09 June 2006

Jogja Tenang, Kawan Tegang

Kawan baru selesai Skills Lab. Tengah jalan kaki nak gerak pegi kafe Putri, terserempak lah dengan Tikah. Dia cakap, Gunung Merapi dah meletup! Memandangkan Tikah seorang yang konfiden dalam macam-macam hal, kawan sangsi. Tak caya sangat. Walhal tak letup-letup pun. Tapi, bila kawan dah balik bangunan Inter, semua orang duk cakap pasal Merapi dah kentut. So, berita Tikah tadi bukan skandal lah. Memang betul meletup la tu. Kawan lega aa kalau Merapi meletup dengan cara macam ni sebab tak ada apa-apa huru-hara kelam-kabut macam 27 Mei hari tu. Tapi, kawan tak sempat nak join bukak cite pasal Merapi sebab nak setelkan urusan imigresen nak balik kampung 16haribulan nih. Taik r sebab kumpulan kawan adalah kumpulan last yang leh setelkan benda alah nih. Makanya, kitorang dah huru-hara macam gempa bumi nak setelkan benda-benda ni. Nak balik seminggu aje lagi, mane sempat nak uruskan benda-bendan ni. Dorang imigresen tu dah la semua wat keje macam siput sedut telan racun. Lembab! Tengah duk fotostat dokumen-dokumen penting dan susun balik kertas-kertas tu, tiba-tiba orang lari keluar bangunan. Katanya gempa. Arghh!! Kawan tak rasa! Waktu tu, otak tengah serabut dengan imigresen busuk nih! Teman kawan yang sama sibuk pun tak rasa. Teman kawan, Eman lagi lah angin, tengah sabar nunggu fotostat, tetiba aje brader fotostat tu mencecet lari nak keluar bangunan. Eman kat depan dia ni terlopong aje nengok dokumen-dokumen dia lepas macam tu jek. Seb baik tak lame bumi bergempa. Lecturer pun satu hal punya lawak antarabangsa, tengah-tengah macho kasi lecture, tapi bila dengar aje gempa, dorang yang first kuar dewan kuliah. Anak-anak murid yang muda-remaja nih terkedek-kedek ikut lecturer.

Bila tiba di pejabat imigresen, baru lah kawan tau. Merapi sebnarnye tak kentut. Cuma lava yang meleleh dari kawah kali ni lebih banyak dari kebiasaan pastu awan panas yang berkepul-kepul keluar tu pun lagi gempak dari hari-hari sebelum ni. Tapi belum orgasme lagi. So, orang assume Merapi dah kentut lah. Pastu yang gempa tadi pun senanya agak kuat iaitu pada 3.8 skala ritcher. Tapi kawan tak sempat nak cuak dan gelabah seperti kebiasaan. Trauma tu trauma lah jugak.

Tetapi, darjah kemarahan kawan dengan kerenah birokrasi In*****ia mengatasi segala-galanya.

Kawan marah sungguh!


Ind****ia, hentikan alasan-alasan kekurangan kakitangan, sebab ko ada tenaga-tenaga manusia yang berlebihan dan mereka siap menganggur!

Ind**esia, turunkan usia bersara bagi kakitangan kerajaan! Orang-orang tua korang yang kerja kat kaunter tu sungguh menyakitkan mata memandang bila mereka membuat kerja sambil MALAS dan seperti ORANG TUA!

I***nesia, sampahkanlah bangunan-bangunan baru bertingkat-tingkat ko kalau dalam kaunter pelayanan cuma SATU!

Ind****ia, jahanamkanlah RASUAH!


-Doakan kawan dapat balik 16haribulan-

Notakakiyangberketuat::terpaksa sensored nama negara takut kawan di black list pastu kena cop terrorist. Kang tak pasal-pasal kawan tak boleh balik langsung. Kalau korang nak backing takpe gak! Sanggup? Lagi satu kena lah respek bumi yang memberi peluang kawan menuntut ilmu.

4 comments:

NaSh said...

negara sana ngan nagara kita pun lebey kurang je.. korupsi ttp ada.. cuma org takperasan je.. kat sini korupsi lebey terpimpin.. tup tup, account da penoh duit.. miahaha

mohdismail said...

betul tu..aku paling malas la ngan birokrasi ni..lagi2 kat pejabat kerajaan..kalo ko bukan sumbody..mampus la lambat nak wat urusan..ceh

KudeN said...

nash, btul tu.. cume org tak prasan tu sebnarnye korupsi.. kalau ade 'kabel' sume dapat..

mael, dah la lambat. nak marah-marah kite lak. sial btul!

Anonymous said...

Excellent, love it! http://www.tadalafil-7.info/xanax-versus-klonopin-side-effects-dependance.html Floor mats home kitchen http://www.1974-pontiac.info/pontiac_sunfire.html 1999 pontiac sunfire Alaska fishing and lodging Cadillac gaming inc. rims for a pontiac grand am pontiac grand prix sj 1977 for sale