27 June 2006

Papa Bosan!!

Dah hampir 2 minggu kawan dekat kat Negeri Terengganu yang indah, permai, cantik, sentosa dan gemilang ini*Haha! Overdose punya kata adjektif*. Tapi takde benda pun aktiviti berguna yang kawan buat sepanjang balik kampung. Keje kawan bangun tido, makan, tengok cenel 4, 83, 901, 902, 903, 40, 41, 42 dan 15. Memang kawan langsung tak produktif. Otak kiri kanan kawan dah tersumbat dan lembab*hehe.. bajet sebelum ni ada otak cerdas aa*. Seb baik ada tivi, memang kawan dah lame mati kering lam rumah kebuhsanan!

Kawan memang ikut Akademi Fantasia dari musim kedua, seb baik kali ni cuti sempat tengok AF4. Kawan memang tak reti menatang bab-bab vokal, pitching, seni persembahan tu sebab lecturer kawan tak ajar lah pulak dekat fakulti. Kawan tunggu gak mane tahu ada bab pasal vokal. Hehe.. Mungkin esok-esok ade kot tentang cara-cara nak vocal folds dan vestibular folds dan menolak diaphragm untuk keluarkan vokal yang lantang, bulat, dan forward tanpa sebarang masalah pitching dan nyanyi 'ke laut'. Sape tahu kann.. Esok-esok, kalau kawan dah bosan jadi doktor, bole gak kawan apply jadi cikgu vokal AF10. Hak! Hak! Busuk betul ayat kawan. Kawan sepertimana orang ramai tuduh rakyat negeri kawan yang selalu bersikap kenegerian, akhirnya kawan bersetuju, sebab kawan nak Faizal dari Marang, Terengganu menang. Hua! Hua! Kawan sokong Faizal.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni Faizal, tapi bukan Faizal Af4. Aku pun tatau ni mamat mane. Aku taip Faizal dalam Yahoo!Search, tapi yang kuar first gambar mamat ni. Mati-mati aku ingat Astro buat make-over kat Faizal, biar nampak hindustan sket. Hah, amacam? Jatuh cinta pandang pertama? Mamat ni seorang student engineering kat Toronto.

Dear Faizal,
Mujo suare mung sedak, kalu dok, beng arap aku nok ngaku tranung! Tapi Pezal, mung jangang arap aku nok afundi mung la, sebab kalu mung menang, bukangnya mung blanje aku makang. Kalu mung buleh keta Vios tu, bukangnye mung nok ajok aku gi jalang. Kalu aku undi pung, bukangnye mung nok bowok aku gi Paris. Pitih beribu-ribu tu bahang ke mung sekkor je, seriya pun dok wi ke aku! Daripada aku bazir pitih beli topak, baik aku gi beli gula. Gule lening mahal Pezal, mung mane tau, mung duk dalang.. dok au berita-berita terkini..
-surat contoh dari peminat contoh macam kawan-

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni lah Faizal sebnor. Mung ingat mung hik-hok ke Pezal? Orang hik hok pakai sluor londeh, bukan atas pusat! Wat malu kampung a mung!

