12 April 2006

Amarah Yang Marah

Akhirnya berjaya jugak kawan goreng assignment Dr Iwan yang tampak seciput tapi kerja nak menyetelkannya boleh mereng gila meroyan pale otak kawan. Goreng pun goreng lah asalkan kawan hantar jugak daripada tak hantar langsung. At least dapat lah jugak markah kesian sepoint dua point untuk markah final block kawan. *Yo lah tu! Ghupenye kawan tertipu! Praktis ni sebonanyo takdo markah lansung!* Kalau kawan tak hantar langsung, mesti kawan dapat kosong untuk markah assignment. Hehe.. Kawan ni memang ciri-ciri pelajar Malaysia yang perabihkan pitis kerajaan betul lah. Kah!Kah!Kah! *gelak tidak sedar diri*

Kawan rase kawan macam nak bercerita apa yang berlaku di sekeliling kawan, tapi kawan tak tahu nak bercerita apa. Jadi kawan rasa kawan nak membebel. Membebel kawan kali ni tanpa di bawah pengaruh sape-sape apatah lagi di bawah pengaruh alkohol, pengaruh rakan sebaya ataupun pengaruh filem-filem barat.

Judul bebelan kali ni ialah MARAH[termasuk tensen, stress, fed-up dan adik beradik die]. Kawan tanak point kat orang, kawan nak point dekat diri sendiri, kawan ni sebenarnya seorang yang pemarah. Tapi, kawan kadang-kadang tak reti nak ekspres marah kawan. Bajet baik aaa.. Buek!! Kawan pun tensen dengan diri kawan ni sebab kawan ni cepat sangat marah. So, kali ni kawan nak share 6 steps yang boleh di cube untuk kaver marah. Kawan ulang, MARAH only..

Mandi
Warghhh!! Ni antara mende best dibuat kalau tengah marah. Syok beb kalau tengah marah terus gi mandi dengan air yang dingin sambil pakai sabun wangi-wangi yang ada aromaterapi punye bau. Mesti tenang otak pikiran. Kalau bilik air tu lokasi dia jauh dari rumah jiran tetangga, boleh la nyanyi lagu-lagu feveret dengan penuh feeling. Kasi out sume tensi-tensi yang bersarang kat pale otak tu. Tapi korang jangan aa pulak gi mandi air panas. Lagi la meletup kemarahan tu. Satu lagi, jangan lah mandi pakai sabun dettol lak. Lagi la serabut pale otak kalau mandi bau-bau sepital. Boleh sakit jiwa wehh..

Naik Beskal Laju Laju
Ni pun best. Kawan kan dari kelas ke bilik naik beskal. Kalo marah dengan lecturer sebab kasi kerja bukan-bukan boleh lah kawan memecut naik beskal tu sambil sedut asap-asap kereta kiri kanan. 'Hi' bebb.. Bawak laju-laju juga boleh nyanyi lagu peberet dengan kuat. Tapi kali ni korang nyanyi aa kuat mane pun, sure no halnye tak dengar sebab bunyi enjin motor kereta lori lagi kuat dari suara korang. Satu lagi yang penting, kena lah berhati-hati kayuh beskal sebab tersilap langkah nanti jadi arwah la pulak. Kawan tak tanggung.

Makan
Kawan kurang gemar kalau makan. Sebab makan time tensen ni tak feel sangat. Yang sedap pun jadi tak sedap. Tapi apa kate cube makan aiskrem. Aiskrem kan sejuk. Bila masuk lam perut, automatis organ hati yang dekat dengan perut tu jadi sejuk. Muahaha! Gile bongok alasan kawan! Tak macam student medic pun! Dusyum!!! *tumbuk kepala sendiri*

Main bola
Kawan ni baru aje join member-member kawan main bola petang-petang. Kawan ni memang tak terer main bola. For fun. Tapi kawan rasa best lepas main bola. Sebab time main bola kawan target bola tu benda yang kawan marah. Kalau benda yang kawan marah ialah ORANG, kawan bayangkan tu kepala orang yang kawan marah, pastu kawan sepak dengan senikmat-nikmatnya. Fuh!! Relief!! Tapi korang hati-hati lah siket, sebab karang ada yang sepak kaki member. Bukan sahaja marah korang tak lepas, tapi member kawan pulak marah. Pastu mesti dapat terajang dari member yang korang sepak kaki tu. Tak pun kena rembat.*kawan trauma*

Tidur
Tidur pun best. Buat seketika, kawan rasa terpisah dari dunia nyata sebab kawan dah masuk ke dunia mimpi dan fantasi. Dalam mimpi kawan, kawan boleh jadi apa-apa pun. Nak jadi jaga ke, pensyarah ke, perdana menteri ke, orang nak kisah apa, yang penting kawan happy! Tapi kadang-kadang bila marah ni kita boleh termimpi hantu. Agaknya mungkin bila mimpi hantu lagi tertekan pulak perasaan kita ni. Ni kire step cuba jaya la.

