01 April 2006

Cantik, menarik, tertarik ko memang da BOMB!

Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket
dari kiri::asty ananta, inneke, mariana renata, tamara bleszynski *melelehh.. hehe*

Kawan kadang-kadang enjoy gak nonton tivi indon ni. Kalau sinetron-sinetron tu memang kawan kawan kurang minat sangat sebab cite die lebih kurang sama je. Alih-alih i luv u, u luv me pastu ada orang ketiga, keempat, kelima dan kesupuluh pun boleh. Paling hardcore, sinetron-sinetron indon ni suke sangat masukkan elemen mistik+tahyul+khurafat lam cite dorang. Suke sangat nak tunjuk ahli-ahli sihir, pawang-pawang dorang dengan special effects yang ngalahkan cite kung fu. Bila tahap mengarut dorang ni dah sampai tahap dewa dewi langit ke tujuh, kawan memang tak layan. Kalau layan gak, memang kawan nonton sambil menyumpah+mengutuk+mencarut depan tivi. Cuma satu saje sinetron yang mendapat tempat di hati kawan, iaitu Hikmah 1 dan Hikmah 2 yang ditayangkan melalui RCTI. Kalau korang pernah nonton Astro Prima mesti pernah tengok cite Hikmah ni. Cite dia biasa-biasa je. Ala-ala cinta 2 darjat. Tapi, yang menyebabkan kawan terus melekat melekit-lekit depan tivi ni sebab Tamara Bleszynski. Aktres ni cun melampau. Teman kawan bilang Tamara ni mixed Belanda ngan Indon. Wargh! Patut r men'jadi'. Kawan bukan nak story pasal sinetron ni, cume kawan nak share ngan korang manusia-manusia cantik kat sini.

Kalau kawan balik Malaysia, mesti orang cakap seronok la kawan sebab kat sane ramai cewek-cewek cantik kat Indon. Ye ke?? Ha.. Meh kawan nak cite. Kalau kawan nonton tivi, kawan lagi enjoy nonton iklan-iklan die. 90% model iklan tu manusia-manusia yang cun-cun, cantik-cantik, sexy la.. Walaupun iklan tu sekadar iklan ubat selsema, dorang still taruk pompuan muda yang bukan muke sakit langsung. 2 iklan Indon yang taruk model-model gila babas punye cun. Olay ngan Sunsilk. Kawan nengok berkali-kali pun tak puas. Kawan pun tak tau kat mana dorang kutip manusia-manusia cantik. Tergamak betul dorang. Hehehe.. Yang kawan hairannya, bila kawan pusing-pusing naik beskal tepi Jalan Kaliurang tu, tak jumpe-jumpe pun orang-orang cantik yang digembar-gemburkan oleh teman-teman kawan di Malaysia dan yang macam kawan tengok lam tivi. Semua muka biasa je. Muke tak siap pun banyak*jahat weh mulut..* Heheh.. Sebenarnya, penduduk Indonesia ni ramai sangat. Lebih 200juta populasi. So, ratio orang cantik dengan orang tak cantik tu kawan rase lagi ramai yang tak cantik. Yang masuk tivi sume tu, bukan sampai 100juta orang pun, kawan rase baru dekat ratus-ratus, paling ramai pun, mungkin ribu-ribu. Tah-tah, SPM kantoi..*hehe.. dorang ade SPM ke?* terus jadi artis.

Eksploitasi Cewek

Kawan bukan apa, walaupun 'enjoy' nonton iklan ni.. tapi kawan rase ini ialah salah satu eksploitasi wanita. Yelah, setakat iklan kipas angin, tak payahlah nak pakai cewek-cewek seksi pastu buat-buat terselak manja skirt dorang bile angin dari kipas tu bertiup. Apa kata, ganti dengan mak cik gemuk yang berpeluh-peluh kepanasan dalam rumah takde kipas pastu bila dapat kipas angin terus bahagia dan gembira. Bukankah lebih efektif? Begitu juga lah dengan iklan pencuci muka. Tak payahlah pakai cewek yang dah sedia ada cantik pastu cuci pakai produk tu. For sure aa muke macam tu gak cantik. Apa kata kalau ganti dengan cewek yang struktur kulit mukanya kaya dengan jerawat siap panau, ketuat etc. pastu bila pakai produk tu, terus jadi bersih dan cantik. Barula orang teruja. Hehe.. Iklan pencerah kulit satu lagi. Kawan rase nilah produk yang paling tak perlu. Tak payahlah nak cerah-cerah kulit lah bagai. Hitam tu kan menawan. Kata orang, "hitam-hitam si tompok manggis, makin dipandang, makin manis." Chewaahh!!

