
Hari tu (12 Mac 2006), kawan bersama lebih 50 Malaysian di UGM telah joined Cabaran River Rafting di Sungai Elo, Jalan Magelang, Jogja. Seawal 7 pagi, kawan dengan kost-mates kawan menapak pergi depan fotokopi Narita sebab semua peserta kena berkumpul di situ. Member-member kawan yang lain memang dah ada di situ tepat 6.15 pagi lagi. Biasak laaahh.. Menjadi orang yang paling awal hadir dalam apa-apa program adalah ciri-ciri budak-budak 1st year. Masalahnya, disiplin kami semua memang makan diri sendiri. Mana tidaknya, lepas pukul 7, seketul-seketul yang datang. Last-last, gerak pergi Sungai Elo jam 8 lebih. Huh! Abang tertipu, Tipah! Takpelah, kawan taknak salahkan sape-sape, cuma kawan kesal. Oleh sebab terlalu takut terpaksa meraung depan Narita kerana tertinggal bas, kawan dah miss aktiviti rutin kawan di pagi hari. Apa lagi kalau bukan 'Ber...'. Mesti korang semua yang otak busuk pikir kawan berak kan? Salah, jawapannya kawan miss bersarapan pagi.
Perjalanan jauh tak kurasa,
Kerna hati ku melonjak sama..
Lagu Balik Kampung yang pernah difofularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad terngiang-ngiang di telinga kawan sepanjang perjalanan ke sana. Oleh sebab tema lagu tersebut tak kena langsung dengan kondisi kawan time tu, hanya 2 baris tu aje yang berulang-ulang dalam pale otak kawan.

Kelompok kawan kena trip petang. Sementara tu, kawan pergi mandi-manda kat swimming pool kat situ. Kawan bukan terer berenang tapi, buat-buat terer. Macho tak? Yang menambahkan ke'macho'an kawan, selain kawan, Arip, Jeremy, Aziz dan Dina, ada 4 ekor katak puru temankan kitorang. Kalau dah nama katak, dorang mesti lah berenang gaya katak. Takkan kuak lentang.. Tapi, ke'macho'an kawan terhenti di situ, sebabnya, dekat swimming pool tu ada papan terjun setinggi 12 meter. Kawan bila tengok papan tu pun dah angkat kaki tak nak buat. Tobat kawan takkan terjun! Kawan yang duduk situ kagum nengok Naza, Dina, Jeremy, Amer, Idid pakat terjun tiruk. Dorang tu nampak lah jugak cuak-cuak terjun. Tapi, kawan respek gila, at least dorang cube try test! And, they have conquered their fear!
Bila budak-budak 1st trip dah balik rafting, dorang lagi gila! Dah macam kena rasuk. Naik aje ke tebing, dorang terus pergi ke papan terjun tu. Sorang-sorang terjun. Kawan yang nengok ni dah ter
simpul-simpul usus perut sebab kecut tengok dorang terjun. Gila hardcore! Kawan dah tekad, pasni takdelah benda-benda ni lagi. Serius kawan fobia! Orang nak cakap apa pun, cakaplah, yang penting kawan bahagia.
simpul-simpul usus perut sebab kecut tengok dorang terjun. Gila hardcore! Kawan dah tekad, pasni takdelah benda-benda ni lagi. Serius kawan fobia! Orang nak cakap apa pun, cakaplah, yang penting kawan bahagia.
Jam 1, team kitorang pun dah sampai. Kawan dah bertenaga gila ni nak merentasi cabaran arus deras Sungai Elo. Selepas diberikan sedikit taklimat, kami pun memulakan cabaran. Mula-mula, kawan cuak gak main benda ni. Tapi bila kawan duduk dalam tu, kawan dah tak pikir apa-apa. Kawan rasa enjoy gila. Cuma yang kawan bosan sikit dengan rafting ni, ialah pasal nak mengayuh tu. Sekali dua kayuh tu boleh la tahan, lepas sepuluh minit, kawan dah layu dah. Memang rendah gila stamina kawan. So, kawan ingat nak tingkatkan lagi lah stamina lepas ni dengan pergi gym*kah!kah!kah!*
Rafting memang syok. Bot-bot yang terlibat semua jahat macam lanun. Kawan bukan nak perasan, tapi kawan rasalah kan, bot dan anak-anak bot kawan lah yang paling sopan. Kalau nak cari bot paling 'Nazi', korang tanye lah Aziz ngan Jeremy. Dorang berdua memang Hilter. Pantang nampak bot lain lalu sebelah, mesti nak tarik orang dalam bot tu biar terlentang masuk lam air. Kejam.. kejam.. Alah, kawan tak herannnnnnnnnn pun, yang kawan sure, insan pertama yang terhumban dalam air time kitorang rafting, Aziz aa.. Mase tu kawan dah gelak separuh mati. Tu ok lagi. Yang lagi menggeletek ketiak dan segala bulu kawan, time Jeremy jatuh. Mase tu, bot kawan yang lalu sebelah bot dorang. Kawan dah ready dah dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Jeremy yang tengah 'lapar' mencari mangsa tu ternampak aa kawan. Sekali dia hulur paddle nak sauk life-jacket kawan masuk dalam air, kawan dengan hensemnya berundur ke belakang siket. Memang tangkas gile lah kawan mase tu*eh, terpuji diri sendiri la pulak*. Jeremy apa lagi. Dah lah tak dapat 'makan' kawan, dan yang sedihnya dia sendiri yang terhumban masuk dalam air. Kah! Kah! Kah! Kesian.. kesian.. Ha, korang ape lagi. tepuk lah atas kehebatan kawan tu. Pap! Pap! Pap!*bunyi orang tepuk*

