28 June 2006

Review Album :: Sheila On 7-5O7

Photobucket - Video and Image Hosting

Kalau tidak termasuk album 'The Best of..' dan Original Soundtrack, 5O7 adalah album ke-5 Sheila On 7. Kawan baca dekat cover album ni, tahun ni merupakan tahun ke 10 mereka dalam industri muzik, tapi first album dorang, Sheila On 7 terbit pada tahun 1999. Bende tu semua tak penting, yang penting Sheila On 7 telah banyak mempengaruhi hidup kawan. Kawan start kenal Sheila On 7 dengan lagu Sephia, album Kisah Klasik Untuk Masa Depan. Lepas tu, kawan start beli album dorang. Kawan pernah hilang album 07 Des, tapi kaset dia je la hilang, yang tinggal cover je. Kawan punya lah fanatik, kawan sanggup pegi beli sekali lagi album tu. Hehe.. Lantak korang aa nak cakap apa kawan ni. Kawan tak rasa sesal.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kawan beli album ni dekat Indonesia, sehari sebelum kawan balik Malaysia. Kawan dapat aje tau album ni dijual, kawan terus gi beli. First impression kawan kagum gak dengan keunikan cover dia kali ni, tapi kelemahan saiz kotak album yang segiempat tepat ni mungkin susah nak letak dalam rak cd. Dia punya kertas pun agak lumayan aa bermutu. Tebal. Tapi, kawan tak puas ati muke-muke personnel SO7 yang jambu. Nape aa muke dorang di'edit' sampai camtu skali. Ni album first dorang bersama drummer baru, Brian. Sekali tengok macam ahli kumpulan Peter Pan mamat ni. Dalam tu jugak ada gambar-gambar lama sepanjang perjalanan karier seni dorang. Gambar-gambar lama Anton dan Sakti pun ada. Bagi sape-sape yang beli CD mungkin dapat hadiah jersi kecik yang tertulis Sheila On 7 kat belakang yang digunakan untuk ditampal kat cermin2 kereta *haha! mampus tak tau apa name bende tu*.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sampai aje bilik, kawan terus pasang. Mule-mule kawan terkejut beruk gak sebab culture shock dengar lagu-lagu lam album ni. Lain gile dengan album-album lama. Dulu masa kawan dengar album Pejantan Tangguh *atau di Malaysia lebih dikenali Pria Terhebat*, kawan rasa album ni agak lain dari album-album SO7 yang lain. Tapi, kali ni lagi lain. Banyak new wave dan tempo ballad agak terasa dalam album ni berbanding album terdahulu yang lebih progressive dan brit serta punk. Kawan bajet album baru ni mengekalkan rentak-rentak macam dahulu. Mula-mula kawan agak susah nak terima album ni sebab bukan seperti mendengar SO7, tapi bila dengar-dengar betul, baru kita perasan gesekan string Eross yang jadi trademark lagu-lagu SO7 sebelum ni masih terasa dan wujud. Itulah yang membedakan Sheila On 7 dengan band-band Indonesia yang lain.

Intro (0:26)
- Kawan respek sebab kawan rasa menarik walaupun pendek.

Radio (3:29) Song & Lyrics :: Eross Candra
- First track dah lain gila. Pernah dengar lagu 'Hanya Di Radio' dari Headwind? Tapi jangan bimbang, sebab tak sama langsung dengan lagu tu. Groovy dan new wave jelas terasa dalam lagu ni. Kawan rasa lagu ni jugak terasa sangat old school. Tema lagu ni macam luahan rasa cowok kepada cewek melalui radio. Ha, yang paling pelik, lagu ni ada sikit dance. Tak macam lagu SO7 yang lain. Percubaan yang menarik dan kawan suka.

Mantan Kekasih (4:35) Song & Lyrics :: Eross Candra
- Kelebihan lagu ni ialah vokal Duta yang sempoi dan melankolik so sesuai sangatlah kalau nyanyi lagu tempo ballad macam ni, sebagaimana kawan enjoy Berhenti Berharap. Tema yang agak klise, tapi di tangan Eross lirik lagu ni lebih straight to the point dan best. Bercerita tentang bercinta sekerat jalan. Nama pun Mantan Kekasih yang bererti bekas kekasih atau ex-girlfriend.

Ingin Pulang (3:34) Song & Lyrics :: Adam M. Subarkah
- Intro rasa macam 'Like Toy Soldiers' dari Eminem dan 'The World's Greatest' dari R. Kelly. Tapi, Adam buat lain memang khusus untuk SO7. Sebnarnya, ni pun salah satu track feveret kawan dalam album ni. Kawan cek dari maklumat yang boleh caye, ni lagu di buat mase tour dorang, yang bercerita perasaan homesick nak balik rumah. Adehhh.. poyo aa dorang nih.. Tu pun nak homesick ke? Kawan pun konpius, ni homesick nak jumpa mak bapak ke nak jumpe bini? Lantak ko lah Adam..

