
Setelah kenyang, mari kita berkonvoi ke kampus pulak.

Kawan: Kenapa? U rasa U nampak macam astronaut ke?
Anep: Memang pun
Kami tiba di Gedung Radioputroe UGM kira-kira 7.15 dan terus ke Lab Parasitologi di tingkat 4. Dan, tak berapa lama selepas itu, Pong pun tiba dengan baju hitam penarik nyamuk.
Ini kali kedua kami berkumpul di makmal Parasitologi. Pagi ini, entah apa mimpi, tiba-tiba Anua bersemangat pula ikut kami ke makmal dan nak tolong menyiapkan eksperimen kali kedua untuk penelitian/skripsi kami.

Beberapa bulan sebelum ini kami sibuk di lab Farmasi Kedokteran menyiapkan ekstrak. Dan minggu-minggu ini dan kehadapan, rasanya kami akan sering pula di Parasitologi. Menyiapkan ekstrak pada pelbagai kepekatan, penyediaan larva, pengujian sehinggalah menghitung berapa ekor larva mati.
Oh ya, perkara paling menyakitkan hati ialah proses menyediakan larva. Bayangkan, kami berlima kecuali Dikky, memerlukan 11 mangkuk setiap seorang. Dan setiap mangkuk harus terisi 25 ekor larva. Dan hasilnya,
25 x 11 x 4=1100 EKOR LARVA!
Sudahlah kena ambil seekor-seekor, larva pula bukan reti duduk diam. Tak ke juling mata Pong nak tangkap larva? Silap hari bulan, boleh lari alignment semua gigi-gigi Pong dalam braces tu tau. Dan Anua, padan muka kau haha. (Terima kasih Anua)
Tapi, kredit harus diberikan kepada teman kelompok kawan bereempat itu, kerana kerja kawan hanyalah menyiapkan ekstrak. Gagah sungguh mereka itu. Prut prut prutt prutt.. dah siap dah sedut larva-larva semua itu. Sekejap saja. Kawan pulak seronok je duduk dalam bilik sebelah main-main mesin zaman Holocaust ni. Rasa macam Delko CSI pun ada. Haha
Buat pengetahuan anda juga, kerja-kerja menangkap larva dilakukan di sebuah bilik khas pembiakan nyamuk dan larva untuk tujuan penyelidikan. Banyak tau nyamuk-nyamuk terlepas dari sangkar. Dan sambil mulut terkumat-kamit menghitung larva, sempat lagi mencarut sebab marah kena gigit nyamuk. Kalau tangan kanan sibuk pegang pipet pindahkan larva ke dalam bekas kecil, tangan kiri sempat menampar nyamuk. Tapi, bukan kah ada pepatah kalau tangan bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, maka atas dasar kebijakan lab Parasitologi, mereka tak lupa untuk menyediakan...
raket pembunuh nyamuk!

Pong: tiga belas.. empat belas.. lima belas...
Setelah semua siap. Larva dan ekstrak juga sudah dimasukkan dalam satu mangkuk. Kami tinggalkan lab untuk 24 jam. Dan esok, kami datang lagi untuk kira berapa ekor larva yang terkorban.

5 comments:
huhuhu
thanks la weh
ko buat aku gelak masa akutgh tensen2 wat psm aku neh...
yang tak ble bla siap mencarut masa kira tuh sbb kene gigit...
n gambar pong tuh.. alahai...
huhuhu
macam sedap jer breakfast tuh...
owh kuden..mangkuk² tu sgt lawa...
Arcopal ke?
he h ehe
ak_0143, ko kene tgk pong in real life.. funnier hahah
shaxx, saya rasa, rasa dia lagi sedap dari gambar sbnarnye.. taniah anua haha
kak kujie hahahaha! so kak kujie hahaha lawak la
wah,mengira larva.
menareknye..
perhatian,aktiviti sebegini susa di dapati di tamadun mesir purba ini.huh~
Post a Comment