21 January 2009

mamat ni boleh cakap 4 bahasa


Ini Anep, teman satu kelompok dalam projek penelitian kami. Gambar ini dipotret sewaktu Anep sedang membentangkan penelitiannya di seminar hasil pada 2 Januari yang lalu. Anep adalah pembentang ketiga selepas Pong dan kawan. Kami sengaja susun aturan pembentang semacam itu sebab Anep sangat bagus dalam benda-benda seperti ini. Dia akan keluar dengan perkataan-perkataan yang sangat saintifik (dengan lancar!) sedangkan kami biasa-biasa sahaja. Bayangkan kalau Anep tampil dahulu sebelum kami, tentu kami sekadar seperti angin lalu.

Kelmarin, Anep telah selesai ujian penelitiannya, dan menurut beliau, ada banyak soalan-soalan yang tak dijangka telah dibangkitkan oleh ketiga-tiga doktor kami. Kenyataan Anep itu membuat kami duduk bertafakur sejenak memikirkan betapa sekarang hari ini baru kami terhegeh-hegeh untuk korek semua catatan kuliah yang lepas-lepas, kerana esok adalah hari ujian penelitian Pong dan kawan.

Ayuh berdoa~

4 comments:

AK said...

gud luck kuden!
jangan kongkang dan lembab masa present nanti
n pesan kat pong, tutup lubang idong sket
kang panel ingt serombong apa tah

ops! ini komen gud luck ke, komen kutuk???
hahahhaah

Kurt Kuden said...

hahahtenkiuu
n da cakap kat pong
n die carut2 kat ko hahah
cepat mitak maaf!! haha

AK said...

ops!
abes la pong marah aku..
kuden, ko tau kisah di sebalik nama pong???
*seperti yang diceritakan oleh fahimah noor, kawan pong*

kuikuikui

Kurt Kuden said...

haha aku tau laaa
dah dah
barang yg dilepas jgn dikenang