08 May 2007

Kelepak kelepak kelepung kelepung (bunyi kompang la!)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Yeargh! Tu dia kad kawin dwibahasa Jerman-Bahasa Indonesia yang sangat special. Sape tah kawin. Haha.

Hampir setahun setengah bercinta, akhirnya terikatlah juga pasangan Bagas Wicaksono dengan Stefanie Jurgens dalam majlis yang cukup sederhana tapi lebih dari indah. Untuk pengetahuan korang, Stefanie, 23 member kawan satu kuliah di UGM dan Dr. Bagas seorang assistant lecturer di Fakultas Kedokteran Program International, UGM.

Korang bersiap sedialah, entry kali ini sangat panjang dan mungkin ada yang akan rasa macam nak mati terkebosanan nak menghabiskan membacanya. Kawan akan bercerita pengalaman pertama kawan dengan majlis kawin kat Indon ni. Dari majlis doa selamat, majlis kawin sampailah ke family dinner. Kawan ingat nak cerita start dari Bacheloratte Party, tapi sebab dorang tak invite kawan so tanak la kawan cite. Penat kawan offer diri sendiri jadi stripper malam tu. Hiks. Tapi dorang semua tanpa berfikir panjang reject kawan. Sialan lu! So, kita mulakan dengan majlis doa selamat dulu nak?

Tersebut alkisah..

Malam esok nak kawin tu ada majlis doa selamat atau pengajian kat rumah mak pengantin laki-laki. Malam tu jugak, Kiru kena tempek inai tuk Stef kat sana. Majlis yang simple tapi suara kerukunan tu terasa sangat. Serius. Tapi kan, jam kat handphone kawan dah tunjuk pukul 7 malam. Dari tadi kawan nengok asik tetamu perempuan je datang, manenye tetamu laki-laki ni. Sampai penuh semua kerusi makcik-makcik pakai baju colorful ni duduk, macam dah takde space langsung tuk pak cik-pak cik. Pastu bila majlis nak start je, baru la kawan tahu, rupenye kat Indonesia ni, kalau doa-doa selamat ni, dari tok imam bace doa sampai ke tetamu semuanya perempuan. Takde laki-laki pun yang terlibat. Culture shock la jugak sekejap kawan mendengarnya. Maka majlis pun dimulakan lah dengan 4 kali al-fatihah, bacaan Yasin dan doa. Oh, tak dilupakan sedikit ceramah oleh tok imam wanita itu. Berjela-jela la jugak ceramah dia. Berjela-jela pun berjela-jela la, yang penting berbaloi kawan nunggu. Berbaloi sebab makanan dia sangat sedap. Kawan tak pernah gi kenduri doa selamat kat rumah kawan makanan dia sedap macam ni. Ahaks. Terus kawan jadi lupa daratan. Rugi ko Jeremy tak datang.

Dah penat bace, mari kita tengok gambar-gambar pulak.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
tu dia.. penempek inai import dari New Delhi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
inilah hasilnya. konsep camouflage nak gi perang.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
family picture

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
gadis pengemudi majlis. Haha.. gadis la sangat kan..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
ehem-ehem

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mak cik paling depan baju biru : Aku rasa la kan Senah, bapak pengantin perempuan asik tengok aku je lah. Penat dah aku kontrol ni tau.
Mak cik paling depan baju oren : Gayah, behave ok.

Mak cik paling depan baju purple : Tah ko ni Gayah, dia pandang aku la.

Mak cik belakang mak cik baju biru : Cepat la mak imam oiii.. dah lapar sangat dah niii...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Akak baju merah : Zaiton, ni aku tengok dah kali kedua ni ko ceduk lauk. Ape ke pelahap sangat ko malam ni..
Akak baju biru : Memandai je ko Normah, ni round ke-4 tau. Opss!


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
tu diaaaaa.. posing malam terakhir bergelar anak dara

