20 September 2007

Rahsia Langit Ke-7


Pagi tadi, kawan semangat taip panjang-panjang pakai PC campus nak taruk lam blog. Sekali internet la pulak buat pasal. Semua kawan taip dah pergi mana pun kawan tak tahu. Kawan tulis pasal benda terkini yang kawan buat - BOTAK. So, dah malas la nak taip lagi sekali.

Kawan ada orang yang kawan nak kenalkan, nama dia Roslan. Sebelum anda berkenalan lebih lanjut dengan Roslan, cuba baca senario-senario yang pernah tercatat dalam diari hidup Roslan.

Selamat membaca.

Senario 1

Roslan keluar bersama Jamaludin dan Kamarudin ke Malioboro untuk membeli-belah pada jam 10 Waktu Indonesia Barat (WIB). Sejam telah berlalu, dan mereka bertiga rasa lapar. Ketiga-tiga mereka setuju untuk makan tengahari, sebab pagi tadi mereka cuma makan gorengan sebelum pergi ke mall itu. Tiba-tiba Jamaludin bersuara,

"Kita nak makan kat mana?"

Dan Roslan dan Kamarudin saling memandang antara satu sama lain. Melihat reaksi temannya itu, Jamaludin pun berkata lagi,

"Roslan, ko decide la kita nak makan mane?"

Roslan pun jawab,

"Errr.... errr.. Makan mane ek.."

Senario 2

Roslan menemani Normah ke Hana Music sebab hari itu Normah ada urusan penting di sana. Jam di telepon bimbit Roslan menunjukkan sudah pukul 1700WIB, maknanya 36 minit lagi akan masuk waktu berbuka puasa.

"Kita langsung pergi buka lah.." Roslan mencadangkan kepada Normah.

"Boleh gak.." jawab Normah.

Mereka berdua pun menuruni bangunan 3 tingkat itu sambil bergosip. Bila mereka berdua dah sampai ke lantai paling bawah, tiba-tiba Normah bersuara,

"Buka kat mana ni?"

Roslan mengerutkan dahinya, sehingga tercantum kedua-dua bulu keningnya itu.

"Kejap.. aku pikir jap..."

Mereka berdua pun menahan bas nombor 7. Tetapi setelah 5 minit mereka berdua dalam bas itu, Normah berkata,

"Cepatlah cakap.. kita nak turun mana nii.."

Roslan kebingungan.

Senario 3

Lusa adalah hari lahir teman Roslan yang bernama Ah Seng. Roslan dan beberapa temannya yang lain bercadang untuk mengadakan party untuk Ah Seng, dan mereka berempat pun duduk di suatu sudut dan berbincang.

Selva: Kek dah setel, semua dah setel, yang tinggal kat mane je kita nak buat ni.

Akhbar: Aku cadang kita buat kat V Art Gallery la..

Ramlah: Ish.. tak sedap lah kat sana.. Kita buat tempat lain la..

Akhbar: Apa kata kita wat kat Dixie

Ramlah: Semua party pun nak wat kat Dixie.. boring la tempat lain la..

Akhbar: Parsley je la.. dekat siket..

Ramlah: Euuuuuwwwwww... dah lah mahal, makanan dia tak sedap mane punn..

Selva: Roslan, U ada apa-apa cadangan tak?

Roslan: Err..

Apa pandangan korang tentang keadaan Roslan di atas? Roslan adalah seorang yang sangat takut dan tak suka buat keputusan bila berkaitan dengan soalan, "Kita nak makan kat mana?" Roslan bukan sengaja lari daripada membuat keputusan ataupun sengaja bersifat tak bertanggungjawab, cuma Roslan tak berani untuk memutuskan tempat makan. Walaupun isunya tak sebesar mana, tapi bagi Roslan, andai kata pilihan tempat makannya itu disenangi teman-temannya, Roslan pasti rasa senang melihat teman-temannya senang. Tetapi sekiranya teman-temannya memberi reaksi tak puas hati, dan cakap macam-macam dengan selera Roslan, Roslan pasti rasa kasihan pada temannya sebab temannya telah melalui pengalaman makan yang mengecewakan.

Roslan juga seorang yang tak berminat untuk terlibat dengan apa-apa perdebatan, kerana bagi Roslan, dia lebih suka senyap berdiam dari berperang prong prang prong prang mempertahan pendapatnya. Ini bukan sebab Roslan seorang yang tak berpendirian teguh tapi Roslan adalah seorang pendebat yang mengecewakan. Roslan tahu diri dia tak sempurna untuk bersifat kritis, tetapi itulah Roslan, yang mungkin membuat orang lain sakit hati dan geram. Maka, buat semua yang nak keluar dengan Roslan dan tiba-tiba rasa nak makan, anda bolehlah pilih tempat makan yang anda nak, sebab Roslan jenis tak kisah. Semua benda dia bedal, kalau tak caya cuba periksa perut dia. Bunc**.

Pliz, maafkan Roslan.


So, untuk Chii dan Joey, antara rahsia langit ke-7 tentang kawan ialah,

Kawan ada multiple identity, antaranya Roslan.

hoho! Scary tak?

Ape-ape pun,

Selamat Bersahur! Sahur!! Sahur!!

9 comments:

Anonymous said...

hahaha..taper2..chii paham..
kadang2 bukan semua org leh wat keputusan on da spot kan...

tp nape nama roslan..cam auuww lak nama tu..opss...sowi

Kurt Kuden said...

haha auw? roslan aziz tak auw pun hehe..
lain la name sam.. hehe

Wanpetunjuk said...

salam ramadhan...tok balik ghayo teganu ko tahung nih...(sorry sbb tak fasih cakap teganu wlaupun mmg berasal dari sana)...bukit payung dekat jea ngn binjai rendah....

sama-samalah kita beraya di perantauan!!!

Kurt Kuden said...

wan hidayat, deme je la raye di perantauan.. kawe kelik taun ni hahaha

HLiza said...

Akak pun lebih kurang 2x5 dgn Roslan ni jugak dulu..malas nanti kena blame kalau tak best..nak play safe katakan. Tapi lama2 usia mematangkan kita..yalah kalau dah berkeluarga tak nak firm buat keputusan tak pasal2 bergaduh pulak nanti..atau pun makan hati bila akhirnya cik abang pegi tempat yg tak mengancam langsung. Kena jadi Wanita Besi sikit. Anak2 pun depa boleh perhati yg mak atau bapa depa ada masalga buat decision..tak naklah depa jadi macam tu nanti.

Kurt Kuden said...

A`ah la kak.. make sense gak..
satu ari nanti, mgkin da matured kot haha.. setuju sgt2 dgn akak yg pasal, sbg org tua kite kena tau buat decision kan.. thxx kak!

Orked said...

awai2 dah bagi hint , takut kita minta dia banje..cessss..:P

Joey said...

hahahahaha...ada multiple identity .....

you make me smile againla...

aku pun ada jugak..ahahaha

Kurt Kuden said...

kak kujie.. hehe.. sy student... student takde duit..nnt ari2 pun kene makan nasi tempe.. sedihnya haha

joey.. byk lagi tu identity yg belum di expose kan haha