Dendang Perantau 1430H

|













Tak adalah drama sangat tak balik raya kan. Kali kedua kawan raya di Indonesia, dan thank God kawan satu hari tu asyik makan lemang, rendang, ketupat, lodeh, kuih raya, kuah kacang bla bla bla raya ketiga ada laksa johor pengat pisang bla bla makan makan sampai malas dah nak belajar penyakit kulit. Demmit next week exam!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Cari penyakit

|
Kalau dalam drama-drama melayu, bila si emak nak warning anak dia supaya jangan bercinta dengan anak Leha, jiran yang paling dia benci sebab set sofa Leha lagi cun dari punya dia, mesti dia cakap "Ko Leman, jangan nak cari penyakit, mak tak hingin berbesan dengan si Leha tu!"

atau, bila house-mate Joki mat rempit samseng jalanan, Shukor nasihatkan Joki supaya tak lagi merempit mesamseng-jalanan dengan mat-mat rempit samseng jalanan yang lain,

"Itulah ko, nak jugak cari penyakit, ikut lumba haram, sekarang dah jadi macam ni baru nak menyesal.."

Esok kawan pergi Rumah Sakit Sleman, sebab nak kena cari minimun 40 penyakit kulit sebagai syarat ujian kawan di bahagian Dermatologi. Jadi jangan siapa-siapa pun halang kawan esok seraya berkata,

"Jangan Kuden.. Jangan nak cari penyakit..."

Kalau ada yang halang kawan gak, itu memang sengaja nak cari penyakit lah tu.

Bulan laksana seribu bulan

|
Kalau kawan di Binjai Rendah, bangun sahur adalah perkara yang luar biasa susah. Sahur cuma 10 hari pertama puasa atau paling lama 15-16 hari pertama. Orang lain 10 hari terakhir berlumba-lumba bangun malam buat ibadat, tetapi kawan, tak ada siapa-siapa yang boleh memperkotak-katikkan tidur kawan. Dan suara Baba, sambil ketuk pintu bilik macam nak roboh satu rumah adalah suara yang paling kawan tak suka. Kalau pun berjaya buat kawan duduk depan meja makan pukul 4 pagi buta, jangan harap kawan nak pandang makanan-makanan itu sebelah mata, dua-dua mata pun kawan tak pandang sebab kawan dah tertidur tepi pinggan. Masak lah apa jua jenis hidangan untuk kawan pun, nescaya di tekak kawan ni tetap sama sahaja rasanya, pahit tak ada rasa.

Tetapi pagi ini dah 4 tahun kawan puasa di Jogja. Lebih banyak pagi kawan bangun sahur dari tak terbangun sampai besok pagi. Bunyi alarm handphone bukan main senang nak buat kawan buka mata. Dan makanan sahur, air putih dengan roti kering pun dah cukup lazat buat makan pagi-pagi buta.

Kawan pun tak tahu kenapa prestasi sahur kawan agak cemerlang kalau dibanding kawan di Binjai Rendah. Adakah kawan tahu yang kawan memerlukan lebih banyak kalori untuk dibakar esok hari atau mungkinkah kawan sendiri tak sedar kalau kawan sebenarnya sekadar rindu masakan sahur Ma yang rasa tetap sama di tekak kawan atau bunyi suara Baba dan ketukan pintu tanpa bayangnya di dua pertiga malam membangunkan kawan. Hati kawan berat ke kemungkinan kedua.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!
Tiada bulan seindah Ramadhan

Hari ke-5,

|
Semoga semangat kemerdekaan kita tak cuma sekadar setahun sekali iaitu 31 Ogos, kawan sengaja pilih hari ini 5 September untuk jerit,

"MERDEKAAAAAAAAA!!" 52 kali



notakaki::mantap tak alasan kawan? kuikui

kreditvideo::15Malaysia

Petang..

