07 March 2006

Cerita Orang Krisis Identiti

Perhatian::Pertukaran kata ganti nama diri. Aku => kawan. *sila rujuk di ruangan My.harap maklum*

Nak dengar cerita tak? Hari tu kan, kitorang ada kelas anatomy. Sesi tu bukan sesi belajar system baru, tapi review session. Sebabnya, next week dah exam, so macam biasa, bila kelas terakhir mestilah self-study. kalau dah nama self-study, mestilah takde lecturer yang guide. Semuanya atas korang. Group kawan pecah-pecah jadi kelompok kecik. Kawan satu group dengan Pong*wanita, bukan nama sebenar* dan Ida*juga wanita dan juga bukan nama sebenar*. Kami pun belajarlah dengan tekun-tekun. Lepas dari satu system ke satu satu system. Digestive, respiratory, urinary sampailah reproductive. Macam-macam organlah kami korek dari mayat-mayat tu. Tapi, sebab Pong*kawan ulang, BUKAN nama sebenar!* saja yang pakai gloves, so dialah tukang belek-belek organ-organ yang memang, Ya Ampun busuknya! Kebanyakan organ-organ tu, ada yang tercerai-berai dari badan-badan mayat. Ginjal-ginjal satu tupperware, paru-paru-paru-paru*singular--paru-paru, jadi plural--paru-paru-paru-paru.. betul la kan?* satu tupperware, hati-hati*plural untuk hati, bukan berhati-hati* dan macam-macam lagi lah.

Okeylah, kami pun masuklah bab reproduktif. Jadi, Pong*Serius! Bukan nama sebenar!!* pun capailah vagina*alat kelamin wanita* yang dah dipotong se'ngam-ngam'nya bentuk vagina. Dia pun tunjuklah pakai forsep dan kadang-kadang pakai jari-jari yang ada gloves tu. Satu-satu dia explain, sebab secara semulajadinya memang kawan tak tahu nama-nama daerah dalam kemaluan wanita tu. Ida, walaupun 'ada', dia tak sempat ulangkaji bab tu. So, Pong*korang paham-pahamlah, tak payah kawan nak ulang lagi bahawa ini bukan nama sebenar..* lah dengan wajanya explain.

"Ini labia minora.. ini labia majora.. ini clitoris.. bla.. bla.. bla.. pok pek pok pek.." ujar Pong. Kawan dan Ida pun dengan khusyuknya mendengar.

"Macamane nak tengok fornix*part lagi dalam yang kena bukak vagina tu..* kat mane?" tanya kawan.

Lantas, Pong pun dengan ayunya mengalih organ tu biar kami boleh nampak dengan terang dan jelas. Saat-saat dia tengah alih, dengan TERANG dan JELAS terjulur keluar bentuk macam batang dari belakang organ tu..

Terkedu semua orang, bila batang yang tergantung dari organ tu ialah penis*alat kelamin laki-laki*. Jadi, rupa-rupanya, 'benda' yang kononnya vagina tu ialah lubang buntut jantan! Kesian Pong, bagai nak rak dia ajar kami pasal vagina. Sekali yang dikorek-korek tu buntut jantan.

Tapi kan, tak leh salahkan Pong jugak, sebab kawan pun ada dekat situ. Sepatutnya, kawan kena alert bila 'yang diajar' tu hak milik kekal kawan dan kaum-kaum kawan yang lain.

Jadi, siapa yang ada krisis identiti kat sini? Kawan ke Pong?

p/s - Korang mungkin faham kenapa kawan sibuk sangat tekankan tentang Pong*bukan nama sebenar*. ye lah.. kawan tak nak dia malu.. Mulia kan hati kawan?

11 comments:

dCchEe said...

cam tak caya jerk anal rectum adqa gaya cam labia majora ngn minora sumer.siap ada clitoris ag tuh.mutant ek.

Anonymous said...

tu r pasal.. aku kan suci, mane penah tgk bende alah tu..

dCchEe said...

yg pong ley g silap gak tuh.kan ke lahir ngn bende tuh ke?ni mst sbb korang nyer specimen ada genetic disorder ni.sbb tuh pelik jerk appearance yg sebabkan pong (katanyer bukan nama sbnr) ley tertukar

Anonymous said...

Pong*bukan name sebenar* tak peka aa, sbb tu die tak sedar.. Agaknya kalau ade praktikal@gune spesimen idup, baru smua org paham kot bab2 ni.. gune mayat ni konpiusing aa.

Kesian specimen, last-last ko gak yg disalahkn.

dCchEe said...

ko kene jadik donor pertama ar.nak belah idup2.sanggup ke ko.?ekeke

Totin Jamain said...

Kkakkakakaaaa...
aku gelak gulik-gulik lalu tergulekkk...
aduh... tercabut segala mesenteri..
penat je pong bagi penerangan
korang plak syokk khusyuk dengar..
akaka...
Eh cemana tentamen tadi?
ade yang tersilap ke identiti ke?
aku bace blog ko nie after tentamen..
skrg baru aku terpk..
aku terasa macam aku tersilap antara anus dengan vagina larrrrr...
heheheee.. =)
takpe.. lps ni kene alert balik la..

aku macam familiar je dengan nama pong ping pong tuh..
err.. nama ida pon aku familiar...
nama kuden je aku tak penah dengar
haha..

Anonymous said...

takutnye jd dokter...so pasni kena alert menda tuh leklok

Anonymous said...

dc chee, aku jadi donor? aku nk jadi doktor aa!! hehe

totin, ko dah dapat kesan sape pong yg sbenar? arghh!! Aku rase aku tak sebut pun ciri2 dia.. Tentamen hancus aa, mungkin sbb x berkat main bontot mayat kot

chi, pasni dah tak tertukar aa kot.. hehe pengalaman itu kan mendewasakan kita..

dCchEe said...

orang kata, certain thing we can learn from others, but still..some of em we shd xperience it on our own...

ko kl ko belah sendiri nyer part nih, mst ko terer nnt dowh

Anonymous said...

dccee, haha! cerdik sungguh medical student ni.. malas aku komen. Heheh

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on!
» » »