17 April 2006

B.E.N.C.I

Di entry yang lalu kawan story tentang 6 ways how to kaver marah dan tensen dan bengang. Kali ni kawan nak story pasal benci atau dalam bahasa Terengganunye ialah HATE. Objektif kawan kali ni bukan nak memupuk rasa benci tapi sekadar nak berkongsi pendapat, apa yang boleh anda buat bila anda rasa BENCI! MENYAMPAH! FEDaP!! dan BERBULU!! dengan orang-orang di sekeliling anda. Tujuan kawan post bab ni jugak sebabnya nak elakkan dek perasaan benci korang tu, menyebabkan korang bertindak lagi LIAR! GANAS! dan NASTY!!

Mungkin korang pernah bertemu dengan insan-insan yang tiba-tiba aje korang nengok muke die korang rase nak pelangkung dengan kasut, takpun rase nak terajang muka dia. Semua lawak yang dia buat*yang siriyesli kelakar nak mampuih* korang sedikit pun tak rase nak gelak, rase lagi menyampah ade ar. Semua benda baik yang dorang buat, di mata korang semuanye rase jelak, rase serba tak kena. Tapi camane nak kaver mende2 ni? Camane nak hilangkan rase busuk hati ni? So.. apo laii??? Keep reading babeh!!

Pertamo
Jauhkan Diri
Jauhkan diri di sini bermaksud kurangkan mase bertemu muka, bertentang mata dengan si polan itu. Mungkin bila dah selalu sangat berjumpa itulah yang menyebabkan korang rase sebal dengan si polan. So, bile dah lame tak jumpa mungkin korang timbul pulak rase rindu nak menyampah tengok muke die. Yo lah kan.. dulu-dulu si polan tu lah jugak yang korang sebal, sekarang bile dah tak de orang yang korang nak sebal, mule lah rase rindu. Kalau ade apa-ape aktiviti kampus yang sering melibatkan korang berdua, silalah kurangkan melibatkan diri. Kalau korang satu kelas, pindah tempat duduk lagi depan dari si polan. Takpun, mungkin korang boleh sekali sekala, ambik tiket kapal terbang tambang murah pergi bercuti ke tempat yang jauh dari si polan tu seperti di Rantau Panjang ke.. Hawaii ke.. Kenya ke.. Mane-mane la. Asalkan jarak antara korang berdua ni jauh.

Keduo
Bergurau-senda
Ini adalah tindakan yang memerlukan keazaman yang tinggi. Korang kena blank kan seketika perasaan meluat korang terhadap si polan lepas tu mule kan lah bersenda gurau. Mulekan dengan mencucuk-cucuk dia. Maksud kawan bukan mencucuk pakai garpu atau pisau, tapi mencucuk dari segi bergurau senda. Mencucuk yang membangkitkan kelucuan, blushing dan keintiman korang berdua. INGAT! Pilihan isu-isu yang relevan dan tidak sensitip amat penting. Kalau korang tersilap langkah, kesannya menjadi lebih serius. Mungkin korang kena penumbuk. Sanggup?

Ketigo
Meminto Maaf
Ini lah tindakan yang sungguh mulia. Sesungguhnye, tangan yang menghulur itu lebih baik dari tangan yang menyambut maaf. Time ni, korang kena lah buang segala ego yang bersarang dalam pikiran dan dada korang. Ketepikan ego. Cakaplah dengan si polan itu dengan jujur dan mintak maaf. Langkah ini hanya pas dilakukan kalaulah korang membenci si polan tu disebabkan krisis atau pertelingkahan. Walaupun itu salah si polan, korang buat-buat hebat lah dengan minta maaf. Kadang-kadang, kalau kesalahan itu dia yang buat dan kita yang mintak maaf, mungkin ego si polan tu tercalar balar dan timbullah sedikit kesedaran di hati. Time yang paling seswai nak mintak maaf, time raye aidil fitri. Mase ni korang buat-buat ajo mitok maaf, tapi tak payah mention sebab apo. Sure si polan tu maapkan. Kalau korang raye kedua dah stat gaduh balik, alamatnya nunggu setahun lagi lah nak mitok mahap.

Keompat
Jage Mulut
Ini pun penting. Korang pun satu hal, dah lah korang menyampah dengan si polan. Kalau korang yang jenis mulut busuk, asyik mengutukkkkk je keje. Lagilah orang tu marah. Lepas tu, lagi lah akan timbul tindakan-tindakannya yang menyebalkan di hati korang. Yang penting, harus beringat, sarang tebuan jangan di cucuk. Kalau nak bersembang dengan si polan. Sembang aja pasal isu-isu yang universal. Isu Mak Cik Sapiah jual nasi dagang RM45 ke.. Isu kesesakan lalu lintas ke.. Isu pembalakan haram ke.. Macam-macam lagi isu neutral yang boleh dibangkitkan. Kalau dah sangap sangat takde isu, cari saje dalam surat khabar tempatan. Berlambak-lambak.