|
.... di Adisucipto


Petang seperti semalam muncul lagi. Petang yang mula terasa sangat kosong dan sunyi. Sungguh, kawan paling benci petang seperti itu. Jumpa lagi Ma, jumpa lagi Baba! Tunggu kawan di Kuala Terengganu~

Tempeleng kawan supaya jangan rajin foya-foya

|

Minggu lepas ialah minggu ujian! Sangatlah berlebihan bila kawan telah berfoya-foya di Taman Budaya, Malioboro dan Lembaga Indonesia Perancis untuk menyaksikan Jogja Asian Filem Festival 2009. Petang Rabu kelmarin, sasaran kami untuk melihat Cin(T)a yang konon-kononnya sangat fenomena itu, malangnya kami ke sana dengan hampa sebab tak ada satu tiket pun yang tersisa. Mahu tak mahu, daripada pulang dengan kehampaan kami layan 3 filem pendek, dua dari Indonesia; Last Believer dan Merah Putih di Rumah Parjo, dan 1 dari Singapura; Love Lost.

A-team! Kami sempat singgah Srisasanti Art Gallery jugak. Sangat wonderful!!

Tahniah kepada pembikin dari Indonesia, walaupun masih jauh dari best, paling tidak filem kalian tidak seperti Love Lost yang ekstra bosan tahap rasa nak mengamuk baling-baling tomato busuk. Dan, babak onani? Sangat-sangat escapism yang kawan rasa sangat tak perlu. Sorry bos! Kawan masih tak percaya filem itu dah tak cukup tangan penghargaan festival filem antarabangsa.

Love Lost

Kawan dalam Noah's ark

Nadiah dengan muka sedih tak jadi.

Masalah komunikasi

Selang sehari berikutnya, dengan semangat Jalur Gemilang di dada, kawan berjaya menempatkan diri di LIP untuk tengok pertama kali filem Amir Muhammad, (yes people, Malaysia juga hantar wakil tau) iaitu Malaysian Gods. Dokumentari berbahasa Inggeris dan 90% bahasa Tamil. Filem tentang pasca reformasi 1998 sehingga 2008 yang bagi kawan secara peribadi menarik untuk ditonton sampai penghujung, tetapi tetap rasa ada sesuatu yang kurang. Apa-apapun, kawan tetap bangga ok tengok Malaysia di layar putih LIP. *tepuk tangan tepuk tangan*


Satu lagi sungguhan Malaysia ialah Punggok Rindukan Bulan sungguhan Azhar Rudin. Ada Maya Karin dalam beberapa babak terawal. Tetapi di poster ada nama Syarifah Amani, malangnya, sampai 1 jam lebih kawan tonton dengan penuh sabar dan tersiksa zahir dan batin, Syarifah Amani tetap tak keluar-keluar. Mungkin sebab kawan keluar awal sebabnya takat sabar kawan dah dilangkau seenak-enaknya oleh filem ini. Kawan terbaca di internet bahawa filem ini tercalon untuk filem terbaik jugak. Herkk?? Serius??


Kalau betul, kawan ucap tahniah dan memang jelaslah yang kawan sangat bermasalah dengan filem-filem berat dan seni. Jujur I tell you, sebenarnya kawan masih kategori penonton filem malas berfikir. Malas macam baghal orang cakap. Sebab itu, kawan enjoy tahap maksima bila tengok Mr Bean's Holiday terutama babak-babak menyindir filem-filem festival yang bergerak perlahan lembab nak .... Isk isk isk.. Kasihan kan kawan?

Eh kawan pun dah tengok G.I.Joe. Perhatian kawan mula tertarik bila Joe-joe semua dah sampai Paris. Sukalah babak-babak lepas itu. Tetapi kawan tertidur betul-betul sebelum nanomites nak sampai Washington DC. Herk?? OK.. OK.. salah kawan tak tidur siang petang itu..

Kredit foto:: sini, sini, sini. sini dan sini.

Belangkon

|
Tersebut alkisah..

Hari 1

KRRRINNGGG!! KRINNGGG!!