Oh, ya! Lupa pulak kawan nak cakap yang setiap bot tu bukan kitorang berlima sahaja, tetapi ada seorang mas yang supervised kitorang. Walaupun mas tu akan menjaga dan membantu kitorang, dia tetap buat taik! Ade ke patut, tiba-tiba je dia dengan serius suruh kitorang semua pindah ke posisi kiri bot. Arip dengan Alya apa lagi, bergegas lah. Kalau tanya budak tadika pun tahu, kalau dah semua lepak belah kiri memang jadi tak balance lah bot tu. Nah, kau! Terlingkup jawabnya bot kitorang. Tapi, bila semua dah masuk dalam air, semua orang berpaut pada bot. Tapi, tiba-tiba lak jadi suspen! Anep Hilangg!! Arghh!! Kawan yang tak sayang Anep*la la la..* ni pun dah panik, apatah lagi semua orang yang sayang Anep. Memang kuasa dua lagi panik dari kawan arr. Selang beberapa saat, Plup!!*bunyi air..* Anep timbul di tengah-tengah permukaan air dengan perut kembung mata terbeliak dan muka dah pucat. Tidak!! Anep dah mati!!! Hehehe.. Just Kidding!! Anep sebnarnya muncul dengan muka blur dan selamat, sihat dan sejahtera. Semua orang pun happy. Lega hati kawan. Ingatkan nak selam je mas tu. Tapi bila tengok kiri kanan, rupa-rupanya semua bot mengalami nasib yang sama, kawan pun cool down. Ooooohh.. Agaknya ni pun salah satu aktiviti dalam cabaran river rafting kot. Mungkin lah kannnnnnn..

Selepas 3 jam rafting, kitorang pun sampai lah ke tempat asal. Bot kawan yang sampai dulu. Kitorang pun bersiap-siap nak balik JaKal. Dalam pukul 7 kitorang pun sampai. Dan, malam tu sebelum tidur kawan sempat layan Ekstravaganza dan sebelum kul 10 kawan dah tidur. Kesannya pagi esok, satu badan sakit termasuk jari-jemari. Sampaikan nak gosok gigi pun sakit. Mungkin ni lah alasannya kenapa kawan lambat sangat nak update blog. Jari sakit, camna nak taip?!!
credits
+PKPMI-CY
+Toy
+Anak-anak bot (Akak-akak 3rd year-Alya n Ju dan Arip n Anep)
+Citra Elo Rafting dan Mas-mas
+My Keberanian
3 comments:
penakut.. Eee.. posing je lebey.. EEE penakut!! EEyy!!!
Aku.... pon pnakut gak.. sebab tu tak pegi river rafting tu.. HAHA
Hehe.. Tak HERANNN PONNNNNNNNNNNNNNN..
This is very interesting site... columbus golf Levaquin antibiotic side effect http://www.woisteinlasikzentruminmeinernahe.info fibromyalgia topamax Dermatitus and zocor
Post a Comment