08 March 2007

6 Things You Don't Know About Me

Hai semua. Apa khabar? Bagaimana? Sudah cuba resepi Cucur Strawberi yang kawan cakapkan tu? Kalau dah cuba ramai tak yang masuk spital sebab keracunan makan cucur korang? Ahaks. Kalau tak ada masuk spital maknanya korang masih boleh terus mengikuti pelbagai resepi yang akan kawan kongsikan lepas-lepas ni. Bersiap sedialah korang. Blog kuku besi katakan.

Hari ni, kawan dah dipaksa oleh Kak Kujie untuk membongkar 6 rahsia hidup kawan di mana korang semua tak tau. Kawan tak tau apa sangatlah rahsia yang kawan ada. Puas korek sana korek sini korek idung korek telinga, tak jumpa-jumpa jugak rahsia yang sangat sesuai untuk dipertontonkan masyarakat umum. Yang rahsia tu sangat-sangatlah rahsia dan kawan tak boleh lah expose kat sini, sebab nanti dah tak jadi rahsia. Tak best la kan kalau kawan tak misteri lagi. Tapi takpe, kawan korbankan 6 rahsia terpilih yang kawan ada. Eksklusif ni. Tak semua orang kawan cerita.

Tapi sebelum tu, kawan nak cerita dulu satu kejadian yang berlaku pada kawan pagi tadi.

Macam ni, kawan lapar nak gi breafast, jadi kawan pergi lah ke satu bakery & cake shop dekat dengan tempat kawan ni (kawan takleh cerita nama kedai ni, kang aku kena saman, ada kau nak bayar?). Tengah-tengah pilih roti nak beli tu, kawan dapat mesej dari Tikah nak bagitau pasal Alan nak datang Jogja esok. Sambil syok pilih roti, sambil tu jugak kawan baca mesej. Macam-macam tau roti ada kat sini, ada Garlic Bread, Hot Floss, Chicken Floss, Beef Floss. Walaupun sekarang tahun Babi (Tahun Baru Cina), kawan tak jumpa lagi Pork Floss kat sini. Alhamdulillah.. Tengah-tengah baca tu tiba-tiba ada akak pelayan kedai roti tu tanya kawan, "Ada apa yang bisa dibantu?"

Kawan senyum je la sambil cakap terima kasih. Pastu dia mintak la bakul roti yang kawan pegang tu nak tolong ambikkan roti untuk kawan.

Pastu dia tanya lagi, "Yang namanya apa sih?"

Dalam hati kawan, "Sempat pulak akak ni berkenalan ngan aku", pastu kawan cepat je jawab, "Namanya Kuden"

Akak tu bingung dan senyap je. Kawan pun cakap la dah abih pilih nak gi bayar pulak. Kawan pun gi la kaunter bayar. Masa nak bayar tu kawan terpikir, akak tu sibuk nak tolong kawan sebab dia tengok kawan macam blur pilih roti. Pasti dia ingat kawan tengok dalam handphone tu senarai nama roti yang kawan nak beli. Dan, maksud akak tu tanya nama ialah nama roti yang kawan nak, bukan nama kawan.

Kawan cepat-cepat blah dan tak tengok pun muka akak tu. Kawan malu!

Tobat kawan dah tak nak jejak kedai roti tu buat beberapa minggu sementara akak tu dah tak ingat muka kawan. Bukan akak tu sahaja lah, akak lain-lain lah jugak. Akak kaunter, akak uli roti, akak sapu lantai, semua akak agaknya gelakkan betapa kawan sangat perasan tadi. Kalau kawan jadi akak tu pun, mesti kawan cerita kat semua staff kat situ termasuk tauke kedai tu. Ahaks

So, sekarang secara rasminya korang dah tau rahsia pertama kawan,

Rahsia 1 - Kawan sedang ban dan tak nak pergi Parsley untuk sebulan (oppss! terkantoi nama! Haha!)

Ok lah. Kawan sedang minggu exam, jadi kawan tak leh habiskan 5 rahsia tu sekarang. Tunggu pendedahan ekslusif kawan di siri akan datang.

Roger and out

2 comments:

Anonymous said...

jgn 30hari lagi dah ler kuden oiiiiiiiiii...penyet idup kakjie mcm ni nk tunggu...tp tka per....kat mesia nk setat cuti sekolah dah esok ..sabtu 10-18hb.....kak jie ade anak sekolah...so dpt le kakjie cuti sekolah..hahaha...part best sekali dlm idup....so..kakjie nk bercuti lagi..dan lagiii..jgn jeles...jumaat dlm kul 3 kakjie akan memandu ke JB....yg menanti di sana sudah tentu my darling...kak jie akan blk ke kl 18/3....yuhuuu............ tinggai dulu ye kuden


p/s kalo nk merasa cuti mcm ni, kena ade anak sekolah dulu

Kurt Kuden said...

hehe.. baik tuanku. nanti patik siapkan. paling lama pun 29 hari la. ahaks..

alaaa.. best nye cuti-cuti malaysia macam tu.. kuden bajet 10 thbn lg kawen.. so plg cepat nk rs cuti-cuti malaysia maknenya 17 thn lagi aa??? ceh.. waktu dah tak de prasaan nak bercuti dah..

btw, nanti titip salam sama ur husband k.

enjoy ur hols.. take care n JANGAN MEMANDU LAJU2!