26 April 2007

BKS3::Beautiful Place



Sekeping gambar boleh mencerminkan seribu perkataan...


Ini cerita angan-angan.

....

Aku seorang pelayan.

Aku suka kerja aku. Aku percaya bahawa kerja aku iaitu melayani pelanggan adalah salah satu seni terhebat yang pernah dianugerahkan Tuhan. Sebagai pelayan, aku akan tunduk hormat pada setiap yang datang setinggi bunga matahari yang tunduk pada sinar suria. Dan dengan sopan, aku akan berkata-kata pada mereka.

Bagi aku, itu sangat hebat!

Menjadi pelayan di restoran mewah mungkin bagi sesetengah orang ia penuh dengan ketegangan. Sebab, ia formal, penuh protokol, rasmi bla bla bla. Tetapi, bagi aku, menjadi pelayan pada ketinggian lebih 330 kaki dari paras laut adalah antara hal yang terindah pernah aku nikmati dalam hidup.

Aku berdiri pada keluasan 20 kaki persegi dengan susunan 15 meja empat segi yang diatur kemas. Dihias rapi dengan dian-dian kecil di setiap meja menjadikan suasana makan malam di sini cukup indah. Konsep gazebo-tanpa bumbung dan dinding, meletakkan hati pelanggan dan hati alam malam lebih dekat. Makan malam yang penuh fantasi sambil menyaksikan sejuta bintang malam bertaburan meriah di dada langit. Kalau aku harus gambarkan tema setiap malam di sini dengan satu kata, pasti aku sebut CINTA.

Ada satu sudut di restoran itu yang selalu mencuri pemandangan aku. Meja hujung yang terletak di atas lantai yang satu kaki tinggi lebih daripada 15 meja yang lain. Aku namakan meja itu 'Beautiful Place'. Alas meja putih dan dipisahkan dari yang lain dengan sebuah benteng setinggi 2 kaki warna merah. Merah putih dan latar belakang hitam pekat malam melukiskan pemandangan yang ajaib di mata aku. Aku akui betapa aku melihat persandingan warna yang cukup buat aku terbuai. Kaca jernih yang memantulkan benteng merah merasakan diri seperti sedang terapung di udara. Istimewa. Seperti menafikan daya graviti, aku terpesona untuk 'terbang' setinggi bangunan-bangunan tinggi lain yang mencium dada langit. Sampai sekarang aku masih terpesona. Tidak hairan kalau Beautiful Place sering dijadikan pilihan pelanggan untuk merakamkan detik-detik indah yang takkan terlupakan. Dan di sana juga, sering kali aku mendengar mereka dan lafaz-lafaz cinta mereka.

Aku berdiri di sebelah kolam kecil air pancur berdiameter sekitar 1 meter yang mencurah-curah di dalam pasu sambil melihat sepasang lelaki dan perempuan yang sedang berat diamuk cinta di Beautiful Place. Aku dapat melihat betapa sang lelaki cintakan sang perempuan dan sang perempuan juga cintakan sang lelaki. Dibias lampu pijar putih datang dari dua tiang, aku dapat melihat mereka memandang antara satu sama lain dengan penuh romantis. Aku tak sedar sejak bila aku tersenyum setelah melihat keduanya juga saling membalas senyuman.

Di Beautiful Place, ia seperti permainan wayang yang datang dengan pelbagai kisah di hadapan mata.

Aku masih ingat minggu lepas, di lokasi yang sama, aku melihat seorang lelaki berkemeja hitam basah kuyup di simbah minuman oleh teman wanitanya. Seperti filem Charlie Chaplin, aku hanya mampu melihat tapi tak dapat mendengar walau sepatah pun dialog antara mereka. Aku pasti, wanita itu tak sembarangan memalukan diri sendiri menyimbah air ke muka lelaki itu di khalayak umum. Satu-satu sebab aku hipotesiskan. Salah satunya, itu mungkin simbahan air wanita kepada lelaki pendusta hati wanita. Mungkin.

Itu kisah minggu lepas. Kisah yang seringkali jadi kegemaran semua antara kita, termasuk aku. Haha.

Seperti aku kata, itu kisah minggu lepas, kalau semalam, Beautiful Place sekali lagi berkongsi cerita cinta pada aku. Kisah cinta yang lain sekali nahunya.

