15-16 hari pertama. Orang lain 10 hari terakhir berlumba-lumba bangun malam buat ibadat, tetapi kawan, tak ada siapa-siapa yang boleh memperkotak-katikkan tidur kawan. Dan suara Baba, sambil ketuk pintu bilik macam nak roboh satu rumah adalah suara yang paling kawan tak suka. Kalau pun berjaya buat kawan duduk depan meja makan pukul 4 pagi buta, jangan harap kawan nak pandang makanan-makanan itu sebelah mata, dua-dua mata pun kawan tak pandang sebab kawan dah tertidur tepi pinggan. Masak lah apa jua jenis hidangan untuk kawan pun, nescaya di tekak kawan ni tetap sama sahaja rasanya, pahit tak ada rasa.

Tetapi pagi ini dah 4 tahun kawan puasa di Jogja. Lebih banyak pagi kawan bangun sahur dari tak terbangun sampai besok pagi. Bunyi alarm handphone bukan main senang nak buat kawan buka mata. Dan makanan sahur, air putih dengan roti kering pun dah cukup lazat buat makan pagi-pagi buta.

Kawan pun tak tahu kenapa prestasi sahur kawan agak cemerlang kalau dibanding kawan di Binjai Rendah. Adakah kawan tahu yang kawan memerlukan lebih banyak kalori untuk dibakar esok hari atau mungkinkah kawan sendiri tak sedar kalau kawan sebenarnya sekadar rindu masakan sahur Ma yang rasa tetap sama di tekak kawan atau bunyi suara Baba dan ketukan pintu tanpa bayangnya di dua pertiga malam membangunkan kawan. Hati kawan berat ke kemungkinan kedua.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!
Tiada bulan seindah Ramadhan

04 September 2009

Hari ke-5,

Semoga semangat kemerdekaan kita tak cuma sekadar setahun sekali iaitu 31 Ogos, kawan sengaja pilih hari ini 5 September untuk jerit,

"MERDEKAAAAAAAAA!!" 52 kali



notakaki::mantap tak alasan kawan? kuikui

kreditvideo::15Malaysia