29 May 2006

Tragedi

Sudah Syuruk - 27 May 2006


Argh! Not again.. Subuh lewat lagi! Selesai solat, kawan baring atas katil. Onkan 'radio pinjam' sambil layan Suaragama.fm. Mata tak rasa nak tidur. Kawan termenung kosong. Tiba-tiba, kawan rasa bilik kawan bergoncang. Dalam hati, ni mesti kapal terbang terbang rendah. Kawan ignore. Tapi, gegaran makin kuat. Lampu bilik bergoncang dan padam. Radio kawan jatuh. Rak buku terbalik.

Gempa Bumi!

Tapi, kawan kaku. Kawan tak tahu nak bertindak balas macamana. Dalam pikiran, kawan rasa asrama kawan dah nak runtuh. Kawan akan mati tertimbus. Goncangan berterusan, seolah-olah kawan berada dalam sampan. Tapi tak lama, tak sampai seminit gegaran berhenti. Kawan cepat-cepat capai handphone lari turun tingkat bawah dan pergi ke tempat parking kereta. Semua orang dah kat situ. Pogung Baru jadi kecoh!

Kawan masih panic dan rasa seolah mati hidup semula tapi berlagak biasa.

2 jam kemudian.

Selesai breakfast di gerai, kawan lepak depan ruang tv. Kawan dah ready siap-siap passport dalam poket seluar. Kawan pikir Gunung Merapi yang meletup, tapi ternyata silap Gunung Merapi masih bertenang. Tiba-tiba, bumi bergempa lagi! Kawan panic..

2 jam kemudian

Gempa lagi. Tapi kecil. Namun dah cukup mencuakkan kawan. Tiba-tiba kawasan luar asrama kawan kecoh. Kawan keluar dari asrama. Semua orang muka ketakutan, berlari berselerak.

"Air! Air!"

Mas Robby berlari ke arah kawan. "Masuk mobil aku! Air udah sampai Jakal!"

Kawan panic lagi. Nua, Jaz, Syed, Rangga dan Amer masuk kereta Robby. Kami putus idea. Dalam pikiran kami, air tsunami dari selatan melanda Jogja. Kami keluar ke Jakal. Keadaan huru-hara! Kami putus idea mahu lari ke mana. Kami tidak naik ke tanah tinggi di utara Jogja, Gunung Merapi kerana takut Merapi meledak! Kami satu kereta gelabah. Budak-budak tadika tanpa orang tua lari ketakutan. Kereta berpusu-pusu di simpang empat. Keadaan sudah tidak terkawal lagi. Polis-polis menenangkan keadaan bahawa tidak ada tsunami, tapi kami tidak percaya. Kawan dapat rasakan tsunami cuma beberapa meter di belakang kawan. Kawan dah terbayang kematian. Terbayang keluarga dan kawan-kawan yang lain yang tidak ada pengangkutan untuk lari jauh. Argh! Kawan terus kontek keluarga.

Kami lari ke Solo yang agak jauh dari selatan Jogja. Keadaan lebuh raya masih lagi sibuk. Trafik yang kacau-bilau memungkinkan kemalangan dan ternyata ada kenderaan yang rosak akibat itu. Kami meneruskan perjalanan menyelamatkan diri. Robby tidak putus-putus berpesan kepada kami berdoa agar selamat.

Kami berhenti di Candi Prambanan. Masih jauh untuk sampai ke Solo. Erwin dan Syed pergi cari makanan. Kami dapat lihat sekitar Prambanan, keadaan lagi teruk dari Pogung Baru. Banyak rumah runtuh dengan hancur! Orang-orang cedera di tepi jalan! Kawan risau dengan gempa yang akan datang!

2 jam kemudian.

Gempa lagi. Kami terus ke tepi jalan. Berita yang kami terima, tiada tsunami. Air yang dikecohkan itu cuma air yang limpah dari paip pecah akibat gempa yang dasyat. Kami sedikit lega. Trauma tsunami di Acheh mungkin menyebabkan semua hilang arah. Kami masih belum pasti sama ada mahu ke Solo atau tidak. Semua keliru. Tapi, kami buat keputusan, balik Pogung Baru. Packing barang-barang penting, kalau keadaan makin serius kami lari ke Solo. Segera!

Kami dapat maklumat gempa berlaku setiap 2 jam. Dengan bag berisi baju-baju, passport dan sikit makanan yang kawan ada, kami bersedia di kaki lima asrama. Iya, gempa memang setiap 2 jam! Setiap kali gempa, kami lari keluar ke semak samun yang tiada bangunan di sekitar. Begitulah kawan. Menunggu dengan penuh rasa takut dan lari dengan penuh berharap. Dalam kepala kawan, kawan mahu lari dari derita ini. Bawaklah kawan ke mana-mana pun. Kawan mahu lari.

Famili telefon kawan. Suara mereka memang menggugat kesabaran kawan. Kawan rasa tenang bercampur takut. Iya, kawan memang penakut. Takut untuk mati. Kawan paksa diri jadi berani, tapi kawan masih takut.

Menjelang Asar

Gegaran terakhir sebelum Maghrib. Kawan diberitakan gempa-gempa susulan cuma gempa-gempa kecil. Kawan jadi sedikit tenang. Sedikit sahaja. Bekalan elektrik sudah OK. Robby ajak kawan pusing Jogja lihat keadaan sekitar Jogja selepas gempa.

