03 April 2006

Dikir Barat Siang Malam

Kawan di mintak tulong oleh brader senior kawan untuk cari orang dan mempersembahkan dikir barat masa Culture Nite 13 May ni. Walaupun kawan ni berdarah original dari Pantai Timur, kawan serius tak reti langsung berdikir barat. Tapi, kawan pernah lah nonton dikir barat ni, lebih-lebih lagi bapak kawan sendiri memang gemar gila melayan dikir barat. Kawan pun kalau nengok tivi dengan dia terpaksa lah mengadap dikir barat tu. Kalau dulu-dulu time kawan libur dan ade kat umah mase ari Monday jam 9 malam, bapak kawan musti conquer remote control sebab dia nak tengok cite dia. Bapak kawan tu sebenarnya peminat setia Salam Pantai Timur yang disiarkan di stesen tivi kerajaan. Geram kawan tak payah nak cite lah, memang kawan tak bernafsu langsung nak nonton cite tu. Tapi, disebabkan tivi rumah kawan sebutir je, kawan redha je lah nonton. Walaupun menonton dengan penuh keterpaksaan, kawan tau lah jugak, dalam cite tu mesti ade orang perform dikir barat. Secara cetek pengetahuannya, kawan dapat simpulkan dikir barat ialah persembahan nyanyi *sambil jerit-jerit!* dengan pakai baju yang kaler striking gila sambil menari dengan duduk. Dan ade ketuanye yang pakai baju pengantin sambil berdialek Kelantan. Kawan rase kalau tanya rakyat Malaysia yang lain mesti ciri-ciri tu jugak yang tergambar dalam kepale pikiran dorang kan? Kalau korang still blur, blind dan black-out lagi ape kebenda Dikir Barat ni, baik korang daftar masuk darjah 4 balik, mungkin mase sekolah rendah dulu korang tak sempat lagi belajar subjek Kajian Tempatan.


Image hosting by Photobucket
Kawan takde kaitan dengan dorang.. Sekadar gambar hiasan

Sambil menyetelkan pasal dikir barat ni yang tarikhnya makin dekat, dekat dan dekat! *Argh!!!!!!!!! Aku tak stat praktis lagi!!*, kawan rase kawan nak share lah jugak intelektual kawan yang dah diupdate pasal aktiviti dikir barat ni dengan korang. Penat lah jugak nak copy paste mende-mende pasal dikir barat ni dari Internet lepas tu nak edit lagi biar entry dikir barat kali ni jadi hak milik kekal kawan. *Cetak-cetak rompak tak main aaaa!!.. eh.. copy paste bukan cetak rompak kan? Hua!Hua!Hua!* Tapi, kawan rase kalau korang bace, mesti korang akan tak sangka macam ni rupenye dikir barat.

Cite dia macam ni, dikir barat ni dulu sebenarnya baru lagi dekat Tanah Melayu ni, dan bukannya dicipta secara original dari rakyat Kelantan. Mengikut sejarah*bosan btul kawan dengar perkataan ni..*, dikir barat ni diproduksi dari campuran 'Tarian Patung Inai' yang sangat-sangat lah femes di kalangan orang Siam dan Kelantan. Jangan tanya kawan menatang ape Tarian Patung Inai tu, adakah ia seperti tarian zapin? Tarian cha-cha? Salsa? Joget Atikah Asini? Kawan have no idea tentang ni. Tapi, penduduk Siam dengan Kelantan ni sebenarnya tak lama layan tarian aneh ni, adelah dekat 140tahun jadi juara carta tarian paling top. Fanatik dorang waktu tu pun, kira macam break-dance sekarang la, semua mamat-mamat dan cek mek-cek mek comel lote waktu tu rase bangga kalau dapat nari. Agaknye lah..
Image hosting by Photobucket
Tok Jogho n Tukang Karut