Bunyi telefon memecah kesunyian kesunyian rumah kawan. Terkedek-kedek Amer mencapai ganggang dan didekatkan ke cuping telinga.

"Mas, ini mau ganti ukuran yang kelmarin. Kalau bisa, panjangnya itu bla bla bla.."

"Maaf mas, mau ngomong sama siapa?" Perlahan suara Amer penuh kebingungan.

"Ini bukan toko belangkon ya mas?"

krekkk.. kreeekkkk.. (bunyi cengkerik)

Hari 2

KRIIIIINNNGGGG!!! KRINGGGGGGGG!!

Kawan bingkas bangun berlari-lari anak ke arah telefon.

"Hello, Kuden's residence. Siapa di sana?"

"Err.. maaf bisa bicara sama Mas Hasri?" Mas Hasri? Kawan tak pernah dengar manusia yang bernama Mas Hasri atas muka bumi ini. Sah-sah ini orang salah nombor, tetapi kawan malas nak layan orang salah nombor, lalu kawan serahkan tugas ini kepada Amer untuk dipikul.

"Oh sebentar ye..", jawab kawan seolah-olah memang ada Mas Hasri dalam rumah ini.

"AMEERR!!!! TALIPPONNNN!!"

Gangang telefon Amer dekatkan ke telinga dan bibirnya seraya berkata, "Helloo..."

"Hello Mas, kalau mau pesan untuk ambil besok bisa?" Suara perempuan di hujung talian langsung menjawab.

"Maaf mbak, mau bicara sama siapa?" Amer bingung.

"Eh, ini tempat toko belangkon, mas?"

Krekkk.. kreekkkk.. krekkkkk... (bunyi cengkerik)

Sejak bila rumah kawan jadi tempat jual Belangkon (headgear yang dipakai adik Moustoffa)??????

kredit foto:: di sini (model: Moustoffa)

Pensil

|
Minggu ujian datang lagi! *gelek-gelek sambil menari hula hula hoop*

Maka disebabkan itu, kawan pun berusaha gigih buka 10 youtube dan loading filem Pensil arahan dan lakonan M Subash *M whoo??*

Lebih 100 minit kawan tengok, emosi dalam cerita ini sama sahaja. Mendatar gitu. Daripada babak 1 sampailah ke babak terakhir perasaan dia tetap depressing. Kawan tak tahu, kawan yang sedang depress atau cerita ini memang sangat sugul. Kalau perempuan hormon tak stabil tengok mesti mengamuk. Pengalaman serupa yang kawan alami bila tengok Kami (1983) lakonan Sudirman arahan Patrick Yeoh, bezanya cuma Kami lebih lama meninggalkan bekas di hati kawan. Yes, Kami salah satu filem kegemaran kawan.

Mungkin kelebihan utama Pensil lebih terletak pada Cik Nek (Ruminah Sidek) yang wonderful kecuali babak-babak akhir bila Cik Nek dah mula monolog tah pape.

Salahkan sinetron-sinetron Indonesia! Gara-gara babak monolog mereka yang over-dose itulah yang buat kawan dah muak dengan babak monolog atau cakap dalam hati sambil mata mengenyut-ngenyut penuh dendam kusuma. I hate it.


*Monolog berakhir*

Jendela

|
Sudah pukul 5 pagi. Suasana subuh masih hening. Tak ada sedikit pun terperca cahaya dari hujung-hujung timur. Kawan masih juga belum selesai. Masih ada beberapa fail merah dan biru yang harus lengkap terisi sebelum 6.30, iaitu jam doktor pakar datang melawat.

Salah satunya fail milik bayi ditepi jendela 2x5 itu. Pagi ini, dia terlihat tenang sekali tidur. Tak seperti kelmarin, apabila satu ruangan ini yang tak tenang ketika seluruh tubuh kecil itu kejang berkali-kali. Mujur tak lama.

