07 April 2006

Harga sebuah pertemuan..

Image hosting by Photobucket
dari kiri::Jacqueline, Shahirah *cun shiooott* dan Raja Bahrin

Kesian lak kawan rasa bila baca kisah Raja Shahirah Aishah ni. Nak jumpa ibu kandung sendiri pun salah ke? Kawan memang dah lama tak berminat nak baca berita-berita penting ni, tapi semalam kawan terbaca dari skrin monitor PC sebelah PC kawan ni tentang Shahirah yang jumpa mak dia selepas 14 tahun terpisah di Australia. Yang jadi isunya ialah pihak media Australia itu sendiri yang cuba memprovokasikan keadaan, seolah-olah kedatangan Shahirah untuk menemui ibunya, Jacqueline Parscarl adalah gambaran tentang kembalinya Shahirah ke jalan yang benar dan keputusan mahkamah Malaysia yang memberi hak penjagaan anak kepada Raja Bahrin 14 tahun yang lalu adalah salah. Shial!!

Bila abang Shahira, Raja Mohd Baharuddin tak ikut sekali balik Australia, terus dorang dengan sesuka hati mak bapak dorang buat kesimpulan yang Iddin ni dah tak sayang mak dia. Kononnya, Iddin ni anak durhaka so, dah tak nak jumpa mak dia. Shial kuasa dua! Padahal, brader tu tengah sibuk dengan kuliah. Yang paling hardcorenye, wartawan dorang ni sanggup berkampung di sekitar rumah ibu kandung Shahirah tu untuk melihat perkembangan dan pertemuan mereka. Kesian pulak dekat jiran-jiran makcik Jacqueline tu, mesti jiran-jiran dorang terganggu nak sidai kain baju, potong rumput dan parking kereta, sebab orang wartawan ni lepak depan rumah diorang. Yang sure akan berlakunya, mesti bila wartawan-wartawan tu dah selesai buat liputan, mesti banyak gila sampah-sarap terbiar. Laporan akbar dorang turut mengatakan Raja Bahrin ni menyekat hak anak-anak untuk kenal siapa ibu mereka. WTF!

Kawan rasa dalam situasi ni, tak payahlah dipanjangkan keadaan. Tindakan wartawan Australia ni jugak seolah-olah nak menyuntik kembali racun supaya kisah bawa pulang Shahirah dan Iddin melalui bot nelayan dari Australia ke Terengganu 14 tahun yang lalu dipersoalkan. Kawan tahu Shahirah dan Iddin mesti faham, dan niat pertemuan mereka itu. Walau siapapun ibu kita, mereka tetap ibu kita. Merekalah yang membenarkan kita menumpang rahim mereka, dan bukannya cikgu kita ataupun jiran-jiran di kawasan perumahan kita. Memang benar kejadian kita ditentukan oleh Allah, tetapi, pengorbanan ibu itu tetap nyata sampai bila-bila. Tiada siapa pun yang berhak menidakkan hak anak kepada ibu dan hak ibu kepada anak. Kita lupakan soal siapa salah dan kenapa Shahirah sudi bertemu Jacqueline serta kenapa 14 tahun tempoh untuk Shahirah jumpa Jacqueline. Apa kata, kalau kita lenturkan perspektif dari sudut yang berbeza, mungkin dari segi pengajarannya pertemuan Shahirah mengajar kita untuk menundukkan taraf, kedudukan dan ego kita demi kebahagiaan yang mutlak. Walau sepahit mana pun sejarah itu, ia tetap bukan alasan kenapa kita harus berdendam dan menolak rasa sayang, apatah lagi hubungan ibu dan anak. Paling tidak, pernahkah kita sendiri berusaha untuk meminta maaf dan memaafkan orang? Bukan susah pun...

Untuk bahan bacaan lebih lanjut tentang Shahirah di Australia,
layari The Age (akhbar Australia) dan berita-berita tempatan.

Credits::
Berita Harian (curi gambar.. Muahaha!)

9 comments:

Nashrex said...

shahirah ni ayu je bile pakai tudung.. td aku tgk kat metro, ada gambo dia ngan mak dia kat australia.. tros hilang tudung dia..

Totin Jamain said...

hwah.. sangat cantek..
sunguh aku taktau pape psl ni
kakaka.. lama tak bukak web brita2
asek bukak blog je..
keke..
berbintang2 bagi kat kuden
atas informasi dan penulisan blog yg skema ibarat wartawan mlayu tempatan!

Anonymous said...

nash, a'ah.. aku dh dengar lame cite pasal shahirah bukak tudung. tapi, lantak die a nak buat camne.. tp aku rase die ttp cun.

totin, muahaha! salahkah aku menjadi skema?. hehehe

Nashrex said...

aku br tepikat ngan keayuan dia pakai tudung.. skali bukak tudung, rambut cam berus longkang je.. bergerutu2...

Anonymous said...

muahaha! Berus longkang?!@ Hahaha! Aku try gak cari gamba dia freehair lm internet, tak jumpe aa.. Hehehe.. Kejam siot berus lonkangg.g..

Totin Jamain said...

aku da ngk gmbr die kat metro.. tak lawo la rambut.. mmg cam berus longkang pon.. kekekee...

kuden klau sruh nngk gmbar awek.. laju je.. klau sruh carik journal dr iwan.. terkedek kedek..
woii!! aku tak reti wat esemen dr iwannnn!!!!!

Anonymous said...

yo lah tu, xreti nk wat.. padahal dh siap. aku dh juling bc journal ni...

Anonymous said...

hi iddin here, i like what you wrote about my family :) dan kepada korang semua yang cakap pasal adik aku tak pakai tudung tu. gambar yang dia pakai tudung tu gambar lama, wartawan takde gambar baru nak letak so dia amik gambar lama adik aku masa dia pakai uniform skolah dan skolah dia wajib pakai tudung ok. biar la adik aku nak pakai ke tak nak pakai tudung :) nak contact aku boleh kat myspace www.myspace.com/iddin thanks :)

Anonymous said...

Keep up the good work Fat mom and mature boy 13 Appliances for rvs fred force 10 eyeglasses free phone service voip http://www.education8.info/Scholarships3.html Free toon sex flashes verizon gsm phone service Free porn moives clips Levitra spray paint Grundy's auto insurance Slot machine and video poker Sex for sci tipo lexus