Tapi, dorang tak lame, sebab muncul lah mamat yang digelar Pak Leh Tepang dan mengubahkan tarian ni jadi dikir barat. Waktu tu lah, dia letak seorang Tok Jogho (Tuk Juara) untuk lead persembahan dan disambut oleh awok-awok secara beramai-ramai. Persembahan dorang ni biasanya amat laku dan laris sekali time-time orang nak kawen. Mase dulu tak banyak yang mampu nak beli gitar karen, drum etc nak perform pop yeh yeh dekat kenduri kawen.. Satu hal lagi yang perlu ditekankan ialah orang Kelantan layan pop yeh yeh ke? Fenomena Pak Leh Tapang *konon-konon macam Mawi World laa..* ni memang disambut baik oleh masyarakat setempat walaupun dorang berdikir sambil pukul-pukul rebana (rebab atau rebana Sunda) dan gong besar sahaja.

Tapi, bila dah masuk tahun 1948, Pak Leh Tapang still tak puas hati dengan konsep dikir barat waktu tu. Brader tu memang kreatif abih, dan berusaha gigih nak jadikan dikir barat ni memang sampai tahap world lah. Mase tu lah, Pak Leh Tapang memasukkan unsur Dikir Laba (yang berasal dan sedang menjadi juara carta di India waktu tu). Dikir Laba juga ada awok-awoknya*yang mungkin tak reti makan budu dan kecek kelate*, yang peranannya sama seperti dalam dikir barat tapi dorang melaungkan suara sehingga tahap menjerit sambil mengibar-ngibarkan kipas. Dan ada juga sejenis dikir laba yang dikenal pasti bernama Dikir Punjab atau Qawwali mempunyai awok-awok yang bernyanyi secara berlutut dan bertepuk tangan mengikut pergelangan tangan *macamne tu? kawan pun tak leh bayangkan*. Maka setelah baik punya cilok dari dikir-dikir tersebut maka terhasillah Dikir Barat.

Oh ya, lupa kawan nak cakap yang waktu tu juga, Tukang Karut masih belum diperkenalkan lagi. So, Pak Leh Tapang *mamat ni lagi.. kawan dah bosan dah..* yang memperkenalkan Tukang Karut yang tugasnya lebih kepada menyanyikan lagu-lagu yang lucu dan berinteraksi dengan penonton, sedangkan Tok Jogho lebih kepada mengalunkan lagu-lagu yang merdu*seolah-olah berdondang sayang*. So konklusinya, mungkin kita boleh cakap yang Tok Jogho ni suara dia merdu sedangkan Tukang Karut ni suara dia tak sedap macam hon van apek jual sayur. Agaknya lahh...

Menurut sejarah lagi, antara Tukang Karut yang pernah digilai oleh orang ramai waktu tu ialah Dolah Belimbing *dah lah Dolah, ade belimbing pulak tu..*, Husin Pak Labu, Pak Usu dan Pak Leh Tapang sendiri. Laa.. patutlah wujud jawatan Tukang Karut tu, agaknya Pak Leh Tapang ni kemaruk sangat nak nyanyi tapi sebab sedar diri suara macam Acappan, dia pun dengan selambe aje bukak posisi baru sebab nak nyanyi jugak macamnane pun walau suara tak sedap. Mentang-mentanglah dikir barat ni dia yang punya, suke ati die aje nak buat ape pun. Kalau Tok Jogho pulak, antara yang pernah menggegarkan industri dikir barat ialah Awang Tahi Lalat. Namanya ni amat meletup bukan sahaja dalam negara *Kelantan je la..* malah di peringkat antarabangsa iaitu di Siam*mati-mati kawan ingat sampai Amerika*.

Sejarah dikir barat berubah lagi, apabila pada tahun 1963, Arifin Ana atau sering dipanggil Abang pin *bukan abang kepada Ayah Pin. Harap Maklum* membuat perubahan yang sampai sekarang digunakan dalam dikir barat. Antara perkara yang diubah atau diselitkan oleh Arifin Ana ialah:
a. Permulaan dan akhiran tepuk.
b. Membuat rebana ibu dan anak untuk mengantikan rebana dikir, geduk dan gedompak.
c. Penggunaan Gong besi yang digunakan hingga hari ini.
d. Menggunakan rhumba moden yang digunakan oleh kumpulan muzik.