Ibadat
Heheh... yang last ni kawan rasa wajib lah. Kita kan orang beragama. Apa guna agama kalau bukan menjadi panduan kepada kita disaat kita kesesatan. Kalau korang yang beragama Islam*hehe.. bajet pembaca blog tu non-muslim pun ada aa.. takpun konon dah tahap internasional la tu*, mungkin korang boleh ambik wudhu'. Pastu semayang sunat. Curahkan perasaan dekat Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tiada siapa yang sanggup mendengar sesetia Allah mendengar masalah kita dan sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu hikmah di sebalik ujian yang diberi itu.. Mintak petunjuk dari Allah serta dilembutkan hati kita dan hati orang yang kita marah itu biar segala masalah dapat diselesaikan. Amiinnnn.. *kejap, kawan nak betulkan serban..* Tapi, janganlah pulak korang yang muslim bila ada masalah pergi masuk gereja dan luah perasaan dekat rahib-rahib cun macam Julie Andrews dalam The Sound Of Music.. Jadi kayu api neraka lah korang nanti.

Tu je.. antara yang kawan syorkan untuk mengatasi marah. Kawan sebnarnya dah bosan nak marah-marah. Letih! Banyak lagi keje pekdah yang kawan leh siapkan. Marah orang, kita boleh buat ape? Bukan boleh duit pun.. Tambahan pula, lagi kerap marah lagi cepat kita kelihatan tua. Euww!! Sejak bila kawan metroseksual ni..?

12 comments:

Totin Jamain said...

haha.. kesian ko pulun utk esemen dr iwan..
rupanya itu hanya latihan dan tidak mempengaruhi markah anda
dan esemen yg penting adalah esemen lab CEBU..
muahahaaa....
kawe tertipuuUU

Anonymous said...

tu r pasal.. seb baik kawan apply 6steps mengatasi marah tu.. tak aa tensen sangat..

Nashrex said...

aku slalu kalau marah, aku jalan2 naik moto/keta... kalau time ok, bace yassin je.. ok punyer..

(teringat ngan mmber aku, marah je gi tumbuk2 dinding bertubi2 sampai tngan dia luka... kan BANNGANG TU!)

Anonymous said...

nash, seb baik tumbuk dinding, kalau die tumbuk member2 sekeliling die.. sape nak jawab?

Anonymous said...

member2 sekeliling dia pulak nash kan?lagilah best...hahar..
aku kalo marah aku makan..
makan..
makan..
kalo dapat kentang goreng dengan sirap limau..ok dah..

Nashrex said...

kentang goreng tu bg aku bukan makan.. tu bagai menghirup udara je...

makan tu mesti ar kfc sebakul... ahahhaa

Anonymous said...

tdo adalah penyelesaian bg sumer masalah...lalalaaa

Anonymous said...

mael, makannn je keje ko.. ape nak jadi ni..?

nash, gile ahh sebakul! seb baik bukan ayam kfc bucket.. kalau x, mmg membangun aa perut ko

Totin Jamain said...

haha.. aku takyah tunggu marah.. bile-bile masa je aku akan tidor.. keke..

Anonymous said...

totin, tah tah slame ni ko idup lam marah kot. sbb tu asek tido...

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Sportsbooks betting casinos baan arnhem callcenter Acne colloidial help silver macy handbags Portland maine car crash Teeth laser whitening miami rent a car with luggage rack jenna jameson pure jessie lee breast implants Laser teeth whitening chicago articles and advice on boating tooth whitening and oral cancer Scholarships by category President millard ford Flattering bikinis Men's penis photos Tooth whitening des moines tooth whitening las vegas percocet and its side effects Elbow joint pain lipitor

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Network video conferencing Lexapro ecstacy and