Ada Apa Dengan Cantik?

Sebenarnya kawan rase cantik tu universal. Tafsirannya tak ada yang tetap. Orang Iban cakap lagi panjang telinga, lagi cantik orang tu. Cubalah korang pakai subang besar berat gedabak pastu biarkan telinga jadi labuh sampai bahu. Bila dah cukup labuh, korang pegi lah jalan-jalan dengan bangganya dekat Midvalley. Mesti orang cakap korang tu ANEH. So, cantik tu subjektif dan terletak pada hati. Dalam cantik, luarpun akan jadi cantik. Kalau korang jaga cantik sekali pun, sampai ke mana korang nak jaga? Korang suntiklah botox berbelas-belas kali pun, sampai bengkak muke cam sarang tebuan, tak pun telan vitamin C,D, E sampai Z sekali pun semata-mata nak kekalkan cantik, kalau Allah kata dah sampai mase korang jadi tua, tua jugak nye korang. Tak payah larilah. Cukuplah sekadar, kita jaga muka kita dari penyakit kulit dan benda-benda kotor.

Yang paling penting sebenarnya, hati. Kalau kita pandai jaga hati, kebaikan dan iman, insya-Allah ia tetap subur dan kekal. Sampai umur 1000 tahun pun, kalau korang pandai jaga, ia tetap abadi. Ini semua pandangan kawan, kawan tak niat nak provok sape-sape, apatah lagi nak tolak pandangan orang tentang cantik. Kawan nak tekankan kat sini, kawan pun manusia biasa, yang suke tengok benda-benda 'indah-indah'. Kalau orang dah nak tunjuk, kawan sudi saje nengok. Hehehe..

Sebelum terlambat, kawan nak congraxx kat team bola sepak angkatan 2005 kawan yang menang lam friendly match menentang angkatan 2003. Walaupun, kawan nengok mase 1st half dorang cam sangap gile main, kite still menang 3-2! Mase dah 2nd half, kawan nengok, baru dorang betul-betul berkobar-kobar. Yang skor dari 2003, 2 bijik tu dari Azili dan dari 2005, Dina sebijik dan Nuar 2 bijik. Nuar suruh kawan highlight sket name dia lam blog kawan. So kawan ulang NUA SKOR 2 BIJIK GOL! hehehe.. Untuk Totin, hepi 2nd enivesari.. Tak silap Kawan ulangtahun blog die rasenye... hehe.. btul kan Totin?

p/s-Entry ni sekadar pendapat. Tak lebey-lebey dari tu. Berani komen? Komen la dekat Ada Suap Balik Negatif? Monggo.. monggo..

11 comments:

Anonymous said...

mentang la duk sana..layan pon awek2 sana..hehe..kuden,kalo ko ter'kawen' ngan org sana camne?haha

Anonymous said...

mael, di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung aa.. hehe.. kalau dh jodoh, aku open aje. tp, lagik best r kalu cewek indon tuh cun pastu yatim piatu.. tanak aku kena balek kg kt indon time raye. tak sanggup wehhhh

Totin Jamain said...

kuden.. ko yakin ke kat jalan kaliurang takde cewek-cewek cun..
cuba ko kaji betul betul..
ala.. yang cewek pink tuh..
alaaa.. alaaa yang tuhhh..
yang tuh tuh.. alaaaaaaa
malas la nak bgtau..
ko kaji la bebetul..
kekeke..

Totin Jamain said...

kuden.. slain ko cuci2 mata ngk cewek2 indon..
apakata ko ngk sinetron 'apa salahku' kat tqi stiap rabu kol 9
mengisahkan budak kecik nama naimah yg kene culik jadi peminta sedekah.. pookoknye sdihla..

