02 September 2006

Hari 23

Hari 23
Tarikh::1 September 2006(Jumaat)

Ada tujuh (7) hari saja lagi! Debaran makin kencang, dan cabaran makin getir. Adakah kawan berjaya menemukan kost dalam masa 30 hari lagi? Semuanya bakal terjawab dalam masa TUJUH (7) hari lagi.

Sebenarnya, cabaran yang paling kuat buat kawan ialah keputusan kawan sendiri untuk berpindah. Semuanya terletak pada kawan. Kawan yang menentukan. Kawan yang memberi jawapan, walaupun kawan sudah bertemu dengan KOST baru yang best dan murah.

Hari ni ulangtahun kost kawan sekarang (F31) yang ke-empat dan ulangtahun Bapak Kost kawan, Bapak Hargono yang ke-??. Ini pengalaman pertama kawan di sini menyambut hari bersejarah kost dan bapak. Tahun lepas kawan tak berkesempatan (kawan pun tak tahu camne kawan missed..). Kawan sangat menjadi berubah fikiran kalau ada acara berkumpul macam ni. Lepas Maghrib, bapak ngan ibu belanja kitorang semua (penghuni kost Anugerah F31) makan. Ini bukan acara pertama atau kedua kitorang berkumpul, tapi dah banyak kali, dan kawan enjoy. Dalam kost kawan sekarang, ni lah the best of the best part kawan kat sini. Bukan pasal berkumpul atau dibelanja makan, tapi kebesaran hati mereka untuk saling duduk bersembang, bergurau dan mesraaaaa (baca seperti Bob AF2 sebut). Kawan tak tahu kawan akan jumpa ke tak atmosfera yang sama kalau kawan di kost yang lain. Memang kawan totally berjudi dengan masa depan. Dan, untuk memperjudikan masa depan dan meninggalkan hal yang terbaik di sini, membuatkan kawan berfikir dua kali untuk berpindah. Mungkin lebih 2 kali kawan berfikir. Mungkin 3, mungkin 4..

notakaki::kawan baru sedar bila Apis Kelantan argue pasal Merdeka Malaysia. Malaysia sambut merdeka yang ke-50 tetapi ulangtahunnya saja yang baru 49. Faham dok?

2 comments:

Anonymous said...

x paham ngan nota kaki..

hurm..best kan dpt tuan umah yg mesra alam camtu

Kurt Kuden said...

ada yg best ade yg tak best..
tp chii, kuden maksudkan yg best tu penghuni.. bukan tuan rumah..

pasal notakaki, malaysia sambut kemerdekaan ke-50.. sebab mase tahun 57, tu dah kire sambutan yang pertama.. tapi kalau dari segi ulangtahun, ni dah kire ke-49. Paham dok? Kuden pun dok paham ble bace balik ayat kuden. Muahaha!