20 August 2007

Bantul Belum Habis

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Cuaca hari Sabtu sangat baik. Matahari kelihatan sangat galak. Kawan dan yang lain puas memikirkan hari itu berlalu dengan cukup senang. Sebabnya, sudah lama kawan ingin ke Bantul. Kesempatan yang ada untuk ikut fakultas Kedokteran Gigi beraktiviti di sana, kawan tak lepas. Dan ternyata kawan seronok.

Antara lebih 20 dari kami, terpecahlah kepada 3 kelompok. Sedang Non sibuk men'steril'kan alat untuk cabut gigi, Atikah pula tak bosan di kaunter ubat ditemani Aini. Di satu sudut yang lain, kelihatan seorang kakak dengan mulut terpejam menahan takut bila dokter cuba mengeluarkan gigimya yang rosak. Dan, di sebelah kanan dokter itu, seorang junior angkatan 2007 tak mengeluh panjang untuk memegang lampu suluh sebagai cahaya utama. Semua proses berlaku dengan manual seadanya. Beberapa meter di luar balai raya yang ketara terlihat tua, ibu-ibu beratur untuk mendapatkan bekalan beras dan mi segera. Ia bukanlah acara agihan makanan secara percuma tetapi dijual dengan harga yang terlampau murah sehingga tak pernah terbayangkan untuk 1kg beras. Semuanya berjalan lancar, dan mereka seolah tahu betapa segala hal yang berlaku pada hari itu adalah kesempatan yang Tuhan berikan. Dan mereka menerima semuanya dengan senyuman yang paling ikhlas dan paling jelas sifat syukurnya.

Azra dan Iman di meja yang lain, tak putus-putus menerima kunjungan warga Bantul untuk pemeriksaan tekanan darah. Iman sempat bingung memikirkan sphygmomanometer miliknya terlalu kurang sensitif. Tapi itu hal yang tak pantas dikeluhkan oleh orang sepertinya. Malah dia lebih tahu adaptasinya. Hari itu pasti menjadi salah satu hari kegemaran kanak-kanak Bantul untuk berbangga betapa mereka menang dalam acara lari kaki tiga dan bawa bola ping pong dalam sudu. Tentunya melihat Pong yang bersusah payah memecahkan belon dengan duduk, dan Arip yang paksa rela menjadi penjaga gol untuk penalti yang di ambil kanak-kanak lelaki 10 tahun yang sememangnya mampu tendang dengan penuh tenaga. Bila penat bersukan, Guna dan Ustok duduk disamping mereka dengan cerita-cerita lucu, sambil Nadia tak penat mengusung kamera di leher untuk merakam semua cerita hari itu.

Banyak cerita-cerita lucu berlaku, sehingga tak tertahan Maya untuk tak ketawa, dan Geetha juga tak pernah terkecuali. If pula membuktikan bahawa gula-gula lolipop sebenarnya masih layak untuk dinikmati mereka yang berumur lebih 2 dekad. Tak lama, sekitar jam menunujukkan pukul 1 lebih, kami meninggalkan dataran kecil dan wajah-wajah senyum penduduk Bantul yang dulu pernah menangis. Setelah sempat singgah berzohor di sebuah masjid yang tak pasti tuanya akibat usia atau gempa bumi, kami tak lupa mengisi perut jauh di Kasongan, tempat yang penuh dengan pasu-pasu dan kraftangan. Kami tak lama di situ. Walau letih, suasana pulang dalam bas tetap kelihatan bersemangat apatah lagi melayan Jamal yang tak pernah belajar untuk letih bising.

Jam 2.30 kami tiba dan program sungguhan Anep Epaint, Iman dan Jas secara rasminya berakhir. Kawan pulang dan saat tulang belakang merapati lantai, kawan sudah tak sempat menunggu untuk tidur nikmat pada petang Sabtu itu.

Mari bercerita dengan lebih gambar...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tak kira di mana dan keadaan, johan membeli-belah tetap jantina ini

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
bersama Nadia yang tiba-tiba obses memegang kamera daripada stetoskop

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
If menonggeng tanda sibuk melayan pelanggan yang tak putus-putus

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Rendah diri Ustok untuk tengok kamera murah kawan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Arip dan Non kelihatan terlalu senang hati

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nenek juga ingin senyum walau jumlah total giginya tak sekaya gigi Arip dan Non

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pong mungkin berusaha mencari penemuan baru untuk tesisnya yang masih belum bertajuk

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Guna ajar Anep Epaint cara bermanja sedang Jamal yang terlalu teruja untuk bergaya

9 comments:

Xis said...

Kuden
looks like you had fun there.. anyway.. guess you might have known my cousin's daughter there.. but I don't really know her real name as I always call her Nana... :) Have a good one..

Jie said...

Tak kira di mana dan keadaan, johan membeli-belah tetap jantina ini

uikkk Kuden..beras abis kt dapo sapa yg nk beli...sabun cap kapak dah lunyai sapa yg nk beli...tong gas dah ringan kt dapo tu sapa nk beli...bawang, cili asam bagai2 tu...sapa la nk beli!

erk...ko lapar ko cari sapa?

:D

HLiza said...

Thanks for coming to my blog! Suka tengok gambar2 ni..I suka the people's expressions..they tell a lot of stories. Nenek yg tak cukup gigi tu besar hatinya kerana kalian semua sanggup mencemar duli memberi khidmat bakti!

Kurt Kuden said...

xis, nana? ada sorg nana yg aku kenal nama sbnar diana. same umur ngan aku tapi skang dah 4th year.

kak kujie, haha! bab-bab ngomel2 pun johan yg sama.. hahahaha

hliza, thxx oso sbb sggah sini. sy pn minat gamba2 cm tu.. slalu try amik sndiri, haha tp end-up cm klakar haha

Xis said...

Kuden
if she's from Gombak.. then that might be her.. :)

Kurt Kuden said...

tak silap aku nana tu orang Shah Alam.. tp tatau aa kalao die penah duk kat Gombak.. nanti aku edisi siasat heeh

Mr. Manager said...

So in a few years time I have to call you Dr. Kuden?

I never realised you were studying to be a doctor!

NKxvii said...

kuden yg oh-so-perasan-dirinye-mcm-scofield
ko xletak pun gmba2 yg aku susah pyh amek!!

Kurt Kuden said...

Mr. M, haha oh eh.... kena pggl doc ke? tak best aa.. hehe

NK, haha! aku scofield ke? hahaha makasih
ko punye gamba sume artistik nnt la aku letak dlm special entry haha