25 August 2008

Ulangtahun Malam Isnin di Aqeela Cafe

Jadi kami pilih Aqeela Cafe Coffee & Resto untuk sambutan ulangtahun teman serumah, Gana yang menyambut hari lahir ke dua-puluh-lima dan Aziz (sambutan tertunda), yang ke dua-puluh-tiga. Sebuah sambutan yang sederhana namun makanannya tak kalah menyelerakan. Tetapi pemenangnya tetap kek hari lahir yang luar biasa sedap!

Oh ya, buat yang diraikan, mereka tak semudah itu untuk dapatkan kek itu. Harus didenda dahulu memakai tanda nama khas ini.

"Who's your GRAND-daddy?! Who's your GRAND-daddy?!" Gana

N.K: WAX HIM! It's his party!

Walaupun dia bukan yang diraikan, tetapi dia tetap memiliki tanda nama khas. Kononnya, ini tanda nama yang melambangkan sebahagian besar dirinya.

gorgeous? jap, kawan tukar spek kejap.

Aziz adalah teman satu tempat belajar sejak Kolej Matriks Negeri Sembilan lagi tetapi waktu itu kami memang tak kenal antara satu sama lain. Sehinggalah bila kami berdua masuk ke Intec UiTM Shah Alam tahun 2003, baru lah kami kenal. Manakala Gana, adalah antara orang pertama kawan kenal waktu tahun satu di UGM. Dan beberapa bulan yang lalu, kami telah berjaya menaik taraf hubungan kami menjadi teman serumah bersama Anua dan Kartee.

Mari kita jalan-jalan lihat siapa yang sempat datang.

Anua, If, Arip dan senyuman botox-nya.


Non menunjukkan empat jari dan Ustok bagi tiga jari. Hey, Empat puluh tiga bukan usia Gana lah!

Geetha dan Nair

Kartee, Ravi dan Andreas

Sambil jalan-jalan kita lihat juga apa yang dinikmatinya. Mintak sikit.

Punya Geetha

Kiru dan Chicken Cordon Bleu-nya

Semua orang suka Mee Goreng Nair

Kwe Tiau Goreng

Dan, ini lah keknya, di mana orang takkan berhenti berbicara mengenainya selagi tak bertemu kek yang lebih sedap daripadanya di Jogja ini. Rasa coklat likat dan masam manis manja jem aprikot masih tebal di ingatan. Lebih-lebih pulak kawan haha


Dan, sebagai penutup malam 24 Ogos, Gana, Anua, Sujen dan kawan membuang masa di Kedai Kopi yang baru dibuka di Jakal. Kami berbual sakan seakan esoknya tidak ada kelas haha.

Wet Chocolate anyone?

No comments: