24 November 2007

S.O.R.R.Y

Kawan betul-betul tak sengaja! Niat kawan cuma sekadar nak bergurau. Dan kawan sungguh-sungguh tak tahu apa-apa.

Pong, Geetha dan kawan bermalas-malasan di atas bangku panjang di dalam bangunan Inter melihat juniors lalu lalang di hadapan kami. Kami kebosanan sementara menunggu masuk waktu Solat Jumaat dan pulang bersama-sama. Kami kehabisan modal untuk bersembang, melainkan berbekalkan perkara mengarut dan saling mengutuk antara satu sama lain. Sehinggalah Pong muncul dengan ideanya yang membawa kami berdua ke tahap kejam tak berhati perut tingkat atas.

"Jom kita main cabar-cabar nak?"

Kawan teruja dan Pong memulakan permainan ini.

"Ok.. aku cabar ko pergi dekat Zul, pastu cakap 'Weyh Zul, ko macho aa!'"

Kacang sungguh cabaran Pong. Waktu itu Zul, junior 2006 tengah bersembang dengan temannya Redha. Kawan dengan muka slumber, jerit kuat-kuat dekat Zul,

"WEH ZUL, KO MACHO AA~!"

"Sakit dowhh..."Zul terkumat-kamit sambil menutup mulut.

Redha tertawa kecil sambil berkata, "Weh.. tak baik weh ko.."

Kawan terdiam. Pong pun terdiam. Kawan tanya kenapa.

"Zul accident wehh.."

Damn! Kawan telan air liur pekat-pekat dengan rasa bersalah yang amat. Pong tersengih tapi jelas dia terlihat penuh kesal. Kawan cepat-cepat pergi kejar Zul. Minta maaf atas ketidak-matangan kawan tadi. Kawan terkejut melihat Zul. Kemalangan antara motosikal dan lori angkut bukanlah kemalangan yang biasa. Kawan tertoreh pisau pada jari pun terkial-kial sakit, inikan pula orang bengkak mulut, patah gigi sebab kemalangan. Sakit tak boleh dicerita.

Dengan rasa menyesal yang amat, kawan dan Pong mohon maaf sangat-sangat pada Zul. Kami berdua benar-benar tak tahu apa-apa dan tak pernah terniat menyindir sesiapa. ;-) Get well soon~

Ok lah, kawan dengan Pong nak pergi buat ketuk ketampi ni. Chaw!

So Sorry!

5 comments:

arsaili said...

ouchhhh! benda dh terjadi, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata...tapi ini semua mendewasakan kita...zul dah pasti memahami..easier said than done..

HLiza said...

Kena jadi dewasa lepas ni..kadang2 tak semua caabaran teman tu kena sahut. He he..

Jie said...

Kuden...........wa'aaaa

KakJie pun nk minta maaf kt mu jugak, dlm masa kakjie tgh meroyan sawan dok tukar² template hari tu, ada juga sidebar yg kena tukar kan...entah tak perasan, kakjie tak msk kan link kuden..wa'aaa..ni pagi² kakjie dtg ni..bawa cokodok bilis sepiring, nk pujuk.........sorry ye kuden..sori ye...jgn la suruh kajie nek lori...wa'aaaa....busyuk..kakjie dah mandi...tapi kalo lori sekerap tak pa la...........busyuk pun...ada harga!!!!!

rindu deh.....:)

Kurt Kuden said...

arsaili, yeah. betul. skang da nyesal da. uuuu

kak hliza, a`ah.. rase kat luar da tua, tp kat dlm ni tak matured2 lagi.. aduihh.. slagi tak kena atas btg idung mcm ni, slagi tu x nyesal. hehe..

kak kujie.. ooooo ... ooooo.. ooo.. skang da lupe kite laaa ee.. oo.. oo.. kak kujie.. hehe.. seb baik bwk ckodok.. heheh.. takde2, kak kujie kene naik gak lori haha..

no prob la kak kujie.. chill.. hehe.. samat ari sabtuuuuuuu hehehe

Vernon Kedit-Jolly said...

Kuden, Kuden. *smabil giling kepala*