12 December 2006

Bioskop Hokkuden::Deja Vu

Photobucket - Video and Image Hosting

Judul::Deja Vu
Pelakon::Denzel Washington, Denzel Washington, Denzel Washington dan Denzel Washington
Pengarah::Tony Scott
Genre::Fiksyen/Aksi

Sinopsis
Ada letupan feri yang tersangka dibom. Ada seorang mamat (ATF agen) nama Doug (Washington) yang ditugaskan menyiasat kes ini dan menggunakan sejenis alat yang sangat canggih tak hingat punya yang boleh membawa anda menonton zaman lampau. Oppss.. sebelum tu ada seorang awek mati lemas di sungai tempat feri tu malatops tapi dia mati tak macam kena bom. Siasatan bermula dengan menggunakan alat canggih tu dan hasilnya, ada kaitan antara bom, awek dan Doug sendiri. Doug merasakan alat tu sepatutnya digunakan untuk membaiki 'kesilapan lalu'. Doug masuk ke zaman lalu dan membaiki 'kesilapan lalu'.

Korang paham tak hape ke benda kawan membebel ni??????

Pandangan
Sangat fiksyen, ambigius dan 'fizik'. Haha! Kawan bengong-bengong nak paham hape ke benda la yang dorang duk explain pasal timeline, bridge, dimension, bla bla bla wat ever pasal nak masuk ke alam past tense. Kawan dah try dengar dengan kusyuk sebab konon nak paham secara saintifik macamane menatang alat yang leh tengok balik zaman lampau tu berfungsi.Tapi hasilnya, terlopong sekkor sekkor kawan lam panggung wayang tu. Tak paham. Sialan.

Walaupun dari segi fiksyen kawan rasa Deja Vu sangat bercita-cita tinggi dan kadang-kadang pemahaman logik kita agak tergoyah, tapi kawan rasa dari segi idea kiranya boleh tahanlah.(Bole tahan? Bukan ke dah berlambak cite pasal masuk ke zaman silam? Kat Malaysia pun ada XX-ray 2.)

Mungkin faktor-faktor lakonan (seorang saje.. dan siapakah dia?), kesan khas dan sinematografi menjadikan Deja Vu ni tidak lah sampah mana bagi kawan. Dah banyak kita tengok Washington dalam watak-watak macam ni, dan kawan rasa tak perlu kita nak komen. Lakonan Washington seperti biasa.. BEST. Pelakon lain? Ade pelakon lain ke? Kawan tengok cam takdekk je.. Cam Washington sorang sajork yang berlakon. Yang lain macam orang lalu lalang je. Sorry a, kawan tak perasan lak korang-korang berlakon.

Mesin yang buleh tengok zaman-zaman dulu tu macam best je. Dah la ko buleh tengok balik, lepas tu siap boleh tengok dari pelbagai sudut yang kita mau dan yang paling best siap buleh masuk dalam mesin tu dan baiki balik 'kesilapan lalu'. Banyak ni benda yang kawan nak baiki 'kesilapan lalu'. My Biggest Mistake-butterfingers(betul ke eja?)..

Maka, bila dah sampai penutup kawan tak berapa nak puas hati sebab lepas Washington masuk zaman lampau dan betulkan 'kesilapan lalu', macam sia-sia saje mase yang sedang bergerak ni. Mungkin kawan tak paham konsep timeline dari segi fizik so interpretasi kawan terpesong ntah ke mana-mana. Member kawan yang nonton sekali iaitu Kiru, explain la balik kat kawan bahawa cikgu Fizik dia penah kasi tau pasal teori ni yang pernah Albert Enstein kuarkan. Tertonggeng terbalik kawan cuba nak paham Kiru, tapi sepatah haram pun kawan tak paham.

Satu lagi yang kawan tak berapa nak puas ati ialah villain character dia yang sangat solo. Punya lah gempak dia punya 'kerja jahat', tapi motif dan dalangnya sangat ringkas dan rapuh. Eh cop cop, dari segi motif tu kawan rasa cam logik je.. Eh cop cop.. tak logik mane a.. Eh Cop cop.. logik gak ye.. Cop cop!.. Lantak ko!

Ape lagi kawan nak menghina ye.. Emm.. kawan rasa tu saje kot. Korang lah pulak menghina lam ruangan komen. Asyik kawan je dapat dosa menghina.

Secara keseluruhannya, Deja Vu dari segi idea kawan tak kata ia segar, tapi berbaloi la jugak nak gi tengok kalau movies lain waktu tu dah sold-out. Cuma, selain berdiri di belakang nama Denzel Washington, Deja Vu sekadar sebuah filem aksi yang hi-tech dan 'boleeeeee laaaa...'. Dan, ia sesuai ditonton bersama rakan-rakan sekuliah dan seorang pensyarah. (Pensyarah?? Siapakah dia??). Memang cerita ni dah konsep die macamni, iaitu bercita-cita tinggi, so kita accept je lah filem ni seadanya.

Rating::Tolak kelas fizik, tolak ending tak ummpphh, tolak watak jahat tak mencabar, semua sekali Deja Vu dapat 1.3 bintang dari 5 bintang. Blink! Blink!

notakaki::Kesilapan lalu? Kerja jahat? Nak tahu apa kedua-duanya tu, jangan lupa dapatkan sumber-sumber menonton Deja Vu di mana sahaja anda mampu. TGV? 21 Studio? GSC? Pasar Malam? (Oppss.. terpromote cetak rompak. Ingat, membeli cetak rompak adalah mencuri..kawan tengok je tak beli)

5 comments:

Anonymous said...

baca awal2 paham..dah sampai tgk..pala pening plak..

pasni wat review citer len plak..
ngeee~

Kurt Kuden said...

haha.. chii dah tgk lom cite ni? tgk la.. haha. pastu chii lak wat review.. haha

Anonymous said...

krg ni x sempat tgk mana2 muvie ar..nk g tgk kt wayang..x minat..sebab sure x concentrate sgt..nk cari cd..malas nk jln plak...

tp taper la..kuden je la yg wat review citer best2 eh..hakhka

Kurt Kuden said...

hehe.. ok ok.. kuden akan menjadi pengkritik filem yang disegani pasni.. haha

Kurt Kuden said...

owhh kak ji.. dats swittttt