Kawan kan kaki bangku. Dah banyak kali kawan mentioned, bahawa kawan ni memang kaki bangku, sofa, peti sejuk, blender semua ada. Kalau teknik-teknik nyanyi pun kawan tak tahu menahu, inikan pula teknik-teknik bermain bola sepak dengan betul. Tetapiiiiii, walaupun kawan kaki bangku sejati, kawan tetap mengikuti World Cup 2006 dengan sewajarnya. Team pilihan kawan? Perlu ke kawan explain sekali lagi? Kawan sokong Argentina dan kawan harap team ni mampu masuk final dan terus menjulang piala tu. Kawan terpesona dengan permainan lincah Teves, hantaran tepat Riquelme, dan gol tercantik yang terkini kawan tengok dari Maxi Rodriguez sewaktu menentang Mexico. Marvellous!! Macam tengok persembahan Royal London Circus. Sebnarnya, selain Argentina, kawan pun sokong Belanda. Tapi, nak wat camne, walaupun Persie hebat, Robben gemilang, tetapi Belanda tetap kecundang di tangan Portugal dalam perlawanan yang sungguh tak best sebab refree dia macam ketua pengawas sekolah rendah yang perasan diri bagus macam cikgu disiplin. Arghh!! Dorang punya layangan kad-kad merah kuning tu macamlah dorang punya elaun akan bertambah dengan setiap kan yang dilayangkan. Tak menyempat nak layang kad. Adehh.. seb baik kad-kad tu tidak dibagi terus kepada pemain-pemain, kalau tak harus kena cetak dua tiga kali.
Tetapi, kawan lagi takleh terima kalau ade yang tanye kawan,
"Bila Netherland nak lawan Belanda?" Herkk.. Meh sini kawan sekeh pale..

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dah puas sepak-sepak bola. Rase nak try makan bola pulak. Musti sedap bola mahal ni.

Photobucket - Video and Image Hosting
Semalam pak cik makan tomyam. Pak cik dah pesan awal-awal jangan taruk sotong, sebab pak cik ade alergik sotong. Sekarang, dah tak pasal-pasal pak cik gatal-gatal pale. Camne nak jage gol ni?

Photobucket - Video and Image Hosting
Okeh. Hari ni kita nak buat spot-cek bulu ketiak. Sape yang bulu ketiak belum cukur kena round padang 40 malam tanpa henti. So, semua bukak baju angkat tanggannnnnnnn!

Hari Sabtu lepas, Pok Teh kawan yang duduk betul-betul sebelah rumah kawan dah pindah rumah baru yang letaknya tak jauh dari rumah baru Kak Ti kawan. Rumah lame dia ni pulak bakal didiami oleh anak sedara Pok Teh merangkap sepupu kawan yang bernama Kak Za nih. So, hari Sabtu tu ade majlis naik rumah baru di rumah baru Kak Za dan malam esoknya di rumah baru Pok Teh. Lepas ni *tatau lagi bila..* Kak Ti kawan pulak akan buat majlis naik rumah baru. Mesti korang blur bace sebab konpem tak paham sepatah haram benda hape yang kawan carut tu. Hak! Hak! Lantak korang la.. yang penting meh kita sama mengucapkan..

"Selamat Naik Rumah Baru Kepada Pok Teh dan Kak Za Serta Keluarga!!"

dan terutamanya juga, kepada kawan sendiri. Dengan ucapan..

"Taniahhh!! Anda telah berjaya menerima seorang jiran baru!!"

Hak! Hak! Matilah kawan kena kutuk sebab wish punya lah macam nak dapat anak baru.. Oh Yeah!!

Okehlah, esok-esok kawan royak-royak lagi.. ChawwwwXxX~~

notakaki::kawan terpakse rewrite entry ni sebab internet bengong ni buat hal

credits::
+Astro
+Yahoo!

4 comments:

Nashrex said...

bengang aku belanda kalah...
so aku harap netherland dan holland yg masuk final

WAKAKKAKAH

Kurt Kuden said...

di atas ialah contoh soalan yang tak wajar di tanyakan. Amik perhatian ye..

Kurt Kuden said...

betul tu.. tak afundi takpe.. kite bagi sokongan moral dah.. hak hak!! mesti die dapat rasa 'aura' kite..

Anonymous said...

Excellent, love it! chin liposuction charlotte nc Answering free funny machine allergy buyers club kansas lawyer vioxx151105 tiny teens big dicks side efffects lexapro Advertiser email list marketing http://www.evidence-for-mtbe-in-heating-oil.info/Carrental.html Zoloft detoxification Handmade stationery set Vardenafil products online Liposuction long island bsa camping ny