Waktu-waktu seperti ini, Di dalam selimut, harapkan mimpi, Bayangan pulang, tuk segera, Berjumpa denganmu, Ku ingin kau tahu, Ku bergetar merindukanmu, Hingga pagi menjelang.

Kau Kini Ada (4:10) Song & Lyrics :: Akhdiyat Duta Modjo
- Duta kalau buat lagu takde lah gempak mana. Biasa je. Tapi lagu Duta kali ni bolehlah. Mood ceria. Lirik lagu yang panjang berjela ni diskas tentang seorang cowok meluahkan kegembiraan sebab dah dapat pasangan baru yang menjaga hidupnya dengan penuh kasih sayang dan menjadikan hidupnya sangat bermakna. Sampaikan rumput-rumput atas padang pun kena tempias, kalau tak caya bace lirik lagu ni..

Rumput tak berdesah Tunduk tak bergoyang Menanti sentuhan

Bukan rumput je.. daun-daun ngan burung-burung pun jadi mangsa

Daun tak bergerak Sang burung terdiam Menanti senyuman

Pemenang (3:27) Song & Lyrics :: Sheila On 7
- Baru kawan tahu, ni rupenya lagu besempena Piala Dunia Jerman 2006. Kawan mase dengar mule-mule dulu, ingatkan lagu motivasi biasa macam lagu Jalan Terus yang album terdahulu. Patutlah kawan rasa tema lagu ni lebih universal dari seperti biasa. Kawan tak tahu Sheila On 7 tuju lagu ni kat negara mane, tapi kawan ingat nak tuju lagu ni dekat Argentina aa.. Matilah Saviola dan Messi nak belajar bahasa Indonesia nak paham lirik lagu ni. Hehehe.. Bercakap soal lagu, lagu ni agak laju dari lagu lain. Ade sikit elemen punk. Kawan terpikir, kalau Anton yang ketuk dram-dram ni, mungkinkah lagu ni akan rasa lagi best?

Bingkisan Tuhan (3:40) Song & Lyrics :: Adam M. Subarkah
- Lagu ni sedap jugak. Ade orang cakap irama new wave-dance-punk tapi kawan rasa aroma punk lagi rasa walaupun masih lite. Tapi, bila di pertengahan lagu, baru kawan akui wujudnya new-wave. Adam adalah bassist dalam band ni, makanya bass Adam amat terasa. Kategori lagu ni masih lagi lain dari persembahan SO7 sebelum ni, jadi kawan tak tahu Sheilagank yang lain bagaimana. Peribadi kawan tidak terlalu suka dan tidak terlalu tak suka. Lirik biasa tentang cinta biasa. Bosan aah!

Terlalu Singkat (3:33) Song & Lyrics :: Eross Candra
- Eross ialah nadi Sheila On 7, jadi kawan rasa lagu ciptaannya yang menjadikan Sheila On 7 hidup. Lagu ni tentang hidup yang terlalu singkat, maka mencobalah untok bercinta. Aduii! Kena ke? Tapi, takpe paling tidak, filosopi cinta dalam lirik album Sheila lebih ada variasi. Intro lagu dengan permainan dram dan keseluruhan lagu dengan permainan piano yang nakal, menjadikan lagu ni sedap dilayan. Hehe..

Terjamah Yang Lain (4:43)
Song & Lyrics :: Eross Candra
- Sape yang minat Berhenti Berharap dan Waktu Yang Tepat Untuk Berpisah, baik dengar lagu ni. Kawan secara peribadi lagi gemar lagu ni. Lagu ni bermain dengan emosi yang penuh harapan, pedih, sakit dan kecewa pada insan bernama Disya.

My Dear Dishya, apa yang kau dengar Saat angin menyentuh hatimu.

Paling menambahkan perasaan pada lagu ni ialah arrangementnya yang meruntun diiringi flute dan petikan gitar serta string yang sayu. Kawan kagum dengan penulisan lirik Sheila On 7 yang makin dewasa.

Cahaya Terang (3:22) Song & Lyrics :: Saktia Ari Seno
- Walaupun Sakti dah takde, dia masih sempat menyumbangkan lagu Cahaya Terang. Masih ingat Kita dan Dan? Lagu ni terasa sangat seperti mendengar album-album awal SO7, tetapi tidak menjadikan album ini kebelakang. Sakti berenti sebab untuk mengabdikan diri dalam bidang-bidang agama, maka penulisan lirik kali ni lebih menceritakan pengalaman Sakti sendiri setelah menemui perkara 'baru' dalam hidupnya. Maka, lirik ini lebih kepada bercerita kepada teman-temannya dan alasan kenapa dia berundur dari SO7. Lagu ni ringkas je.

