Oh, semalam ada lawatan sambil belajar untuk angkatan 2005 KU, UGM ke Semarang, bersempena dengan tajuk pelajaran kami minggu ini iaitu, Travel Medicine - hal-hal kesihatan yang berkaitan keluar masuk manusia dalam dan luar negara. Jadi, doktor-doktor pun membawa kami ke Pelabuhan Tanjung Emas, Semarang.
Banyak juga sebenarnya pegawai-pegawai kesihatan di sana bercerita tentang bagaimana prosedur penanganan masalah penyakit yang mungkin timbul di sana dan apa yang telah mereka lakukan untuk pastikan setiap perkara keluar masuk melalui pelabuhan itu bebas penyakit. Tetapi, macam biasalah, daya fokus kawan terbantut seperti dalam kelas. Lebih-lebih lagi bila orang sekeliling sama-sama tak berapa nak fokus. Benda di bawah misalnya.

Jawapan: M.A.L.U!
Kami berpeluang mendengar dan memahami secara kasar tentang pekerjaan mereka, tetapi peluang yang paling ditunggu-tunggu oleh manusia-manusia seperti ini pastilah bergambar, seperti di bawah:
Lawatan sambil belajar telah pun berakhir. Tetapi alang-alang sudah singgah ke Semarang, mestilah kena singgah tempat-tempat menarik di sana. Lawang Sewu, bangunan bersejarah kantor tinggalan Belanda misalnya,
Hujan turun dengan lebat sekali waktu kami sampai di Jogja sekitar jam 9 malam. Habis basah kuyup, tetapi tak mengapalah. Hujan pun hujan-lah. Basah pun basah-lah, yang penting kami berpeluang berkumpul dan berjalan ramai-ramai macam ini. Esok lusa, bulan depan, tak tahu lagi bila ada peluang macam ini kan. Minggu depan kan dah jadi minggu terakhir kita kuliah di UGM.
notakaki::kebanyakan gambar di atas adalah lensa beliau dan dua keping punya beliau.
2 comments:
cikgu al bakaruddin mesti bangga dengan seni foto mung lening!
bukan aku la yang amik gambo ahahahah
tu member aku anep-epaint name die
Post a Comment