Kelimo
Cari kawan lain
Kalo lah korang yang stock-stock desperado, silolah ikut tips ni. Kalau dah menyampah sangat dengan si polan tu, cubelah menyibukkan diri dengan join kelompok kawan-kawan yang lain. Meriahkan hati dan perasaan korang dengan bergumbira bila bersama kawan-kawan baru. Ekspresskan perasaan hepi korang tu dengan seadanya biar si polan tu sedar korang ni tak perlukan dia kalau nak hidup hepi. Lupekanlah die yang menyakitkan ati korang. Buek apo nak tensen-tensen pikir pasal orang yang tak reti hormat kite. Cari aje kawan baru, kan sonang. Tapi, janganlah korang bertindak Firaun dengan ajak kelompok-kelompok kawan baru korang tu dengan memulaukan si polan. Kesian lah kat si polan tu... Cube korang bayangkan kalau korang kat tempat si polan? Harus meroyan nanti korang dibueknyo..

Keonam
Sedar Diri
Ni lah yang kawan nak syor sangat-sangat. SEDAR DIRI. Bace tajuk pun dah tau apa sedar diri tu. Sedar diri tu maknenye kita ni kena sedar diri kita dulu baru nak benci orang. Ape lebihnya kita nak benci orang? Ape kurangnye si polan nak benci orang? Adakah semua benda yang kita buat selama ni betul ke? Kita ni siapa nak hukum dorang tu? Kita tahu tak kenapa si polan jadi macam tu? Kita kenal si polan tu berapa lama? Kita berdendam dengan si polan, si polan tahu tak kita berdendam? Si polan berdendam tak dengan kita? Kalau jawapannya tak, kita sendiri yang rugi. Kita tensen-tensen benci si polan sampai kita sanggup tukar tempat kerja, tukar kereta tanak same cam sipolan, padahal si polan tu tak rase dan tak tahu ape-ape pun. Terus, yang sengsaranya, kite jugak. Tak ke sia-sia namenye itu

Kawan ada story ringkas nak share kat sini pasal membenci. Kisah dia camni...

Lokasi::Kelas darjah 1 mawar
Watak::Cikgu Rosnah dan 30 anak murid-muridnya

Cikgu Rosnah::Sebelum kita bersurai, cikgu nak survey siket.. Korang semua ni ade benci orang tak?
Murid-murid::Ade!!
Cikgu Rosnah::Cikgu tanak la bizi body sape yang korang benci tu. Tapi cikgu ade homework special untuk anak-anak murid hari ni.
Johari::Alaa.. kan tadi Cikgu Rosnah dah kasi..
Cikgu Rosnah::Eh, bebudak ni, banyak songeh pulak. Ikut je lah. Homeworknye camni, besok anak-anak murid datang kelas bawak kentang sama banyak dengan jumlah orang dibenci dan diisi dalam plastik ye.. Kalau korang benci 3 orang, bawak 3 biji. Kalau sorang bawak satu biji. Kalau 12 orang bawak 12 biji.
Sani::Nak buek apo cikgu dengan kentang? Nak buek french fries ko?
Cikgu Rosnah::French fries kepala lutut hang! Ado lah tu kejenye.. Korang bawak ajo. Cikgu tanak kasi tau sekarang. Nanti tak surprise.. Oh ya! Jangan lupa bawak tali rafia sekali.
Murid-murid::Baik Cikgu Rosnah!
Aminah::Alah Cikgu Rosnah ni.. nak surprise-surprise lah pulak..

Kelas hari itu pun berakhir dengan lebam di mulut Aminah sebab kena kutil di Cikgu Rosnah.


Keesokannya, semua anak murid datang dengan membawa pelbagai jenis dan jumlah ubi kentang. Ada yang bulat, ada yang bujur, ade yang bawak sepuluh, ade yang bawak satu, tiga, dan macam-macam lagi lah. Pendek kate, variasi lah.