Anonymous said...

isk.. pink dekat jakal? mmm.. yg jual roti bandungkah? yg nyanyi dari kedai makan ke kedai makankah? yg jual lotekkah? atauuu.. yg berdiri depan pintu kopata kah? muahahahah! totin, 'hak orang' takleh usha lelame.. tak baik. dok gitu docchee? muahaha.. sinetron kat tqi.. aiseyman.. dengar cite pun dah tau tak best.. baik tengok spongebob, lagik best. hohoho

Nashrex said...

aduh.. gambo ko tu cuba ar beso2 kan sket.. aku nak menikmati gak wajah2 cun cewek indon ni.. kecik sgt ar kuden...

--> dpt anak yatim indon.. hmmmm... idea menarik... miahhaha

Anonymous said...

dpt yg lelawa..payah nak jaga woo..krg sumer pandang..

Anonymous said...

nash, nak besorkan? amboiiii.. ingat blog aku ni blog pemuas nafsu ke?

chii, betul tu.. yg lawo maintenance tinggi.. sape2 rase die tu maintenance rendah mesti die tu tak lawo. muahhahaha!!

Totin Jamain said...

blog pemuas nafsu?
hahahaa.. ko kene tukar caption atas tuh 'Cube Try Test Gok' kepada 'Blog Pemuas Nafsu'
-Oleh, Kuden, pelajar medic terlampau
hahaha

Anonymous said...

totin, ko tak nampak ke aku muke innocent??!!
heheh

NUANSA INDAH TOURS said...

4D/3N MEDAN LAKE TOBA TOUR INDONESIA.
01 Night Parapat, 01 Night Berastagi, 01 Night Medan
---------------------------------------------
DAY 1 : Kualanamu Airport Medan – Parapat ( L,D )
Arrive at Kualanamu International Airport Medan, greeting service with Tour Guide. Stop at licensed money changer and to buy simcard/top up. Transfer to local restaurant for lunch. After lunch proceed to Parapat Lake Toba, drive along the beautiful road which offer the endless view of rubber, palm oil, cocoa plantation and paddy fields. Enroute stop at Patent Shop for buying local food products named Teng Teng, Ting Ting, etc. and then proceed to Parapat. Arrive at Parapat Lake Toba , check in to Hotel for accommodation. Dinner at Hotel. Free Program .

DAY 2 : Parapat – Samosir - Sipiso-piso - Berastagi ( B,L,D )
After breakfast at Hotel, cruise the Lake Toba by Ferry Boat about 45 minutes for visiting Tomok Village to see the old grave stone of King Sidabutar ( for FIT), ( For GIT) continued to visit Ambarita Village to see the old chairs stone and execution place made by King Siallagan. Back to Parapat transfer to local restaurant for lunch. After lunch tour continued to Berastagi. Enroute stop at Simarjarunjung to enjoy Ginger Tea and Pisang Goreng (Personal account). Stop at Sipiso Piso waterfall to see the waterfall about 110 meters and to see the extraordinary view of Lake Toba from Northern. Proceed to Berastagi upon arrival at Berastagi visit Central Fruits Market for buying tropical fruits and flowers. Check in to Hotel, dinner at Hotel.

DAY 3 : Berastagi – Medan ( B,L, D)
Breakfast at Hotel back to Medan via Sibolangit and Sembahe about 2 hours drive. Arrive in Medan visit Maimoon Palace to see the Palace Of Sulthan Deli which built in 1888, an then visit Souvenirs and Batik Shops. Lunch at local restaurant. After lunch visit Medan Mall. If you want to do branded shopping we will take you Sun Plaza (Sogo) or Plaza Medan Fair. Afternoon check in to Hotel, dinner at local restaurant.

DAY 4 : Medan - Kualanamu Airport ( B )
Breakfast at Hotel, then free and easy until transfer to Airport for your next destination. Friendly and Religius your holiday.

Include :
Hotel and breakfast, lunch 3x, dinner 3x, transport+driver+BBM, ferry boat to samosir island, Entrance fee and ticket objek wisata, parking, tol /Highway

Not included :
Optional programs, tipping driver and tour guide.

Thanks/Regard
Akfansyah tour guide Medan Sumatra Utara - Indonesia.
Telf // WhatsApp : +6281262388907
Facebook : Akfan
Instagram : Akfansyah Lubis
Email : akfansyah123@gmail.com
Web : www.packageholidayindonesia.com
Provide # package tour # Adventure # Tracking & Haiking # Rafting #