22 February 2008

Bioskop Hokkuden::Run Fat Boy Run


Judul::Run Fat Boy Run
Genre::Komedi, Romantik
Pengarah::David Schwimmer
Pelakon::Simon Pegg, Thandie Newton, Hank Azaria

Mari kita bergembira, sebab kawan tak perlu menunggu Februari berakhir untuk berpeluang menonton filem kegemaran pertama di tahun 2008, kerana Run Fat Boy Run memulai carta itu! Anda pernah lihat Simon Pegg di Hot Fuzz? Kalau pernah, anda harus lihat beliau di RFBR. Namun kalau anda belum pernah, anda juga harus menonton RFBR kemudian tontonlah Hot Fuzz. Alasan kawan cuma satu, Simon Pegg bukan orang yang mengecewakan.

Filem yang diproduksi di UK ini menawarkan satu lagi selera kisah cinta romantik yang tak jauh berbeza dengan filem romantik lain tetapi pendekatannya sangat menarik. Komedinya bukanlah sama sifat seperti anda menonton Meet The Fockers, Blades of Glory atau apa lagi cerita yang akan buat anda ketawa bagai nak mati tetapi ada satu sisi yang kawan sendiri tak reti bagaimana nak tulis betapa kawan suka sangat-sangat-sangat pada RFBR.

Simon Pegg (Denis Doyle) sempurna di mata kawan. Thandie Newton (Libby) juga sesuai. Tak kurang juga sepupu Denis, Gordon (Dylan Moran) dan Mr Goshdashtidar (Harish Patel). Ah, pendek kata semua orang seperti tercipta untuk watak ini. Terutama Matthew Fenton (Jake) dan juga Whit (Hank Azaria). Lihat, kawan sendiri tak mampu menahan diri untuk senaraikan semua nama betapa kawan sangat puas menonton mereka!

RFBR bercerita tentang Denis yang pernah meninggalkan Libby di hari pernikahan mereka kerana Denis yang tak yakin dengan diri sendiri. Lebih parah, ketika itu, Libby sedang mengandungkan anak mereka, Jake. Namun di sepanjang 5 tahun berikutnya, hubungan mereka sebagai teman biasa masih baik sehingga satu hari Libby mula berkenalan dengan Whit seorang lelaki yang kononnya hebat dalam arena marathon. Dennis jadi cemburu dan ingin buktikan bahawa dia lebih dari sekadar seorang pengawal keselamatan gemuk dan paling penting, dia mampu habiskan larian yang dimulainya.

Kawan suka setiap komentar dalam RFBR. Paling penting, RFBR mengungkap erti larian lebih daripada yang termaktub dalam sebuah kamus. Walaupun masih terbayang betapa mualnya saat tapak kaki Denis yang melecet itu dipecahkan, kawan masih tetap ingin pesona di RFBR ini tetap berlari. Denis berjaya menamatkan lariannya, bagaimana anda? Sudah habiskah berlari?

Rating::3.99/5 bintang

8 comments:

AK said...

argh! malas nak jwab soalan tuan punya blog neyh!
aku tgh tensen2 stdi... pastu menjeling di sini...ada update...
dah alang-alang malas, tanya balik tuany punya blog...

SUDAHKAH HABIS BERLARI???

hehehe

azrid said...

suke nor ko tengok wayang owkk?
kalo ustaz kospint ko tahu..mesti maroh..hikss

Jie said...

amboi...marathon dia tgok 2 muvi sekali tu......dulu tak der perkataan ni..abis semua perkataan dia dah guna...

Kurt Kuden said...

ak, haha! jgn berenti belari wehh.. perabiskan.. haha,, aku ngah berlari aa nih.. aduihh pjgnnye pejalanannn hahaha

puan lucky, syyyyy... dok soh oyak ke ustat dehh.. huwaaa

kak kujie. hahahaha tu la mental nye saye.. bile die buat takde pkataan.. mmg betul2 takde pkataan la.. ble da ada hahaha abih benda pun nak mengarut haha

Anonymous said...

simon Pegg nih memang pelakon fav aku dari UK. Aku suka citer Shawn of the Dead. Lawak ar mamat nih, hehe..

Unknown said...

cam menarik...nnt ar nak cari cd

Noushy Syah said...

KUden..yoooo,hope things are Ok with you!

This is for you:
http://noushy-award.blogspot.com/2008/02/shiny-shiny-stars.html

Kindly accept it yea.
Take care..have a gr8 day.

Kurt Kuden said...

chii, betul!! kena cari cd tu hehe

noushy, da bukak!! tq sgt sgt!!! iskk.. tharu sbb kite mcm baru kenal, tp dpt award tu.. huwaa tak sangka!!