Cikgu Rosnah::Okey anak-anak murid.. Kentang-kentang tu korang simpan lam plastik. Pastu korang ikat plastik tu di pinggang korang. Tapi janganlah dilepaskan ikatan tu. Kalau korang nak mandi ke.. makan ke.. tidur ke.. jangan sekali-kali bukak ikatan tu. Paham???
Rohani::Kalau nak pegi Midvalley takkan tanak bukak cikgu.. Buruk la..
Cikgu Rosnah::Takleh bukak! Same skali dilarang!
Jamaluddin::Tapi Cikgu Rosnah..
Cikgu Rosnah::Takde tapi-tapi lagi!! Selepas seminggu baru boleh bukak dan tunjuk dekat cikgu!
Murid-murid::Baik Cikgu Rosnah!!
Aminah::Tah pape lah cikgu ni..

Kelas hari itu pun berakhir dengan lebam di mulut Aminah sebab kena kutil di Cikgu Rosnah.


Seminggu selepas itu. Semua murid datang ke kelas. Tetapi kelas itu menjadi busuk yang amatl. Macam lori DBKL.

Cikgu Rosnah::Amacam murid-murid? Dah selesai satu minggu homework cikgu ni.. Jadi cikgu nak tanya apa perasaan korang sume..
Syafik::Busuk lah cikgu. 4 hari pertama tu okey lagi. Masuk hari kelima sampai hari ni, saya dah tak tahan dah cikgu. Busuk macam taik. Taik pun tak busuk macam ni.

Cikgu Rosnah mengangguk senyum.

Anita::Betul tu cikgu. Saya ingatkan baju saya yang busuk, rupenya benda ni yang busuk. Sume orang tanak main masak-masak dengan saye. Dorang cakap saya ni bau longkang. Sedihhhh sangat..
Cikgu Rosnah::Jadi korang semua setujulah kalau cikgu katakan keputusannya kentang tu jadi bau busuk?
Murid-murid::Setuju Cikgu Rosnah!!
Cikgu Rosnah::Moral of the story dari homework cikgu ni sebenarnya ialah kentang-kentang itu mewakili orang yang kamu benci. Kalau sepuluh biji kentang kamu bawak, sepuluh orang lah kamu benci. Mula-mula kentang tu tak bawa apa-apa kesan dalam idup korang, tetapi lepas beberapa hari terus berbau busuk dan ganggu kehidupan korang. Begitulah juga dengan perasaan kita membenci orang. Hari pertama, kedua membenci orang memanglah tidak ada apa-apa kesan, tapi lama kelamaan, hati kita akan jadi busuk. Malah lagi busuk dari bau kentang tu. Yang sedihnya, kita semua akan jadi tak tenang dan kehidupan kita yang kacau.

Murid-murid semua terdiam mendengar penjelasan Cikgu Rosnah. Dan tiba-tiba seorang demi seorang bangkit dan mengambil keluar kentang itu dan membalingnya keluar dari tingkap kelas dengan penuh bersemangat.


Murid-murid
::Kami taknak benci orang lagi!!!!

Kelas hari itu pun berakhir tetapi semua pipi murid-murid dalam kelas tu lebam merah kena kutil di Cikgu Rosnah sebab membuang sampah kentang merata-rata.

12 comments:

Anonymous said...

kengkadang mmg xmo benci org..sebab takut ade org yg benci kat kite..tp kalo dah perangai die meluat sgt..ego,pastu bajet bagus..nak wat camne kan...

Nashrex said...

aku benci bos aku!!

Anonymous said...

Chii, betul tu. Aku pun setuju. Bila kita benci orang, satu hari nanti orang boleh benci kita.

Nash, hahaha! Ko ni ada masalah tempat kerja ke.. dari dulu asek pressure je..

Totin Jamain said...

Aku benci medicc..
nak wat cemana tu?
kene jauhkan diri (tips1) gak ke?
cemana nak bergurau senda(tips2) ngan die?
ahaaa..

Anonymous said...

Tips ketige, kelima dan keenam seswai dgunakan. Mende aa totin ni. Kesian encik Medik. Ape salah encik Medikk?? Ape salah dieerrrrrrrrrrrr????!@#!

Anonymous said...

lalalalala....mau benci gak..
x kire..
lantak ahhh

Nashrex said...

aku benci perot ku!!! buyut sangat! har har har!

Anonymous said...

chii, ko benci ape senanye? cube story skett

nash, salahkan perut la pulak.. baik salahkan tuan punye perut yg reti makannnnnnnnnn je tapi tak reti nak exercise

Sir Mute Key Chicks said...

wei..aku dah add ko.haha

Anonymous said...

hehe.. tenkiu semut.. nanti aku adjust my.saing aku.. matun nuwun!!

Sir Mute Key Chicks said...

belia benci dadah!!!World!!!

Anonymous said...

wo! wo! gila ahh!! respek siottttttttt semangat world ko!!