Termometer kawan lepaskan dari ketiaknya dan saat kawan dekatkan stetoskop di dadanya, kawan merasa seperti diperhati jauh dari luar jendela. Kawan toleh ke depan dan ternyata ada ibu tua petang semalam masih di jendela ini. Ibu ini dari semalam mundar-mandir di luar jendela. Tentu tidurnya, cuma berhampar tikar di sebalik jendela itu. Dia berbaju kuning bunga-bunga putih kusam dan rambutnya sungguh jauh dari rapi. Dan di wajahnya, kadang terlihat gelisah, kadang tersenyum. Sungguh tak tipu kalau kawan rasa agak terganggu.

Kawan berlalu dan terus ke meja bersama fail-fail merah dan biru di depan pintu masuk ruangan. Satu-satu fail dibelek, dan status perkembangan milik 18 bayi di sini kawan pindah satu-satu ke dalam fail. Semuanya harus siap sebelum 6.30, pesan mulut kawan.

"Maaf dok.."

Ada suara di muka pintu itu. Kawan berhenti menulis bila kawan lihat ke depan, ibu kusut-masai baju kuning berbunga putih berdiri betul-betul di samping daun pintu. Ibu yang tak penat-penat berlegar di luar jendela kamar bayi petang semalam, pagi ini dah reti nak berlegar terus ke kamar bayi.

"Bisa saya masuk lihat anak saya nggak?" Sambil ibu jarinya menunjuk ke arah bayi kejang itu.

1kilo

|
Dia cuma 1000 gram. Mungkin kalau dibanding dengan sebungkus gula 1kg pun tak tentu dia lebih berat. Lekuk tangan dan kaki jelas terlihat dibaluti kulit kecut merah jambu itu. Alisnya tetap di bawah ubun-ubun dan di bawah kedua-dua alis, terpejam rapat dua mata kecil. Bibir sedikit terbuka terletak molek atas dagu sebesar ibu jari manusia dewasa. Dan di hidung, tersambung tiub yang langsung ke tangki oksigen dengan kadar 2 liter per menit.

Kami tersenyum puas melihat rusuknya naik dan turun walaupun terlihat agak kasar gerakannya. Kadang-kala dalam hitungan 1 minit, rusuknya tak mahu naik tak mahu turun, sehingga kami yang resah. Inilah hal lazim bayi lahir kurang berat dengan umur kehamilan cuma 29 minggu yang masih belum sempurna sistem pernafasannya. Kata buku teks, lendir fisiologi pada rongga paru-paru masih belum semua keluar. Belum sampai masanya untuk keluar. Moga-moga suntikan 0.5mg dexamethasone tadi boleh membantu dia menghirup sepuas-puasnya udara ini.

Jam 9 pagi tadi, iaitu sudah enam jam dari tadi, semua di ruang ini jadi takut. Bayi kecil yang keluar dari rahim ibu muda ini cukup rapuh untuk hidup lagi. Peluang yang ada sangat tipis. Ternyata kami salah, apabila dia berteriak dengan tangisannya. Takut kami hilang, dan perasaanya cukup bahagia sekali.

Kawan duduk di kerusi 5 meter dari peti inkubator miliknya. Sekali-sekala melirik ke arah dadanya. 2 jururawat pelatih yang hari ini hari pertama di sini tercegat di tepi peti dengan stetoskop dan jam tangannya untuk mencatat denyut nadi dan respirasi seperti yang ditugaskan oleh ketua mereka. Setiap satu jam harus diperiksa vital sign.

"Gawat.." terpacul dari bibir salah satu daripada mereka. Temannya berkerut dahi sehingga bertemu kedua alisnya. Pasti ada sesuatu sedang berlaku di sana.

Bayi yang petang tadi menguis-nguis kaki di tilam inkubator sambil menguap malas kini pegun tak bergerak. Kulit merah jambu kepunyaanya sudah luntur hingga pucat seluruh kujur tubuhnya. Dadanya tak kunjung-kunjung naik turun. Bayi tak cukup bulan ini dah tak bernafas lagi!

