20 July 2006

Fast Update:: Ann, Siti Dan Teksi

Ahli Keluarga Baru

Photobucket - Video and Image Hosting
Ann yang Bestttt...

Kawan memang ada sorang kakak saje. Tapi, kalau dari segi keluarga kembangan, kaum kerabat kawan ramai. Siap boleh buat liga worldcup sendiri tau. Ramainye ahli tak macam kekaltu *betul ke eja?*. Sepupu, dua pupu tiga pupu dah ada dalam pelbagai lingkungan umur. Dan yang paling latest dan terhangat di pasaran, sepupu kawan belah mak kawan (Abang Li) dah dapat baby baru yang chumil. Name baby cowok ni, Ahmad Nur Nafhanuddin. Kawan asek tersasul sebut Farhan, macam AF4. Tapi nickname dia Ann. Jadi, kalau korang jumpe dia, panggil Ann je. Occay? Kawan pun tak tau Ann ni 2pupu kawan yang ke berapa puluh. Memang dah tak terkira. Tapi sepasti kawan lah, Ann lah anggota keluarga yang terbaru. Herkk.. kalau ada cousin lain dapat baby tak announce siap aa.. Kebetulan gi KL, kawan lepak lah Puncak Jalil nengok si Ann ni. Kawan respek r same Ann, sebab sangat sopan. Tak kuat meragam. Baikkk je.. Petang 16 July tu sempat lah jalan-jalan dekat Alamanda Complex dengan family Ann.

Photobucket - Video and Image Hosting
an evening with Ann..

Terima kasih banyak pada Abang Li and Kak Miah. Semoga lagi sukses bile masuk kerja baru. Soon. Untok Ann, selamat membesar dengan sihat, cerdas dan cergas. Keep it real!! Hehe

Announcement Of The Year
Photobucket - Video and Image Hosting
muka Datuk K ada iras-iras Saddam Hussain

Semua orang dah tahu dah. Kawan saje je nak mengada-ngada masukkan cite ni. Hehehe.. Kawan takleh nobatkan Wedding Of The Year lagi, sebab tak berlaku lagi. Tapi, kawan sure la yang bekwoh *kenduri* Siti Nurhaliza akan jadi Wedding Of The Year. Buat masa sekarang, sidang media yang Siti buat tu memang ramai yang konon-konon nak tahu.
Rakyat Malaysia semua buat-buat tanya, adakah Siti betul-betul nak kahwin dengan Datuk K? atau.. adakah Datuk K pinang bagi pihak Dr. Fazley? atau.. Siti nak kahwin dengan datuk kepada Encik K?

Sekarang persoalan semua dah terjawab. Siti pasni dah jadi Datin. Tapi, kawan kompem, tak semua lah lelaki Malaysia makan hati bila Siti ngaku akan kawin dengan Datuk K. Orang laki kita dah boleh pikir relevan lah kalau ada cita-cita nak kawin dengan Siti. Nak dapat taik lalat Siti pun belum tentu, nikan nak berbinikan Siti. Setakat ko aje yang kenal Siti, tapi Siti tak kenal ko, orang laki Malaysia dah reti pikir logik ada harapan ke tak nak kawin dengan Siti.

Peminat-peminat Siti yang kononnya fanatik, kipas susah mati Siti musti ada yang konon-kononnya bangkang dan ada yang konon-kononnya setuju. Ada yang konon sedih dan ada yang kononnya gembira kesyukuran. Kawan rasa perkataan konon sesuai sangat, sebab sesetengah orang dah melebih-lebih berperasaan bila masuk bab masa depan dan kehidupan artis.

Teksi
Kawan balik dari KL sampai Stesen Bas Tanjung KT jam 6 pagi. Dari KT nak balik rumah kawan naik bas dari Perhentian Bas MPKT jam 7 pagi. Kawan naik bas ke Kuala Berang. Walapun dah tidur macam beruang masa dalam bas nak balik KT, tapi bila dalam bas Kuala Berang pun kawan ngantuk lagi. Tersengguk-sengguk. Lame-lame, kawan pun tertidur tahap tak ingat dunia. Sedar-sedar kawan dah beberapa meter terlajak dari rumah kawan. Prettt!! Kawan picit loceng bas. Dalam ati, dah gelabah gila. Tapi kawan buat muka konpiden aa. Muke konon kawan tak terlajak tidur. Muke konon rumah kawan betul-betul depan bas berenti. Mase tu, kawan dah bengang sebab tertidur. Rumah kawan takde lah jauh mana dari tempat kawan terlajak tu. Tak sampai 1 Km. Kalau nak berjalan boleh aje. Tapi sebab berat angkut buku kiri kanan, kawan ngade-ngade tahan teksi. Kawan naiklah teksi tu, tak sampai 1 minit kawan dah sampai depan rumah.

"Kat tepi ni dah aa, Pak Cik," ujar kawan.
Zetttttttttt!!! Pak Cik tu brek mengejut macam brek sebab ada kucing melintas.

Kawan rasa ada aura tak best. Kawan tengok muke Pak Cik dah bengang semacam.

"Berapa Pak Cik?" Kawan tanya.

"Dah! Keluar la ko!" Pak Cik tu meletup, dia halau kawan keluar. Memang tensen gila muka Pak Cik tu. Hak hak!! Walaupun free of charge, tapi pak cik tu memang bengang gila. Marah yang teramat. Hak hak! Kawan mencecet keluar dari teksi. Kawan nak terima kasih pun tak sempat. Kawan terus lari selamat kan diri takut tak pasal-pasal pak cik tu nak langgar kawan sampai mampus. Hehe.. kawan rasa pak cik sebenarnya baik, ikhlas kasi free kat kawan, mungkin dia marah sebab pagi-pagi buta kawan dah spoil duit tambang dia. Dah tutup pintu rezeki dia agaknya. So, kepada pak cik atau anak-anak pak cik yang terbaca, kawan mitak maap banyak-banyak. Hak hak! Pasni kawan tak tidur dalam bas lagi.

Photobucket - Video and Image Hosting
kawan tak jumpe cari gambar teksi kat KT, ni teksi kat Sri Aman, Sarawak. Lebih kurang camni la design teksi kat KT.

Korang yang bukan kat Terengganu mungkin tak tau sebenarnya, perkhidmatan teksi di Terengganu tak pakai sistem meter. Kaler teksi kebanyakannya hitam kuning lagi bukan merah putih. Kalau biasanya di bumbung teksi ada tertulis Teksi Bermeter, tapi di Terengganu dekat bumbung teksi die tulis Kereta Sewa. Harap maklum.

notakaki::dialog kawan dengan pakcik tu sebnarnya dalam dialek Terengganu, tapi terpaksa di alih suara ke bahasa standard. Baru world!!

credits::
+Abang Li and family
+The Star
+Pok Cik Drebar Teksi
+gambar Teksi

4 comments:

Anonymous said...

adeih..kesian pakcik tu..x pasal2 marah2 org..x bayek ar kuden nih

Kurt Kuden said...

kite tak larat aa nak jalan..
hehe

Anonymous said...

ngade....
tadek la jauh sgt kan ..kalo x sure pakcik tu x marah

Kurt Kuden said...

haha... ala.. kite kalo die ckp brape pun harge, kite byr nye..