01 September 2007

Merdeka Selalu Malaysia-ku!

50 tahun negara kita Merdeka!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ini cara kawan sambut merdeka di Djokja. Lupakan isu-isu sensitif antara dua negara, Guna, Ustok, Anep dan kawan pergi main layang-layang di Pogung Dalangan. Sebuah aktiviti yang lama gila kawan dah tak buat. Kawan rasa paling last kawan main layang-layang masa darjah dua. Sampaikan nak ikat pun dah ingat-ingat lupa, nasib ada Ustok.

Masa kawan budak-budak, layang-layang kawan selalu tanak terbang. Kawan ingat sebab kawan masih budak-budak, jadi kawan tak mahir sangat. Jadi, kawan ingat bila dah besar ni senang lah nak terbangkan layang-layang sebab secara fizikalnya kawan dah besar. Haha!

Rupa-rupanya kawan memang tak berbakat main layang-layang. 5, 6 kali kitorang lari nak suruh layang-layang tu terbang, tapi tak terbang-terbang jugak. Sampai putus selipar jamban kawan.

Sampai hari merdeka dah nak maghrib, layang-layang kawan masih tak terbang-terbang. Dan akhirnya, layang-layang tu putus masuk kawasan rumah orang. Tamat sudah kisah layang-layang kawan petang tu.

Tapi kami tak putus asa, kami akan kembali lagi untuk terbangkan layang-layang yang lain. Semangat kami pertahankan, layang-layang mesti terbang!

Yeah!! Kawan berkobar-kobar sambut 50 tahun Merdeka!!

GodblessMalaysia-ku!

5 comments:

Mr. Manager said...

Tumpang lalu...

50 tahun merdeka Malaya.

44 tahun merdeka Sabah dan Sarawak.

:-)

Kurt Kuden said...

Yeahhh!!

saya baru je sambut merdeka sebanyak 21 kali haha

idup msia dan rakyat-rakyatnye

ak_0143 said...

maaf ye kuden... beta bertanya...

disebabkan kuden di sana bersama pong di indon, beta keliru dengan kerakyatan kuden...

hehe, maap ye tanya....

kuikuikui

btw, jumpa pong tolong ketuk sket kepalanya... hahaha

Kurt Kuden said...

haha! aku malaysian a weh..

bereh.. nanti aku ketuk pong.. aku starbuck kat dahi die.. haha

Jie said...

muahahahahaha...kuden ,

tu la ko tulis dah slang indon, sampai de org kompius!