Kawan bangun kul 10 pagi. Seluar itam dah ada, kasut itam dah ada, stokin itam dah ada tapi kemeja dengan tali pinggang itam pulak takde. Dah ko jenis keje last minute, memang layak lah ko gelabah kan. Kawan memang jenis tak banyak kemeja. Apatah lagi kemeja lengan panjang. Kawan ada 3 kemeja lengan panjang. Satu kaler putih tapi Dikky pinjam wat perform koir die, satu kaler biru tapi kolar dia rosak, satu lagi belang-belang, yang ni lepas dari 'hari tu' tak basuh-basuh lagik. Hiks. Padan muka kawan. Nasib baik ada Ervin. Kawan nak gerak jam 12.30 tapi jam 11 baru jumpe baju. Kawan mesej dia tapi dia ada latihan basketball la pulak. Dia mesej kawan, tingkap bilik dia tak tutup, kawan boleh panjat masuk je pastu ambik dalam wardrobe dia. Semangat tak semangat kau, kawan pun panjat tingkap bilik dia nak pinjam kemeja. Akhirnya dapat lah jugak kemeja biru. Semua dah lengkap, tapi belt pulak takde. Kawan punya lah gelabah terus mesej Guna. Guna cakap kat kost dia mungkin ada. Sampai kat kost dia, kawan jumpa junior Lukman, pastu dia kasi dia punya belt. Sekali terlalu besar la pulak belt dia dengan pinggang kerengga kawan ni. Pinggang kawan terlalu kerengga sampaikan takde lubang pun. Hiks. Kawan dah pasrah dah takde belt, tapi lucky punya pasal, kawan terserempak dengan Amru, farmasi. Nasib baik la Amru tu ada. Stylo pulak tu belt dia. Kawan pun dengan bangganya pun pergi la merempit dengan Guna dan Shen Yew. Terima kasih Amru.

Apa kejadah kah kawan cite semua ni kat korang?

Iyerrrr ade kejadahnya.

Kejadahnya ialah, segala penat lelah effort struggle segala macam kawan gelabah nak pakai baju apa dan akhirnya kawan berjaya jugak dapat kemeja pinjam tu, terbayar dengan baju kawan sama 100% dengan baju waiter catering majlis kawin Stef tu. Cibai punya Ustok, Sujen, Jas, Aziz dan lain-lain malukan aku depan orang ramai. Ustok lagi la sial, siap suruh kawan pergi pinjam topi waiter tu sekejap suruh pakai nak ambik gambar. Tak ke sial namanya tu? Kawan punya lah bersusah payah panjat tingkap pinjam baju, korang sedap-sedap saje malukan kawan. Tak baik a korang ni. Kecik ati kawan kat sana. Kawan time makan kat sana terus saje wat bodoh macam kawan tak perasan pun baju kawan sama ngan baju catering dan alas-alas meja mereka semua tu. Hiks. Aku sumpah korang anak korang semua buta warna baru nyesal.

Okeyh, ter'skip to my Lu' pulak. Meh kita sambung cerita orang Jerman kawin Indon pulak.

Lepas tu kawan pun sampai la kat Masjid Kampus UGM, tempat di mana menjadi saksi hikayat cinta agung Stef dengan Bagas. Kire macam 'Beautiful Place' dorang la ni kan. Ahaks. Nasib baik pengacara majlis ni pakai dua saje iaitu Bahasa Indon dengan English. Kalau Stef upah pengacara majlis cakap Jerman, nanti rasa macam tengok Tilawah Al-quran Peringkat Antarabangsa lah pulakkan. Korang paham tak ni?

Seronok tengok Stef duk kat depan tu dengar khutbah imam bercakap pasal tanggungjawab suami-isteri ni. Stef ni pulak asik sengih saje. Ntah faham ke tidak apa yang pak imam tu bebel kan. Bapak Stef lagi la kawan rasa tak paham apa-apa. Ahaks. Mesti dah cramp kaki dorang tu kan sebab dekat sejam terpaksa duduk antara dua sujud. Mesti dah semut-semut sampai ke peha. Ahaks.

Stef cantik sangat. Bagas pulak segak seperti biasa. Mereka berdua duduk berhadapan dengan kadi serta saksi dan antara Stef dengan Bagas ada Bapak Stef. Belakang mereka pulak mak-mak pengantin. Belah kiri belakang mak-mak pengantin pulak ada sekelompok tetamu perempuan, belah kanan tetamu laki-laki, dan belakang tengah-tengah antara dua kelompok tu ada setompok Anep, Guna, Shen Yew, Kukhen dan kawan. Hiks. Tak pasal-pasal kitorang buat formasi sendiri kat belakang tu. Mencapap lah sangat.

Dengan sekali lafaz, maka sahlah Stef menjadi isteri Bagas. Bertukar cincin, cium dahi, salam-salam, lepas tu kawan ingat kan dah abis. Oh tidak, ada lagi rupanya ceramah suami-isteri second round. Kali ini lam English la pulak. Tak lama lepas tu tengah-tengah ceramah, tiba-tiba semua orang bangun. Pengantin pun bangun gak. Oh rupanye ceramah dah abis. Sekarang time salam-salam dengan pengantin dan keluarga.

Lepas salam dengan pengantin dan keluarga, acara berikutnya ialah acara makan.

Takde mood lah nak cerita time makan sebab baju ko same macam baju waiter dan alas meja catering tu. Kite terus tengok gambar lah ye.

Stef sedang sign attendance lecture. Ahaks

father of the bride.. Steve Martin kah itu.. ahaks!

tu diaaaaaa.. mother in law..

