26 October 2006

Lebaran Kawan Kali Ini Di Jakarta

Photobucket - Video and Image Hosting

Hari Satu

Bersama Ustok, Farizi dan Dina, kawan tiba di Stasiun Gambir pagi 22 Oktober (Isnin) selepas mengharungi perjalanan 8 jam lebih dari Jogjakarta ke Jakarta. Meredakan kebas buntut yang hampir kematu sebab lama sangat duduk dalam keretapi, kawan tidur tertiarap dulu setelah berjaya menempatkan diri di Wisma Malaysia Jakarta, Jalan Cokro Minoto, Jakarta Pusat.

Tiada apa yang 'aidil fitri' di hari pertama. Cuma sekadar berfoya-foya di Tanah Abang Mall, beli 5 DVD di Mall Mangga Dua dan tak tersengaja bertemu teman Intec, Aimi (UnPad, Bandung) dan Nazrul (Ukrida, Jakarta) di Taman Anggerik Mall. Dan, malamnya 'overnight' di bilik Firdaus (Ukrida) di Tanjung Duren, Jakarta Barat yang balik kampung ke Sabah. Pagi esok, baru balik wisma.

Hari Dua
Suasana lebaran baru terasa di hari kedua. Malamnya ada 'Sambutan Malam Aidil Fitri 1427H' anjuran bersama Kelab UMNO Jakarta dan Persatuan Pelajar Malaysia Di Indonesia cawangan Jakarta. Dan siangnya, beberapa persiapan dan kawan cuma memberi pertolongan yang tak seberapa. Buka puasa, maghrib, makan malam, ucapan bla-bla-bla, bergambar, isyak, takbir dan bersurai.

Photobucket - Video and Image Hosting
nasib baik ketupat tu tak sempat rebus, kalau tak, langsung tiada hiasan kain rentang kali ni

Orang Jakarta sangat teruja rupanya menyambut lebaran. Kalau anda kata orang kita lagi teruja, anda silap. Kawan dapat lihat banyak kali lori dan bas besar lalu depan wisma. Apa masalah dengan lori dan bas besar ni? Masalahnya, dengan jumlah penumpang yang lebih had, mereka bergendang dan bermuzik di atas lori dan bas. Sambil berpesta dan berteriak menyambut ketibaan 1 Syawal. Ini baru nama Pesta.

Hari Tiga
Bangun mandi, pakai baju, bajet hensem, kawan pun naik teksi dari Wisma Malaysia dan terus ke Kedutaan Besar Malaysia Jakarta. Sebab semangat, rupanya kawan teksi kedua paling awal tiba dari berpuluh-puluh teksi yang lain. Jawabnya, saf depan.

Selesai solat sunat, makan-makan, bermaafan dan bergambar sakan (kononnya kenangan), acara diteruskan dengan menyerbu 20 rumah terbuka pegawai Malaysia di Kedutaan. Serbuan cuma berjaya bertahan sampai ke rumah keempat. Rumah kelima dan seterusnya, kawan dah tak mampu. Perut kenyang tahap berbahaya katanya.

Photobucket - Video and Image Hosting
kawan raya kali ini siap ada tentatif program. Raya tahun depan kawan nak serapkan idea ni di rumah kawan. Alternatif raya 2007

Balik wisma, tukar baju, tahan teksi dan terus ke Mangga Dua Square, Jakarta Utara. Nama pun hari raya, tak ada apa-apa TAPI umat manusia tetap banyak. Garu kepala. Naik teksi lagi dan terus ke Pantai Festival, Ancol. Umat kali ini kawan berani letak jumlah mereka lebih 100ribu orang. Raya di pantai, konsep raya orang Jakarta yang sangat buat kawan kejutan budaya. Kawan naik perahu pusing-pusing di pesisir pantai, sehinggakan kepala otak kawan yang pusing (orang Terengganu mabuk laut, memalukan). Sebelum pulang, mata kepala menyaksikan lagi kejutan budaya bagaimana orang Jakarta berhari raya. Nanti kawan cerita di lembar akan datang. Mungkin ada kalangan kalian tak terkejut mana, tetapi kawan sangat terkejut dan teruja. Sangat-sangat. Ketawa.

Jam 8.45 malam, kawan dan yang lain naik keretapi balik ke Jogja. Kawan dah tak sabar nak balik Jogja. 'Jogja-sick'. Jam 5 pagi tiba di Malioboro. Lega.

Photobucket - Video and Image Hosting
UGM combo ITB

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

notakaki::terima kasih buat semua saudara di Jakarta (Universitas Indonesia, Ukrida, Trisakti, IN) kerana mengalu-alukan kedatangan orang Jogja.

notakaki2::terima kasih yang spesifik untuk orang-orang Institut Teknik Bandung (ITB), Bandung. Kalian sejuk (cool)! Beri kawan lima (Give me five!). Semoga jumpa lagi (See you!)

7 comments:

tOTiN said...

sapa pulak farizi tuu?? aku tak knal pon.. kat gambar tu aku cam knal ko ngn ustok je..pompuan2 tu sapa? kak hazar ke tuu?? oh tidak cammm

KudeN said...

totin, farizi tu junior 2006 budak regular. die tak g ospek. ahhaha! sbb tu tak terkenal.. gambor2 tu aku ustok farizi dan budak2 itb.. kak hazar tu sape plak totin ooiii.. farizi yg tepi skali baju kunin

nashrex said...

gaya macho seh..

mohdismail said...

aloloo..siannyer beraya kat sane..hikhik..len kali balik..

KudeN said...

nash, sape machoo?? aku?? hnnssss.. hnsss.. kembang idong aku..

mael, hehe.. konpem nxt yr blk trg~!!

chii said...

yg dpn tu mcm senyum terpaksa jerk..ehehe

KudeN said...

chii, senyum ikhlas a chii..