Suasana tegang mula memenuhi atmosfera ruang kamar bayi di sini. Ketua jururawat bertindak cepat. Beg udara di pam beberapa kali. Bayi masih juga tetap kaku tetapi jantung, berdegup! Ini sudah cukup memberi kami harapan untuk tak berhenti berusaha. Harapan untuk dia tetap bernafas masih ada. Dada langsung di tekan tiga kali di sambut pam udara dan ini berulang-ulang hampir separuh minit. Namun, tak seinci pun bergerak rusuk. Dia masih tak mahu bernafas. Dan saat ini, degup jantung sudah mula melemah perlahan-lahan.

"Epinefrin, bu.." Itulah satu-satunya ubat yang mungkin menyisakan harapan buat dia untuk hidup saat jantung mula melemah. Ketua jururawat itu cuma mampu menggeleng kepala dan mencebik bibir. Hati kawan terpukul bila tahu kalau di sini tak ada satu titis pun epinefrin yang mampu kita cari. Pergilah kamu ke wad bersalin ataupun wad bedah, nescaya sia-sia sahaja usahamu menjejak epinefrin.

Beg udara yang masih dipam menutupi dua pertiga wajahnya itu cuma memperlihat kedua-dua mata kecilnya sahaja. Mungkin kalau dia mampu bertahan dua tiga hari lagi, atau paling tidak sampai esok, mungkin dia masih sempat untuk membuka kelopak mata itu dan melihat alam ini. Sesungguhnya, hidup yang dipinjamkan Tuhan buat beberapa jam tadi, cuma mampu berkongsi gembira lewat tangisannya sahaja.

Beg udara pun dilepas. Dada tidak ditekan lagi. Stetoskop kawan dekatkan di dadanya. Jantung mula perlahan lagi. Satu.. satu.. yang terdengar. Sehingga sayup-sayup dihujung telinga dan tak berdegup lagi.

Oh Akak

|
(dialog di bawah berlaku dalam bahasa Indonesia tetapi kawan dub dalam BM)

"Aku tak paham" rungut akak jururawat yang tergolong dalam kategori wanita usia pertengahan itu.

"Apa yang tak pahamnya kak?" kawan balas sambil menulis status perkembangan pada fail-fail pesakit yang bertumpuk-tumpuk di atas meja ketua jururawat.

"Aku tak paham dengan kawan ko tu. Dia kata dia orang Malaysia, tetapi dia cakap dia India. Pening akak dik, yang mana satu betul ni? Sampai jerawat-jerawat muka akak pikir statement kawan ko tu" Rupa-rupanya masalah Dinakren masih juga belum kunjung selesai. Ternyata, kenyataan Dinakren menambah lagi kemelut permasalahan yang bersarang di fikiran para jururawat di sana.

"Begini kak, Dinakren itu keturunan India, tetapi warganegara dia tetap Malaysia. Akak baca sajalah sejarah Malaysia zaman dulu-dulu" jelas kawan dengan penuh diplomasi.

"Sekejap! Ko ni orang mana? Lain benor akak dengar dialek ko" berkerut-kerut dahi akak membentuk simbol tanda tanya di atasnya.

"Saya pun orang Malaysia jugak lah kak, sama seperti Dinakren" Akak jururawat kaget mendengar jawapan kawan. Rupa-rupanya wajah kawan acuan yang mongoloid ini benar-benar memperdaya telahan akak itu bahawa kawan tulin dari pulau Jawa. Kelihatannya kecewa sungguh akak itu.

"Eh betul ke dik, orang Malaysia ini keras-keras? Suka buat kekerasan? Suka menyiksa pembantu-pembantu rumah dari Indonesia? Sultan-sultan dia suka perkosa rakyat?"