Waktu itu, aku sedang mengalihkan sebuah pasu dari sudut itu. Aku dengar esak manja seorang gadis di selang-seli bunyi petikan arpeggio gitar Sepanyol. Aku tak berpaling untuk melihat, tapi aku cuba perlahankan aktivitiku agar dapat mendengar kesudahan tangisan itu. Telinga kiriku menangkap beberapa kali gadis itu melafazkan betapa dia mencintai lelaki dihadapannya. Dia menangis dan terus menangis betapa dia tak ingin kehilangan lelaki itu. Lelaki itu cuma diam membiarkan gadis bercerita sedih seorang diri.

Aku jadi makin ingin tahu. Tapi aku fikir, makin lama aku di situ, makin jelas tindakan aku semata-mata untuk memasang telinga. Aku harus beredar. Lalu, aku bangun. Ternyata, aku bernasib baik untuk sempat mendengar kesudahannya. Kisah air mata seorang gadis yang terpaksa meninggalkan teman lelakinya kerana jodohnya sudah ditentukan keluarga. Dan, di Beautiful Place, mereka mengakhiri semua cerita-cerita cinta mereka. Oh, tidak. Mendengar kisah sedih orang bukan satu nasib baik. Aku tersilap.

Haneef memanggil namaku dari belakang mengejutkan aku dari tenggelam berkhayal dengan kisah-kisah kelmarin. Aku berpaling meninggalkan pasangan warga emas tadi yang sedang nikmat menikmati detik-detik ulangtahun perkahwinan mereka. Aku ke meja yang Haneef tunjukkan sambil bibirku masih tersenyum. Aku terasa betapa merahnya cinta mereka berdua walau seputih mana warna rambut mereka. Aku dapat rasakan betapa sang lelaki memandang sang perempuan itu seperti pertama kali sang lelaki memandang sang perempuan itu. Seperti sewaktu pertama kali mereka memandang dan mereka terus jatuh cinta. Aku dapat rasakan itu.

Jam 12 tengah malam. Aku sudah di lantai satu. Berselimutkan dingin malam, aku melihat sebuah kedai kopi setentang bangunan tinggi terletaknya restoran aku bekerja. Seorang gadis putih kecil berjeans biru dan baju merah melambaiku dari sana. Malam ini dia kelihatan sangat cantik. Aku tersenyum melihat dia. Dan terus, penat tadi sudah pun pupus semuanya. Kami berpegang tangan berjalan ke restoran mamak. Di bangku plastik merah, kami berhadapan dan duduk. Walau itu saja yang kami mampu dan bukan semewah di tempatku, kami gembira. Bagi kami itulah 'Our Beautiful Place'.

Itu angan-anganku.

Hidup ini terlalu singkat untuk disiakan dengan orang yang salah.

.......

25 comments:

Anonymous said...

owh...kuden..KakJie jatuh cinta....jatuh cinta pada Beautiful Place...tempat cinta bersemi dan berakhir...Beautiful Place ...sebuah tugu yang teguh, agam dan nampak. Ia tidak keliru, tidak palsu, megah dan bahagia.

Merahnya cinta dan putihnya hati..

jangan disingkir diriku dari mimpimu...ha ha ha

Kurt Kuden said...

ewah ewah ewahhh... jiwang aa tuh.. haha!
hahah! saye pun tak penah pegi tempat cam tu.. i hv no idea at all dgn gambar tu.. hahaah! kalau juri tak suke. ape leh buat.. n mmg slh sy tak sempat nak study la gambar, color n interior design ni.. main tulis je.. tak de useful facts pun kan.. but.. ape2 komen dtg dari kak jie n chii, mesti sy rs cm best.. hehe.. thxx a lott..

ADam Dryx said...

Hahahhaha!!

Lovely!! Bisa bikin sesiapa yang membaca jatuh cinta.. Sayangnya, cuma angan-angan semata-mata.

Kalaulah itu pengalaman sebenar yang dilalui maka betapa indah hidup cerianya suasana :)

Well Done!

Anonymous said...

alaaa..kan bagus kalo betul2 kan..
interesting sgt..chii pun x terfikir nk wat citer camni...
leh wat jatuh chenta..sama cam kak kujie nih

Anonymous said...

chii, tak pa chii..
Cinta tidak semestinya berdua, dan tidak semestinya bersatu... mungkin boleh secara beramai²...berjemaah!!!

Kita ni dh ke laut topik nie..he he he, peduli ape comment box Kuden.