Bermula pada itulah, seni dikir barat telah dipersembahkan secara komersialnya dengan cara-cara yang sedemikian. Dan timbullah nama seperti Yusof Kelong, Seman Wau Bulan, Dolah Kulat Malam dan Hasan Ikan Emas dalam seni dikir barat. Pada tahun-tahun berikutnnya, lebih banyak perubahan berlaku dalam susunan lagu yang mana Husin Gelang Mas memperkenalkan nyanyian karut nyenki dalam megarut. Ini ditambah dengan Lagu Wau Bulan oleh Seman yang seterusnya diterima sebagai lagu identiti Dikir Sepanjang itu juga, revolusi dikir barat telah berubah dengan penggunaan alat muzik yang lebih moden seperti seruling*moden ke? huahuahua!* dan terus berkembang sehingga tahun 80an apabila rhumba moden digantikan dengan rhumba buatan sendiri yang menggunakan pam tandas dan diisi dengan 'ball-bearing' yang terkecil*aisey mannnn.. makin terkebelakang ade la..*. Ala.. lupe lak nak kasi tau dari mane name dikir barat tu, DIKIR berasal dari aktiviti tu yang sedang berdikir dan BARAT berasal dari orang Kelantan di Selatan Siam waktu itu dikenali sebagai orang Barat.*Ceh, sok barat betul dorang ni!*

Itu lah sedikit sebanyak story pasal dikir barat. Lepas baca barulah jiwa kawan ni lebih dekat dengan dikir barat dan tau nak buat apa. Kawan dah dicuss-discuss dengan member-member kawan yang baik ati dan sudi berkongsi idea, so kawan rase Insya-Allah dalam mase terdekat kitorang start praktis. Makanya, korang datang lah beramai-ramai ke Culture Nite nanti untuk saksikan persembahan dikir barat kitorang yang bakal tampil dengan pelbagai kejutan*Ceh, rase cam poyo je*. Mesti korang tertanya-tanya siapakah yang bakal mejawat jawatan Tok Jogho? Dan, siapakah Tukang Karut? Dan juga siapakah barisan awok-awok yang terpilih kali ni? Serta lagu apakah yang bakal dipersembahkan dalam persembahan kitorang? Semuanya bakal terjawab pada malam itu. So, jangan lupe saksikan secara eksklusif di auditorium UGM pada 13 Mei ini! KEBAAA BOOMM!! *poyoooo..*

8 comments:

mohdismail said...

kalo aku jd ko..berkobar2 semangat aku nak bawak dikir barat..bukan senang nak perform kat pentas antarabangsa..heheh..indonesia pun kira antarabangsa da kan?

NaSh said...

aku minat dikir barat~! syok kalau layan lagu dia.. walaupun aku ni org selatan.. ekeke

kuden said...

mael, tu la.. tapi kan.. abih air liur kitorg membebel lam bahasa kelantan dorang bukkanye paham pun.. muahahah

nash, aku suke jazz walaupun aku org terengganu. Wakakaak

tOTiN said...

apsal nama aku terlibat dalam pemilihan nama tok jogho!! aku takmau terlibat dalam aapa2 persembahannnn!!aku nk vote shen yu.. alaa.. nape xde nama die.. HAHA

kuden said...

shen yu, tak tercalon sebab tak de passport. muahhaha

tOTiN said...

KAkakakaaaaa.. gitu ek? kire takde passport tak dikira malaysian ek? KEkeke.. kejam ko

kuden said...

Hehehe.. sape suruh kasi kat pemaling? MUahaha! alaa.. totin, org dah undi ko tu.. Ape lagi, get ready aa nak berdikir. Muahaha!

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. »