Kawan tak tercengang dengan pentanyaan akak itu. Sebagai anak Malaysia, berasap-asap telinga kawan mendengar, tetapi kawan telan sahaja bulat-bulat sambil menjawab,

"Ye ke kak? Aman-aman je saya kat sana, tak pernah kena terajang suka-suka hati"

Tak ingin kawan jawab panjang lebar. Akak itu pun tak lagi bertanya.

Tetapi, jangan salah faham. Bukan kawan tak ingin membela nama nusa, bangsa dan negara. Cuma, kawan terfikir, buat apa kawan gigih-gigih menjelaskan pada mereka tentang hal yang sangat subjektif, hal yang tak zahir di mata, hal yang perlu penilaian dari segala macam penjuru untuk diperkata iaitu peribadi kita rakyat Malaysia, kalaulah perkara yang jelas, fizik dan objektif seperti masyarakat berbilang bangsa yang berjuta-juta di negara kita pun mereka tak dapat nak lihat.

notakaki::ini kisah sebilangan sahaja, bukan generalisasi.

Anak rojak

|
Kan kawan sudah cerita betapa tak semua orang di sini faham kenapa Dinakren berbangsa India tetapi pada masa yang sama dia ialah orang Malaysia. Mereka sangat tak puas hati pernyataan itu, sampai Dinakren sendiri sudah berbuih-buih mulut bercerita bagai tentang di Malaysia terdiri pelbagai kaum dan salah satunya; India. Dinakren siap bercerita kalau nenek moyang yang trillion-trillion zaman lampaunya memanglah dari negara India tetapi orang tua, adik beradik dan dia ialah orang Malaysia tulin. Kad pengenalan Dinakren tetap biru dan sesungguhnya sama seperti kad pengenalan Anep, Sujen, Nadiah dan Phaik Hsia.

"Makanya, saya ini orang Malaysia mbak.." jelas Dinakren panjang lebar kepada mak cik jururawat itu.

"OOOOOOO begitu..." sambut mak cik.

Sambung mak cik lagi, "Jadi awak ini macam anak campuran lah yer, mak melayu nikah dengan orang India. Anak mix macam tu?"

(darah pun mengalir dari hidung kawan.. hs@#$@%#$%)

Siapa Dina?

|
Dinakren berbangsa India, tetapi dia anak Malaysia sejati yang cintakan negara sepenuh jiwa dan raga. Tetapi, tak semua orang di sini faham konsep masyarakat berbilang bangsa yang kita anuti di tanah air. Banyak yang susah nak faham siapakah insan bernama Dinakren ini, seorang India tetapi orang Malaysia.

Suatu hari yang damai, dalam sebuah bilik, seorang dokter pediatrik, Dinakren dan kawan duduk berbincang tentang program imunisasi di Indonesia. Salah satunya ialah tentang vaksinasi campak. Dokter sempat menyatakan istilah-istilah lain campak yang sering digunakan dalam literature seperti measles.

Tiba-tiba dokter berpaling ke arah Dinakren, seraya bertanya, "Kalau kamu gimana dik? Bagaimana kamu sebut campak dalam bahasamu, Tagalog?"

.........

krekkk kreeekkk kreekkk (bunyi cengkerik)

Meneran

|
Sekarang, selama 8 minggu kawan di pediatrik dan 2 minggu lepas kawan berada di Sleman, sebuah rumah sakit daerah.


Kawan berada di ruang bersalin untuk melihat bagaimana prosedur resusitasi bayi yang lahir kurang bulan ini. Ok fine, ini pertama kali kawan berada di ruang bersalin dan melihat ibu siap-sedia untuk beranak. Sumpah kawan jadi segan dan janggal i tell you. Terkulat-kulat kawan kat tengah itu.


Tiba-tiba, semua orang pun menjerit. Yes, SEMUA orang termasuk bidan, doktor, koas obsgyn, perawat tiba-tiba menjerit seperti tengok orang lumba lari sepenuh jiwa dan raga.


"Ji! Lo! Lu! Ngejannnnn BUUUUU!!!" (satu dua tiga, terannnn BUUU!!"