Kurt Kuden said...

adam, tq. hehe.. tp still rase kesal sbb tak study betul2 pasal interior design color sume tu.. tak sempat la adam.. mgg xm..

chii, hehehe.. jatuh cinte? kuden kalau dengar org jatuh cinta atau tgk awek cun, mesti bunyi "qiu qiu qiu qiu qiu". haha.. tq chii

kak kujie, waaaaaa... bercinta berjemaah tu.. hahah! ade konsep share boipren gerpren tak? hahaah!! ampun!!

Unknown said...

tulisan ko yang beso ke mata aku yg tak serasi neh?

zura lias said...

bravoooooo...nice entry..tibe2 gue rase jatuh cinte lak..ahakss....hahahahaha

Raja Sawit said...

betul, tulisan dah best, tapi font kacau lak kudeng! besor sgt

tapi kan, kalu ko tak berangan2, xbemimpi,ko tak akan meletakkan harapan kat sesatu benda tu. kita mengharap, mana tau tuhan nak kabul ke tak.
so angan2 tu penting. understeng?

Anonymous said...

" Telinga kiriku menangkap beberapa kali gadis itu melafazkan betapa dia mencintai lelaki dihadapannya. Dia menangis dan terus menangis betapa dia tak ingin kehilangan lelaki itu. Lelaki itu cuma diam membiarkan gadis bercerita sedih seorang diri."

hehe..tertarik ngan statement nih..

erm..nak gak ar cari Beautiful Place'.

Kurt Kuden said...

wicked witch.. alaaa.. alaaa.. alaaa.. tanak tukar fontt.. urghhhh..

zura, hehe.. bahaye ni.. jatuh cinta ngan sape lak nii..

jr, JR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! lame tak nampak ko bro!!!!!!!!!!!!1 arghh!! tq!! alaaa.. tanak aa tukar font..

chii.. hehehe... chii dah jumpe chii punye beautiful place, cume tak sedar je..

Anonymous said...

huhu..ada kot..dlm blk je ni :p

erm...bg chii..dlm ramai2 peserta..citer kuden yg paling menarik minat chii utk baca berulang kali..pengolahan citer yg sgt kreatif dan menarik..ditambh lgik ngan gaya bhs yg bershja..coz motly peserta lain cuba utk menghuraikan maksud atas makna tersirat objek merah yg telah di assign, berbeza ngn kuden..err..ni ckp sebarang..chii rasa..yg lain sure akan setuju ngn chii...lalala

memndangkn chii pun salah sorang yg ske berangan..citer2 camni mmg menarik minat gak arr..hahhaha..err ^_^

Anonymous said...

wohoooo... blueprint... masterpiece!!

Kurt Kuden said...

ntah la chii.. kdg2 benda kite tak sangka org suke, benda tu kn org suke.. tp ade bende kita harapp org sukeeee sgt, tp tak pulak org suke.. hehe.. thxx a lot chii... chii mmg best!

laura.. hehe.. tq!!

Vernon Kedit said...

In the music industry, we NEVER say "good luck" because it's very bad luck to do so. Instead, we say "break a leg!"

Break a leg!

Precious said...

wow .. nice. very nice indeed.

Kurt Kuden said...

mr. manager.. yearhhh.. meh kita patahkan kaki!!! kraaaakkkk!!

precious, thxx a lot.. :-)

Orked said...

kuden..blog kakjie kena hacking...wa'aaaaaaaaaaaaaaaaa..ni blog utk sementara

Sukma SuKkma said...

hhmm..tulisannya santai & mengasyikkan..spt pernah membaca cara penulisan kamu..anyway,bagus yah..keep up a gud work!

Kurt Kuden said...

kak kujie.. saye pun penah kena. sbb tu sy punye font skarang besar2 malas da nak tukar. hehehe.. sabaqq eehh kak kujie.. tp nak gelak pun ade.. kih kih kih. sabaq ehh

sukma.. thxx a lot.. tp dis week punye esemen.. perghhh.. not so me.. haha

Anonymous said...

alaa..klo ada yg komen pasal font..biar jer la..chii lgik ske besar2 camni..mudah utk dibaca..dari jauh pun leh nampak apa yg kuden citer...

Kurt Kuden said...

hehe.. chii perli ke ape ni? haha.. ok ok.. akan ku tidak tukarkan font ini.. hehehehe

Orked said...

ooo nak gelak erk..tak pe gelak la..kome

Anonymous said...

mana ade perli la...adeih...okla font skrg ni..xyah tuka2 da...krg kalo kecik..sakit mata arr..

Kurt Kuden said...

kak jie.. huwaaaa!! ampunnn!!! ahaks

chii.. hehe.. okehh.. saye takkan tukar.. hahah..