28 March 2006

Pledge Your Donation

Dah beberape hari tak hapdet. Bukan tanak hapdet, tapi busy sket 5, 6 hari ni. Mungkin korang di UGM ngerti kenape kawan tak hapdet, sebab Ma dan Baba kawan kan datang menengok kawan di sini. Tapi, kawan rase menengok kawan tu tujuan kedua sebab tujuan pertama mesti lah SHOPPING. Kawan nengok dorang shopping pun dah takut. Ma kawan cakap, shopping baju-baju semua tu bukan nak dibuat pakai, jauh sekali nak buat ole-ole untuk orang Malaysia, tapi dorang plan nak borong banyak-banyak pastu nak bisnes-bisnes kat Terengganu. Kalau untung, dorang datang sini lagi. Kawan pun rase kawan ni cam anak saudagar lah pulak. Tapi, nak mencukupkan syarat dorang datang sini, dorang pun tak melepaskan peluang berputar-putar sekitar Jogja ni. Sempat lah dorang tengok Borobodur, Kraton, Solo dan lain-lain. Lepas aje balik balik antar dorang dekat airport Solo, kawan dah rase balik kawan ni student medic dekat UGM. Mase tu lah nak pikir report field trip*yang satu hape pun kawan tak paham time melawat*, nak siapkan health promotion, dikir barat*mati lah kawan kena bunuh di Pijoy* dan macam-macam lagi yang bersangkutan. Sebab, sebelum ni, mase dorang ade kat sini, kawan rase diri kawan ni macam pelancong Malaysia yang datang melancong ke Indonesia. Lupe daratan kawan seketika dibuatnya. Ape-ape pun, kawan tetap hargai sangat-sangat-sangat-sangat kunjungan Ma dan Baba. At least dapat amik berkat orang tua untuk sisa-sisa tahun pertama di UGM ni.

Kawan tak tau nak mengarut ape kali ni, cume kawan rase kawan pun nak same-same sumbangkan something melalui blog kawan ni kepada masyarakat. Kawan terbaca pasal benda ni, melalui webblog Sultan Muzaffar dan kawan rase kalau korang nak tahu lebih terperinci pasal ni, apa kata bukak webblog Badrul-after-six *Hehe.. Kawan sendiri tak kenal sape makhluk dua ekor ni* Nak tahu pasal ape, keep reading..

Image hosting by Photobucket

Pledge Your Donation adalah salah satu program amal yang berlambak-lambak dekat Malaysia yang membantu mereka kurang upaya tetapi sambutannya takde lah pulak berlambak-lambak orang nak turut serta seperti berlambak-lambaknya orang membeli top-up dan mengundi bintang-bintang pujaan mereka di pentas Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan Audition *sekadar menyebut beberapa nama.. jangan saman aku weh..* Program ni tidak banyak berbeza dari program amal di Malaysia yang diadakan melalui televisyen, radio, surat khabar, iklan dekat dinding tandas-tandas awam, ataupun derma kilat dari kelas ke kelas di sekolah-sekolah. Apa yang kawan faham, program ini akan membantu anak-anak yang tiada perlindungan dari mereka sepatutnya selama ini yang sekarang sedang berkongsi kasih sayang di bawah satu bumbung Charity Home*sumwhere in Rawang..* untuk mampu menikmati kehidupan sebagai seorang 'kanak-kanak' yang sepatutnya.

Jadi bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut dan rase-rase cam berminat, ape kate cuba layari www.badrulaftersix.blogspot.com sebab dia salah satu mereka yang bertanggungjawab anjurkan program ini. Kalau rase tak berminat, lupekan saje untuk menghabiskan membaca entry ini*hehe.. padahal entry ni nak abih dah pun..* dan teruskan aktiviti korang sebelum ni.

Kawan bukan nak merayu ataupun nak berlagak baik, tetapi kawan cuma nak berkongsi pendapat kawan. Mungkin kawan dapat melentur hati kawan yang sombong ni sebab setiap kali ade peminta-peminta sedekah yang berjuta-juta lemon di sekitar Jogja ini datang kepada kawan meminta sikit bantuan, kawan dengan ringan tulang saje angkat tangan kepada mereka bukan untuk kasi wang tapi cakap tak nak diganggu.

Kalau korang ada kesempatan apa salahnya. Mungkin sebutir nasi yang kita dermakan itu, mampu memberi tenaga kepada mereka untuk terus hidup, menuntut ilmu dan berbakti kepada negara. Secara tak langsung, free-free je dapat pahala. Jangka masa panjang pulak tu.

Itu kalau ade kesempatan, kalau takde.. tak ape.. lain kali mungkin ada. (",)


2 comments:

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »

Anonymous said...

best regards, nice info Bag black laptop Sanyo 8200 sprint cell phone accessories decorated childrens sandals boating accident pictures unique boot jacks old navy sandals