21 November 2006

Bioskop Hokkuden::Cache (Hidden)

Adeihh.. Lame benor tak hapdet. Blog dah berkulat. Kawan takmo ngarut panjang-panjang.. untuk warm-up balik blog lame yang berdebu tak tersentuh-sentuh ni.. kawan persembahkan review untuk filem pilihan Hokkuden kali ni.. terimalah.. Cache!


Photobucket - Video and Image Hosting


Judul::Cache (Hidden)
Pelakon::Daniel Auteuil, Juliette Binoche
Pengarah::Michael Haneke
Genre::... hidden .. (misteri)

Sinopsis
George (Daniel Auteuil) dan isterinya (Juliette Binoche) diganggu dengan sebuah pita video yang mengandungi rakaman luar rumah mereka. Anehnya, rakaman ini diambil secara statik dan langsung tidak menunjukkan apa-apa motif. Konflik makin memuncak bila beberapa pita susulan diterima. George berusaha menjejak pengirim hantu dan ternyata bagi George, ia ada hal yang berkaitan dengan zaman lampaunya.

Pandangan Kawan
Kawan bukan pengikut filem-filem Eropah. Dan, dengan kesempatan yang ada untuk menonton sebuah filem suspen dari Perancis, kawan menjadi tiada alasan untuk tidak menonton. Cache secara keseluruhan memang misteri. Dari rakaman pita video yang ditonton oleh George dan isteri sudah cukup menimbulkan tanda tanya tentang identiti pengirim. Apa yang ditonton oleh mereka berdua, itu jugalah yang ditonton oleh penonton. Secara tak langsung, kawan terasa sangat suspen. Lebih suspen, awal-awal perjalanan Cache, ada elemen mengejutkan dari mimpi-mimpi aneh George tentang zaman kanak-kanaknya.

Kawan bukan obses menonton filem-filem yang menuntut penonton untuk berfikir, tapi kawan rasa menonton Cache bukanlah tentang siapa penghantar rakaman itu yang menjadi persoalan. Berdasarkan dari komen-komen di internet tentang Cache, ramai yang berpendapat Cache mengangkat isu prejudis. Dan ada yang mengangkat isu dendam. Kawan bersetuju kedua-duanya. Isu prejudis yang secara tak langsung dikaitkan oleh George dan adik angkatnya waktu zaman kecilnya. Sedutan berita yang ditonton oleh George iaitu kezaliman yang dilakukan kepada Muslim di Palestin juga seolah-olah menggambarkan tema dalam filem ini.

Dari segi kepuasan menonton lakonan, Cache memang berjaya terutama Juliette Binoche. Tapi.. kawan rasa kesemua watak dalam Cache berjaya dihidupkan dan diterokai. Mereka bersungguh-sungguh untuk serius.

Cache bergerak tanpa skor muzik. Cache juga bergerak tanpa elemen-elemen dramatis. Walaupun Cache sangat statik, tapi banyak adegan dalam Cache menjadi adegan kegemaran kawan. Dari adegan rakaman pita video hinggalah rakaman bunuh diri. Kawan puas. Paling kawan terkesan ialah babak akhir. Maka, kalau ada yang berkesempatan menonton, jangan lupa menonton babak terakhir. Kawan ulang, jangan lupa.

Dari awal cerita sampai akhir cerita Cache penuh dengan rasa tanda tanya. Dari segi keupayaan menimbulkan rasa ingin tahu penonton, kawan rasa Cache pasti juara. Namun, kawan setuju tidak semua akan bersetuju dengan pendapat kawan bahawa kesudahan cerita ini disimpulkan andai kata anda mahukan Michael Haneke menjadi penglipur lara dengan menceritakan cerita edisi yang lengkap. Kalau sekadar mahu menikmati pengalaman tanda tanya, berfikir dan berbincang persoalan-persoalan berbangkit, Cache harus jadi pilihan. Sebenarnya sangat seronok membaca pendapat peribadi orang ramai tentang Cache. Ramai yang akan membuat kesimpulan tersendiri tentang pengirim pita video itu. Ada yang mengatakan anak-anak mereka berdua yang menghantar, ada juga mengatakan George sendiri yang menghantar, dan ada juga yang mengatakan sebenarnya pita video itu tiada pengirim dan paling suspen, pita video itu tak wujud. Pendapat peribadi. Maka, terserah.

Yang penting, hanya Michael Haneke yang tahu apa yang Cache (Hidden) dalam Cache ni.

Rating::3.99/5 bintang.. Huhu~

Tahap mesti nonton?::AMARAN!! Tak semua akan setuju dengan komen kawan. Maka, jangan memberi harapan yang tinggi untuk Cache. Buat mereka yang rajin sangat nak berfikir, cuba tonton Cache. Mungkin Cache layak masuk senarai filem pilihan anda.

2 comments:

Nashrex said...

xpnah dgr pun citer ni..

Kurt Kuden said...

ni la nak kasi dengar.. hehe