Pemandangan seolah Jogja baru selesai jadi medan peperangan. Tidak semua bangunan yang runtuh tapi masih ada yang rosak teruk. Ambarukmor Plaza yang baru siap retak teruk. KFC di dalamnya tunggang terbalik. Lantai satu Plaza Saphir rosak teruk. Kaca-kaca bertaburan. Gramedia juga rosak. Namun, masih banyak juga bangunan yang bertahan dan utuh. Cuma retak. Kawan kasihan.

Kami melewati hospital-hospital. Mangsa-mangsa gempa memenuhi ruang parking hospital. Infuse bottle cuma digantung di pokok-pokok. Ambulans berterusan keluar masuk. Pesakit bertambah dan terus bertambah. Hanya satu perkataan terlintas di fikiran kawan. Sengsara.

Kami pulang ke Pogung Baru. Kami diberitakan lagi, satu lagi gegaran akan berlaku pada jam 10 malam. Yang pasti, pengkaji tidak dapat mengesahkan tahap kuat gegaran itu. Mungkin teruk mungkin tidak. Kawan cuma bersedia untuk paling dasyat. Kawan dan yang lain cuma baring di kaki lima. Teman-teman seasrama kawan yang dari Indonesia, sudah ada yang menyelamatkan diri ke Bandung dan Solo. Yang tinggal tidak sampai separuh.

Kawan dan rakyat Malaysia yang lain diberitahu bahawa kalau keadaan menjadi serius kami semua akan di bawa pulang ke Malaysia. Kawan gembira. Kawan rasa sedikit lega dan benyawa. Kawan sangat-sangat berharap dapat pulang ke Malaysia. Kawan tak larat nak menanggung perasaan ketakutan. Kawan cuma fikir kawan mahu selamat. Kawan dah tak sanggup menikmati kenangan ini sekali lagi. Penakut kan, kawan?

Jam 11 malam

Gempa yang dijanjikan. Tidak sekuat yang di sangka. Namun, kawan masih beranggapan masih banyak gempa-gempa susulan. Kawan masih rasa bangunan asrama kawan akan runtuh. Kawan masih terbayang akan ada gempa lagi kuat dari pagi tadi. Mungkin itu tanda-tanda orang trauma.

Jam 1 lebih pagi-28 May 2006

Helwa call Nuwa. Kawan bertambah gembira. Berita 80 orang Malaysia pertama akan diberi peluang pulang ke Malaysia. Siapa cepat dia dapat. Tempat evakuasi student Malaysia agak dekat dengan asrama kawan. Kawan bersama yang lain cepat-cepat ke sana. Iya, kami dapat tempat. Tapi teman kawan yang lain tak dapat. Kawan serba salah. Kami semua yang NAK balik sila ke Solo segera akan ada pesawat TUDM pada jam 3 pagi. Kami bergegas naik taxi ke Solo. Tapi perasaan kawan tak tenang. Kawan rasa kawan pentingkan diri sendiri. Kawan rasa kawan penakut dan kejam. Maafkan kawan.

Selepas Subuh

Kawan bersedia di tempat berlepas. Royal Malaysian Air Force Hercules C130 dah menunggu kami semua. Bila kawan dalam pesawat, kawan rasa selamat dan kawan rasa Jogja sudah tidak akan gempa lagi. Berbeza dengan perasaan kawan sewaktu di Jogja, kawan rasa Jogja akan terus gempa dan akan hancur. Kawan bingung.

Jam 11.55

Pesawat TUDM tidak lah selaju pesawat komersial yang lain. Sudah lah pening dengan gegaran, kawan jadi pening dengan penerbangan yang seperti menonton Band Of Brothers. Kami tiba di Subang. Sudah ada ibu bapa yang menyambut kami. Ibu bapa kawan tunggu di Terengganu. Kawan bersama Ida menumpang Ayah Jaz untuk ke terminal bas di Gombak. Tapi tiket KL-Terengganu sold out. Kawan tension. Terus, kawan dan Ida naik tren ke Terminal Putra. Alhamdulillah, tiket masih ada. Kami naik Atieza Ekspres jam 10 malam.

Jam 5.30 pagi-29 May 2006

Kawan tiba di Terminal Bas Tanjung, Terengganu. Selesai solat subuh di situ, parent kawan tiba. Kawan rasa selamat. Kawan rasa seperti baru bangun dari mimpi ngeri.

Notakaki::

  • nantikan entry Malaysia, Maafkan Kawan

5 comments:

ko rase ape yg aku rase?? said...

kuden..jom pakat bwk derma from mesia...patu bagi dorg mangse Quake nnt...at least...x delaa sie2 kite blk mesia...kn kn??

chii said...

pengalaman yg ada di jdkan pengajaran...memandangkan dah blk m'sia..mayb bleh bawa sumthing utk di dermakan kpd mangsa2 gempa bumi..at least berbaloi gak blk m'sia rite
;)

KudeN said...

ko rase ape yang ku rase?? ngan chii.. betul gak saranan korang.. kekgi kawan buat derma kilat dalam umoh kawan..

Anonymous said...

Keep up the good work » »

Anonymous said...

This is very interesting site... » »