Duduk antara dua sujud

mother of the bride

iskk.. tensen tengok baju catering tu.

lihatlah baju melayu dimana-mana

pemenang pertandingan merebut bunga pengantin - next wedding ok!

teman-teman pengantin perempuan merangkap sanak sedare belah pengantin perempuan

hmmmm..

Kawan tolak pelawaan Anep nak gi tengok Spiderman 3 malam ni. Kawan malas nak kuar sebabnya duit tak ada. Hiks. Tapi sebelum majlis nak abih tu, Stef invite beberapa orang termasuk kawan untuk ke dinner dia dan family serta teman-teman terdekat malam ni di Dixie. Dah makan free, harus lah pergi kan. Nama pun takde duit. Hiks. Time dinner tak de acara apa-apa sangat selain makan. Ko ingat ape? Nak wat music chair kat sana? Sebab sibuk sangat makan, dua keping je gambar sempat kawan snap. Tengok ni aje lah ye..

makan lagi
sape tah tu yg bergambar ngan pengantin baru. Kawan tak kenal. Haha

Kawan berbesar hati sangat dengan pengantin baru dan keluarga sebab layan kami semua lebih dari teman kuliah Stefanie. Kalau ucapan terima kasih ada jual kat supermarket, kawan borong semua kasi kat korang. Sebab kawan terharu sangat dengan layanan yang diberi. Insya-allah, kawan akan jemput kalian time kawan nikah nanti. Ahaks terfuturistik la pulak. Yang penting, kawan doakan Stefanie dan Bagas hidup bahagia aman sentosa sampai ke akhir hayat. Buat Stefanie, selamat menjadi saudara Islam kawan, kawan senang sangat. Dan Bagas, selamat kawan ucapkan. Hiks macam lah dorang baca blog kawan kan. Kalau baca pun, macam lah paham, nak-nak Stefanie tu.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

11 comments:

chii said...

alaa...mn gambo waiter yg di import tu..mau gak tgk..lalala...sure cam comey jer kan..hakhaks...
adeih..xkan la leh x perasan ciri2 baju yg dipakai tu sama cam baju yg slalu waiter pakai..seb baik tadek bow...

hikhihks

Jie said...

sweetnya entry ni kuden, terkenang semasa dulu....hek hek...
tapikan kuden..tgok picv mak undang-undang tu...seriyaunyaaaa...jelingan dia mcm warning nk setat perang dingin..apapun yg best mesti part makan free tu...dh tau sgt dah...

KudeN said...

chii, mmg tak perasan.. sebab tu kaler baju waiter yg tak kuden tak expect langsung.. catering tu pun satu, byk2 warna lam dunia ni, biru tu juga die nak pilih.. sengal haha

kak kujie, pewwwiitt ade org tu sedang nostalgia.. hahaha! mak undang2 tu mmg nmpk serius tp fuhhh sbnarnye die best kak kujie.. hak hak.. ayat bodek supaya sy dpt dijemput makan free lagi! haha

chii said...

citer kawan kuden da pjg ni n3 nya..kalo kuden kawen..agak nya panjang mana la plak kan..ehehe...

kenduri yg sgt heaven waktu mkn2..leh mkn ikut suka...

laura said...

mak undang undang??? heheheeee..

baju pengantin gambor last tuh sangat cantek, anggun, dan ader style..

mintak permisi nak simpan gambar tuh nak tunjuk kat my friend.

laura said...

pastu lagi satu..

kain malam berinai ngan kain hari sanding tuh bunga macam sama laaa.. sama ker??

hohoooo.. itu yang aku perati?? cant help laa mr kuden.. sbb cantek 4 me!!

KudeN said...

chii, kalau kuden kawen harus 7 hari 7 malam kuden cite pasal kawen saje. hahah

laura, okeh no prob.. save je gambar tu..
bunga dia sama? haha.. tak perasan aa kak.. nanti aku tanye kan.. heheh...

KudeN said...

laura, okeyh.. aku da tanye.. then, stef cakap bunga tu tak same.. yg kebaya itam tak byk mane bunga die.. ntah aku pn tak paham die explen ape.. haha.. tp dia ckp nanti kalau gambar dr kamera pro fotografer 2 dh siap, nanti die kasi kat aku.. mungkin aku leh kasi kat ko.. n mungkin gamba tu lagi clear kot... hehe

zafi said...

wahhh its cool!
nice entry !
kawai sungguh wanita itu.. anggun bergaya!

why the mother in law cam garang eh?
:P

cheers!

zafi said...

Oppsss
the winner on rebut2 session is so kawai!!!!
with brown kebaya... lalallalala :P

KudeN said...

zafi, ahaks. semua orang kawaii la kat sane.. ko ni keranjang betull.. haha!