Last Pretence (4:08) Song & Lyrics :: Eross Candra
- Lagu dan lirik yang sederhana tapi bererti. Kawan tak faham lagu ni untuk siapa, adakah untuk peminat atau untuk personnel Sheila yang telah berundur, Sakti dan Anton? Tapi, kawan senang mendengar lagu ni yang juga seperti mengingatkan kita pada lagu-lagu hits SO7 yang lain. Kawan enjoy lagu ni sebagaimana kawan enjoy dengar Tunjukkan Padaku dari album 07 Des. Puas hati sebab album kali ni ditutup dengan lagu Last Pretence.

Keseluruhan, kawan rasa masih tidak berani untuk mengatakan ini adalah album terbaik Sheila On 7, sebab kawan masih lagi suka mendengar album Kisah Klasik Untuk Masa Depan, sebab albumnya lebih soul dan jujur. Tetapi, kawan berani mengatakan Sheila On 7 sudah dewasa dan wajar bereksperimentasi dengan pelbagai genre music. Untuk semua Sheilagank, kalian harus dapatkan album ini, dan untuk peminat lagu Indonesia, korang harus mencuba mendengar 5O7.

Jadi nikmatilah musik Sheila On 7, tanpa harus selalu melihat siapa yang memainkan...

Carta Kawan suke
1. Terjamah Yang Lain
2. Terlalu Singkat
3. Last Pretence
4. Radio
5. Mantan Kekasih
6. Pemenang
7. Ingin Pulang
8. Kau Kini Ada
9. Bingkisan Tuhan
10. Cahaya Terang

credits::
+Sheila On 7

16 comments:

ikoko said...

uwaaa .. nak beli jugak.. nak beli jugak~~

KudeN said...

hehe.. beli la.. tunggu apo lagii..

NaSh said...

AKU NAK BELI!!!! AKU DR DULU LAYAN SO7!!!

*tringat awek lama.. muahhaa

KudeN said...

haha! jiwangg nash.. tu pngakuan ko nash, harus kena serang balik di awek ko yg skang sbb ko teringat ke awek lame.. hehe

NaSh said...

akhirnya aku dapat dgr.. disebabkan jimat duit, aku donlod intenet je.. muahahhaa

Fird said...

kuden bakpe dok kaboo org baru nok suruh beli huhu

KudeN said...

nash, hehehe..ko mmg ekonomi betul aa.. seb baik bukan album aku..

fird, ala.. tatauuuuu... adehh.. takpe.. msti nnti kuar msia.. tpkan, msia suka edit lagu indon.. e.g - pejantan tangguh jadi pria terhebat..
oh celaka dlm lagu seberapa pantas jadi oh sayangnya.. mmm... arap2 album ni takde yg diedit aa

Zul said...

kawan.. boleh tak masukkan lirik2 lagu so7 dalam blog kawan ni?? sy minat semua lagu2 baru nih.. sedap dari album2 sebelumnya.. tolong ya..

KudeN said...

okESS!! nanti kawan masukkan..

Anonymous said...

hye..
aku dpt pegi back stage concert so7..
-uzairshiela-

Anonymous said...

the best so7 album ever. Heavy sikit ler...

opot said...

blogmaster! sdg sibuk mencari lirik lagu 5o7 sbb xde duit nak beli cd die, terjumpe blog ni.. complete ngan review skali 4 each songs... pergh! mmg besh bace.. sbg pendengar setia dari album 1st, kite menua bersama so7..x kesah pe org lain kate bout so7 yg losing its grip,i personally think so7 band paling honest dalam buat muzik wpun sy xtau satu hapak psl arrangement,bass, whatever2.. keep up! the good work,i mean!it worth the effort..

KudeN said...

uzairsheila, wooo.. jeles weh!!

anonymous, ok.. i do agree except for the best.. hehe.. tp, aku suke u like it!

opot, yeargh!! so7 bercerita BANYAK bende!!

Anonymous said...

Excellent, love it! First healthlife & health insurance company Air purifier by whirlpool life wise health plan of oregon http://www.wiring-diagram-for-a-1999-mazda-626.info http://www.price-30-protonix-40mg.info/bipolar-disorder-and-lamictal.html credit reports california internet marketing orange county choppers eyewear Body building message board gay buff index us tennis stadium honoree Novelty computer speakers Associated health plans ahp http://www.medical-insurance-payment-personal-injury-insurance.info/Insurance-malpractice-medical-pool.html

Anonymous said...

What a great site here

NKxvii said...

"untaian rasa yg ku selitkan
semoga mmpu utk meluluhkan
hati pemilik senyum itu..."

terlalu singkat paling besssh!!
plus bg ak lagu ni cm secret admirer yg hensem nak kat 1pmpn cntik ni tp die xsure pmpn tu akan respon die ke x
eh2 mcm cite ko n kairina ek
tp ko telah direject
wahahahahaaa