08 September 2006

Hari 29 Panas

Hari 29
Tarikh::7 September 2006 (Khamis)

Gempar! Kost kawan sekarang (F31) kecoh! Sekarang bukan kawan sahaja yang sudah tidak betah di sini, tetapi hampir semua! Ini semua gara-gara spot-check pemilik kost kawan ke setiap kamar di kost semalam (hari 28). Serbuan yang kononnya menegakkan hak-hak pemilik kost padahal telah menelanjangkan segala isu yang menyebabkan semua jengkel dengan F31. Kawan masih ragu-ragu dengan motif serbuan ala edisi siasat semalam. Inferens awal, kawan sangka serbuan wujud sebab aduan bekalan elektrik yang sering terputus dan berisiko untuk alat-alat elektrik yang sensitif seperti komputer. Dan, kawan percaya bahawa itu bukan aduan yang bertujuan untuk memantau penggunaan barang elektrik orang lain, tapi itu adalah aduan untuk pemilik kost supaya memantau keadaan bekalan elektrik di kost. Apa kejadahkah semua ini?

Kawan kesal dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh pemilik kost dan kesannya melantun terus ke dahi mereka sendiri. Pemilik kost mempersoalkan penghuni yang membawa televisyen dan water-dispenser padahal kami sebenarnya telah diberi senarai barang elektrik yang dibenarkan untuk diguna pakai dan antaranya ialah televisyen dan water dispenser. Paling penting, kami BAYAR setiap bulan walaupun MAHAL!

Tak cukup dengan hal itu, isu internet yang baru dipasang atas permintaan penghuni juga dijadikan modal yang langsung tidak berasas. Kawan kaget mendengar berita ini. Menurut pemilik kost, semua bekalan elektrik yang tergendala adalah akibat internet, dan seketika kawan simpati dengan pengetahuan pemilik kost tentang sejak bila internet dipasang menggunakan elektrik? Benar, salah satu medium internet ialah komputer. Persoalannya, isu elektrik tergendala telah lama wujud sebelum internet wujud di F31. Mengapa?

Omong-omong dengan Rangga petang tadi, telah menjelaskan lagi isu diskriminasi yang telah lama kawan hidu dalam F31. Saiz bilik kawan dan bilik Rangga sama iaitu 5X4. Persoalannya, kenapa kawan dan Shah dari Malaysia harus bayar Rp475ribu per bulan sedangkan Rangga dari Indonesia cuma Rp450ribu per bulan? Sebelum ini kawan agak bingung dan telah jangka tentang hal ini sewaktu pertama kali kawan melakukan bayaran langsung sewa bilik kawan. Pada mulanya kawan sedia bayar untuk 3 bulan pertama, tetapi wakil pemilik enggan terima dengan alasan anak Malaysia harus lunas setahun tetapi anak Indonesia sahaja yang dibenarkan 3 bulan sekali. Cuma, kawan malas memanjangkan isu. Sebab, kawan cuma fikir itu hak pemilik. Tetapi hari ni, kawan rasa hak kawan mula tercabar dan kawan perlu bertindak. Ini salah satu tindakan kecil kawan.

Masih banyak sebenarnya isu remeh-temeh yang dipropagandakan oleh pemilik kost. Kisah pembelian laptop yang harus mendapat keizinan pemilik terlebih dahulu, kisah jumlah penghuni berkereta bertambah, kisah teman kawan yang kononnya perintis perubahan radikal dalam kost dan macam-macam lagi kisah 'bukan-bukan', cuma kawan tak mahu huraikan. Buat masa terdekat, kawan agak peka dengan tepi kain sendiri.

Salah satu berita baik di sini, ada antara mereka juga yang telah melunaskan bayaran sewa sama seperti kawan akan berusaha untuk keluar awal dari tempoh tersebut dan cuba mendapatkan kembali wang lebih itu. Tentu sekali kawan salah seorang pejuang untuk hal ini. (senyum)

Sepatutnya penyewa yang mengada-adakan cerita bukan bukan-bukan, tetapi kali ni terbalik, pemilik kost yang cuba memprovok penghuni. Dah cukup kaya agaknya..

Mesti ada yang kata kawan tak patut mengaibkan kisah orang di mata umum. Kalau ada yang rasa begitu, kawan mohon ampun banyak-banyak. Kawan langsung tak berniat nak mengaibkan pemilik kost. Kalau kawan memang nak mengaibkan pemilik kost, dari hari pertama kawan cuba meng'isu'kan. Kawan ceritakan ini semua, sebab kawan berkongsi cerita bila hak kita dicabul. Peribadi, kawan banyak terhutang budi dengan F31. Kawan senang sangat dengan pekerja F31 yang lain dan kemesraan mereka sangat kawan hargai. Itu antara aset penting di sini. Bilik yang selesa, bersih dan persekitaran yang nyaman sebenarnya melayakkan F31 menjadi antara kost idaman. Paling penting, kawan bangga dengan tahap keselamatan kost. Kawan sendiri terfikir mana lagi kawan nak cari kost macam ni. Sebagai manusia, kawan juga pernah senang dengan pemilik kost. Pemilik kost sendiri pernah sapa kawan dan senyum, dan kawan hargai sangat-sangat. Cuma cerita di hari 29 ini, adalah kisah kesal kawan tentang apa yang berlaku semalam. Kisah yang sangat menjengkelkan. Apa lagi pemilik dapat, setelah menepuk minyak panas dalam kuali dan akhirnya terpercik ke muka sendiri? Kawan mohon pertimbangan.

Oh ya, satu lagi berita baik, kawan tak berjuang seorang! Mungkin misi kita berbeza tetapi objektif kita hampir sama iaitu kediaman baru! (Senyum Kambing)

notakaki::ayat agak kurang ajar.. ampun, tuanku!

4 comments:

Anonymous said...

sumthing wrong sumwhere nih.
nape pemilik kost bertindak sedemikian kan..
dah la korang byr awal reramai..
pastu yg unsur diskriminasi tu..no komen la..mayb sebab dorang anggap korang ni dak inter...pastu plak dr mesia..so dorang assume korang ni agak ber'duit' berbanding local student..

Kurt Kuden said...

sangat sangat sumthing wrong..
tp indonesian pun ade yg sedih..
kalau nak bace luahan member indonesian kuden.. bace kost punye blog..
www.anugerah-boardinghouse.blogspot.com..
die sgt kecewa..
he is indonesian..

Anonymous said...

ade gak ye camtu..
nape sampai camtu skali jdnya..
erm..pihak universiti x sediakan kost utk student nye yer..
kebajikan student cam x terjaga nih
sgt x elok utk kesihatan

nnt2 chii tgk luahan hati member kuden ;)

Kurt Kuden said...

mmg camni care universiti indon..
Dorg mmg takde kolej utk student..
Hehe.. Kuden sehat lagi chii.. haha