30 June 2006

Permainan Klasik Untuk Masa Depan, Sapa Yang Akan Tersingkir?

Makluman::ini ulasan dari orang kaki bangku, maka jangan ambik kisah sangat.

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
Who Will Win? *macam pertandingan nyanyi Ntv 7*

Perlawanan yang kawan tunggu. Perlawanan yang akan jadi suatu perlawanan yang dramatik. Gergasi bola sepak yang berada pada tahap yang tersendiri bakal berlangsung malam ini di Stadium Olympiasstadion, Berlin dan akan di adili oleh Michel Lubos yang kawan harap mengadilkan perlawanan ini tak macam FRU nak tenangkan rusuhan. Perlawanan yang akan menyaksikan gerakan cantik Jerman yang bakal berjersi putih dan Argentina yang gemar melakukan hantaran jarak dekat dengan berjersi biru. Kombinasi warna yang membosankan putih, biru muda dan hijau (warna padang rumput). Hehehe..

Photobucket - Video and Image Hosting
muke kecewa yang kita semua bakal saksikan..

Kawan akan bias membuat ramalam kali ni sebab kawan penyokong tegar Argentina. Kawan akan mengatakan Argentina akan menang walaupun kawan terpaksa mengakui kekebalan Lehmann di gawang Jerman dan rentak permainan Ballack yang agak brilliant. Malah tenaga orang muda di bahagian pertahanan Jerman jugak menyerlah, Per dan Cristoph Metzelder. Kawan tanak puji lebih-lebih Jerman lagi untuk menyeimbangkan ulasan kawan yang merapu tah papa ni. Noktah.

Kawan nantikan permainan cemerlang Argentina. Kawan menantikan hasil seni gerakan agung yang bakal dipersembahkan oleh Riquelme dan konco-konconya. Kawan juga menantikan detik-detik Crespo dan Rodriguez mengecewakan Miroslav Klose untuk merebut kasut emas Piala Dunia kali ni. Kawan juga tak sabar menyaksikan tempo gerakan Argentina yang sentiasa berubah-ubah. Kawan teruja.. kita sama-sama saksikan.. dengan debar dan khusyuk

Kepada semua peminat Argentina, bolehlah teruskan mengundi Argentina dengan menaip AfundiArgentina dan hantarkan ke 32999. *matilah Astro konpius nak kira undian AF4*

dan kepada semua peminat Jerman, bolehlah teruskan tidur sebab Jerman tak akan menang, buat penat korang aje stay up. Kah! Kah! Kah! *gelak jahat*

By the way...

kelebihan Jerman...

Photobucket - Video and Image Hosting
bermain tempat sendiri, maka sokongan peminat tanah air yang luar biasa bakal mejana semangat juang Jerman yang akan luar biasa.. konon patriotik aa..

dan, kelebihan Argentina..

Photobucket - Video and Image Hosting
peminat Argentina lagi gempak.. Maradona sendiri yang datang.. Hak! Hak!

Photobucket - Video and Image Hosting
kalau menang, anda dapat saksikan persembahan Royal London Circus dari Rodriguez. Jerman takde kelebihan dari segi ni..

verdik kawan::Argentina (2) - Jerman (1)
Argentina - Crespo dan Tevez
Jerman - Ballack

credits::
+Yahoo!

notakakibangku::
Jangan terpengaruh dengan ulasan kawan yang tiada asas langsung dalam sukan bola sepak. Tetapi ini blog kawan, maka suka ati pale otak aku nak ulas apa walaupun ulasan ini agak busuk. *inilah akibat bila orang bukan ahlinya menulis...*

5 comments:

nile said...

saya target faizal yang menang!!! hahaha.... kalau afundi la..


utk bola lak... germany.. apa2 pon germany... germany ada kelebihan dari segi tuan umah.. bukan setakat tu je... dia jugak ada ballack yang hensem tu..

*ni pendapat dari girl yang mmg kaki bangku gak... minat bola.. tapi kenal player yang glamer2 je..n hensem2... hehehe

KudeN said...

adehh.. nile nih.. tgk main bola dgn kaki aa.. bukan muke.. hehe..
tapi takpe.. teruskan lah dgn impian kosong nak tgk jerman menang.. hak hak!!
ecop, ballack ensem eh? tatau lak..
faizal menang? haha!! berehh... sokong org kampung wehh!! haha! lari dari topik la pulak.. ni entry bola aaa heheh

NaSh said...

ballack ensem? apa laaa...
ensem lagi podolski..

KudeN said...

mane ade player ensem dalam jerman dgn argentina.. tak paham aku ngan korang..
kite tgk muvi ke tgk bola?

Anonymous said...

best regards, nice info Online banner advertising uk Blackberry start cingular Hawaii timeshare resale Orchard bank secured card Photo sensor motion detector alarm system dental product Replacement of 89 cabriolet convertible top