31 May 2006

Malaysia, Maafkan Kawan (merujuk Utusan Melayu 31.05.2006 ruangan Forum oleh Rakyat Prihatin)

Perhatian::Sila baca entry sebelum iaitu TRAGEDI untuk tahu kisah lanjut pengalaman kawan di bumi Jogjakarta

Kawan merasai bagaimana berdiri dengan takut ketika gempa bumi. Bila takut, kawan lupa siapa kawan di Jogja bahawa kawan datang Universitas Gadjah Mada untuk belajar perubatan dan bakal seorang doktor. Bukankah tugas seorang doktor itu mengurangkan kesakitan dan penderitaan serta menenangkan kegelisahan pesakit? Kawan bukan tidak tahu jumlah kematian mangsa gempa bumi dengan kejamnya meningkat. Kawan tahu. Tetapi kawan tidak pernah terlintas untuk tundukkan ketakutan kawan untuk nyawa-nyawa mereka. Kawan memang pentingkan diri sendiri. Apa yang kawan lakukan cuma berharap kawan dan semua teman-teman kawan di sini selamat dan dapat keluar dari bumi Jogja secepat mungkin dan menghilangkan trauma di Malaysia. Kawan cuma mengerti rasa risau keluarga kawan di tanah air dan berharap kembali kepada mereka dengan selamat. Kawan juga hanya risau nyawa kawan berakhir di Jogja.

Kawan baru sedar yang kawan telah kurangkan jumlah tenaga manusia yang mampu membantu nasib mereka di sana. Sedangkan, kerajaan Malaysia sendiri sedang menghantar bantuan ke sana. Tapi, kenapa kawan dengan tanpa rasa bersalahnya balik? Maafkan kawan kerana merosakkan nama Malaysia. Maafkan kawan kerana ada rasa takut. Maafkan kawan kerana tidak yakin dengan keupayaan kawan sebagai pelajar tahun pertama perubatan. Maafkan kawan kerana langsung tidak terdetik di hati untuk membantu mangsa gempa bumi sewaktu kawan masih di Jogja. Maafkan kawan kerana mendahulukan kerisauan keluarga dari mereka yang setiap saat berkurang ahli keluarga. Maafkan kawan kerana membiarkan teman-teman kawan yang berkorban ketakutan untuk membantu mereka di Jogja. Maafkan kawan untuk trauma. Maafkan kawan sebab kawan tidak bersedia dari segi mental dan fizikal. Maafkan kawan kerana bertindak seperti orang yang mementingkan diri sendiri walaupun paling tidak kawan bersimpati. Maafkan kawan untuk berlindung di tanah air sendiri.
Maafkan kawan, Malaysia...


Photobucket - Video and Image Hosting

kawan lupa menjadi orang bertanggungjawab


Petikan Utusan Malaysia, 31 Mei 2006

Forum

Pelajar Malaysia patut bantu mangsa gempa

TAKZIAH untuk warga Yogyakarta yang dilanda gempa bumi. Marilah kita sama-sama meminta pertolongan daripada Allah s.w.t. dan sama-sama menghulurkan bantuan apa yang patut.

Tetapi tindakan 65 orang pelajar Malaysia yang meninggalkan tempat tragedi amatlah dikesalkan. Mereka seolah-olah mementingkan diri sendiri dan membiarkan mangsa gempa bumi menderita sendirian.

Ada di antara mereka adalah bakal doktor dan ahli farmasi. Sepatutnya mereka menghubungi Kerajaan Malaysia dan memaklumkan bahawa mereka dalam keadaan selamat dan meminta kerajaan mengirimkan ubatan atau apa-apa yang sepatutnya.

Amat malang, mereka memberikan gambaran yang amat buruk terhadap prilaku rakyat Malaysia dan ketiadaan tanggungjawab.

Sedangkan pada waktu yang sama kerajaan mengumumkan akan menghantar bantuan perubatan dan sukarelawan bagi membantu mangsa.

Mereka lari daripada masyarakat yang selama ini mereka anggotai.

- RAKYAT PRIHATIN,

Kulim, Kedah.

untuk menderma::
+Mercy Malaysia
+Mercy International
+IDEP Foundation
+UNICEF
+Islamic Relief
+Save The Children
+World Food Programme

credits::
+gambar ihsan Ida
+utusan malaysia
+Rakyat Prihatin
+teman-teman seperjuangan yang masih di Jogja
+gempa bumi yang menyedarkan kawan walau pahit untuk kawan lalui

7 comments:

mohdismail said...

kalo aku kat tempat ko pon..belum tentu terfikir nak membantu...keadaan camtu mmg menghuru-harakan mental kita..student2 kat sana tak harus dipersalahkan...

KudeN said...

harap-harap.. kami semua tak jadi mangsa keadaan.. ye lah.. kami baru pelajar perubatan kan.. manusia biasa.. yang tak semua dapat lawan perasaan takut.. thanks maell

NaSh said...

aku rasa korang patut dok sane.. aku sndiri rasa nak gi sane(walaupun takut). Kesian ngan yg cedera2 tu..

KudeN said...

herk.. camtu ke nash.. ye la.. ye la.. lusa aku pegi..

dCchEe said...

ahak
okie ar
tersentuh gak ar baca ada orang yg prihatin
tapi
sum1 yg tgk dari luar ley ar cakap camtuh
nway, pelajar perubatan, or bakal jadik pahrmacist ke
takde byk ngat guna kot kalo stay sana
byk mana ngat ilmu yg ada kat dada
duk kata sana
tolong yg paling mantap ley buat pon, 'tolong tengok'
takpon menambahkan crowd kat sana
susahkan orang len nak buat keje jerk

lgpon studet msiayg year awal2 je yg balik kan, yg da masuk clinical, cam zili.takde nyer balik.da ada skil, ley ar fk nak duk sana n buat apa yg termmpu..

yg pnting, stay alive.even kita takley bntu yg tuh, ada ag yg len ley dapat bntuan kita kan

NaSh said...

at least kalau tgk pun.. leh dpt pengalaman gak.. ni bukan pengalaman takat demam2 je ni.. ni membabitkan darah2..

nak bantu bukan semestinya dok spital kan... bukan rawat2 je.. tolong2 carik org pun kira bantu jgak..

berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul..

*dari seorang yang reti becakap je.. AMPEH!

KudeN said...

Dcchee, betul tu.. tp tu la masalahnye.. kalau bleh nak suruh dorg jadi aku sekejap.. biar dorfg rasa ape aku rase.. tp nak wat camne kan.. sume org ade kekuatan yg berbeza..

nash, betul gak tu.. tp nak wat camne kan.. hehehe.. takpe.. aku dah sampai jogja dah..