"Ayuh BU!!! LANJUTKAN!! Jangan putus asa!!"


"IBU!! Ibu harus kuat semangat!! Jangan mengalah!!"


"Ibu BISA! Ibu BISA!! IBU BISAAAA!!!!"


"Ngejan Bu!! Ngejan Bu!!"


(ngejan=meneran)


Kawan di celah-celah hiruk-pikuk umat di ruang bersalin itu, terdiam kaku dan berdiri sambil tak berkata apa-apa melainkan meneran-neran. Serius tak tipu, kalau kawan yang sama-sama meneran lebih-lebih. Refleks ok...

Ada tiga nyonya yang enak dimakan

|
Kalau kawan nak cerita pasal restoran yang pertama kali kawan pergi baru-baru ini, haruslah kawan letak gambar-gambar makanan-makananya kan, takkan lah pulek kawan nak letak gambar monyet gambar kura-kura gambar peti sejuk ataupun gambar kawan. Itu tak payah tunggu pergi restoran pun kawan dah boleh letak gambar sendiri, sekarang gambar kawan sambil makan mi cintan pun boleh kawan tempek kat sini kalau nak. Tetapi takut orang baca blog ini sambil makan jemput-jemput ke. makan lompat tikam ke, muntah-muntah lah pulek, jadi terpaksa kita kontrol perkara-perkara macam tu daripada berlaku.

Jadi pada suatu hari ketika orang-orang yang kebetulan tak ada jadual jaga malam di spital hari tu (i'm sorry goodbye ye maya haha) berkumpul-lah mereka di sebuah rumah makan 3 Nyonya. Iyer pembaca-pembaca sekalian. rumah makan 3 nyonya. Bukan rumah makan 3 kebaya nyonya seperti menurut kak yim. Atau bukan juga rumah makan nyonya roguy. Opss.

ini di Indonesia nama dia Es Lobi-lobi, tapi bila di Malaysia nama dia jadi Asam Boi. Rasa dia super pekat belikat asam boi yang sedap pada waktu hirupan pertama sampai ke dua belas. Atas dua belas terus rasa kejang sebab yang tinggal buah asam boi itu sendiri. masam gila ok.

ini makanan yang kawan pesan hasil mix n match iaitu nasi lemak ayam bakar sambal rujak dengan sambal mangga muda. mantap kan? rasa dia wonderful wa cakap sama lu

Minuman Nyonya P.Hsia yang diberi nama 3 Nyonya Delight itu nampak macam sedap in real life, tapi tak sempat nak pau. Eh, bercakap pasal pau, teringat kat pau seorang ini yang tak jadi join malam tu. Dalam mangkuk itu nama dia Udang Goreng Mentega.


Ini pesanan Aqilah yang bernama Chicken Sesame ataupun dalam bahasa lebih senang difahami; Big Bird goreng tepung. Enak lho


laksa penang yang diorder Has. kawan tidak dibenarkan untuk mencicipi laksa dia sebab dia kene viral infection. ceh canggih je bunyi padahal hidung tersumbat je. over sungguh

ini lauk yang NK pesan bernama lonteng cap gomeh. eh silap.. lonteng gomeh? lontong gomeng?? lonteng gomez?? eh tiba-tiba jadi makanan argentina la pulak. NK terus jadi pelupa bila makan makanan ini, sebab sedap sangat gamaknya.

Eh salah ini, ini tak ada di 3 nyonya. Ini Chocolate Fondout Dixie yang digembar-gemburkan NK dan Balvin. Nasib rasa dia dalam golongan makanan sedap sama level dengan Wet Chocolate Kedai Kopi. Kami singgah sebelum balik rumah masing-masing.

kawan abadikan foto kenang-kenangan bersama 2 women and a half itu yang kawan spekulasikan merekalah 3 nyonya yang penuh misteri itu.

Sekian wabillahitaufik walhidayah..

Tirai ditutup