05 August 2011

viva forever

Untuk pengetahuan kamu orang, kawan dah selesai presentation!! Walaupun mai bahasa inggelish very the tunggang and langgang ai tell yu, dan daripada sepuluh soalan yang diajukan kepada kawan sepuluh-sepuluh pun kawan tak boleh jawab (hiks!), tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang tinggal satu lagi halangan sebelum kawan meninggalkan Ortopedik ini iaitu VIVA. Opocot mak engkau melatop!

Sorry.. kawan tak boleh dengar perkataan tu, sebab kawan mesti terus melatah. Kawan memang alergi dengan ujian dan peperiksaan sebab kawan tak mampu sangat-sangat nak buat persiapan. Walaupun today ai cuti, tapi ai tetap tak boleh bukak buku. Ai sibuk tidur je non stop macam mr poo (bukan nama sebenar), patient kawan yang koma dekat ICU tu. Haish..Macamana ni kamu orang semua... Kawan takut sangat ni. Perasaan takut dia tu macam takut nak pergi bersunat ai tell yu.

Doakan kawan berjaya VIVA ye. Eh, opocot mak engkau melatop!

No comments: