01 July 2006

Entry Paling Sedih Dalam Dunia (18SX)

Sedih..
Sedih..
Sedih..
Sedih bangat..

Kawan nak cakap apa lagi. Argentina dah kalah dengan Jerman dalam penalty shoot-out. 4-2. Bila dah nak main penalty, kawan dah agak, Argentina akan balik kampung tanam jagung. Huwaaa!! Lehmann terlalu hebat aa jaga goal. Lain kali ko boleh keje jaga kedai emas la Lehmann. Mesti takde pencuri masuk. Kawan sedikit tak puas hati dengan Argentina. Lepas Ayala sumbat gol, Argentina dah main bertahan. Mase Klose buat gol penyamaan, kawan rasa defender Argentina buat bodoh je tengok Klose tanduk bola. Takpe.. kawan tak marah sangat. Tapi, kawan jadi betul-betul bengang bila switch kan Riquelme dan Crespo. Huwaaa!!! Pekerman dah jadi sewel. Kawan tak kesah nak keluarkan 2 orang tu, tapi nape kena masukkan Cruz? Kenape Cambiasso? Kenape tak masukkan Aimar ke.. Saviola ke.. Messi ke.. Kuden ke.. *Oppss!! Tersilap name.. Hihi! Larikk!!* Kalau tak, mesti mase penalty lagi best. Hmm.. benda dah berlaku. Kita nak buat camne kan. Tuhan Maha Adil.

Kawan profesional. Maka, kawan respek kemenangan Jerman. Kawan kagum semangat juang Jerman. Kawan kagum dengan Lehmann dan Ballack. Kawan rasa mereka layak. Huwaaaa!!! Kawan dah tak sanggup merapu lagik!

Photobucket - Video and Image Hosting
berat bahu memikul, berat lagi mata kawan memandang.. sob..sob..*Ecop, apsal rase cm terbalik? Lari!!*

Photobucket - Video and Image Hosting
Huwaaa!! Kawan tak leh tengok aksi ni!!

Belanda
dah tewas, Argentina pulak kecundang. Kawan dah takde feveret team. Maka, kawan dengan rasminya isytiharkan England dengan Jerman jadi pilihan kawan. Walaupun hati berat nak menduakan Argentina. Huwaaaa!! Kawan tak sanggup teruskann tuliss..

Kawan nak tenangkan fikiran. Kawan takleh tido. Kawan tukar stesen tivi. Kawan nak tengok Spongebob Squarepants. Huwaaa!! Kawan tawa dalam tangiss..

Photobucket - Video and Image Hosting
Cepat Spongebob ngan Patrick.. hiburkan hati duka aku!!!! Kang aku banje ABC 50 sen.. Huwaa!!

Aku pulang, tanpa dendam

Ku terima kekalahanku
Aku pulang, tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu... Berhenti Berharap, Sheila On 7

notakaki::
Go Italy!!

4 comments:

mohdismail said...

ko sokong italy tuk aklahkan german ye..hehe..
aku folow welkap kali ni..tapi aku tak rasa pon nak sokong mane2..melihat seorang pemain menjaringkan gol itu lebih best dari menyokong mane2 team..kalo team kita kalah,merana beb..haha..
GOALLLLLLLL!!!

KudeN said...

betul tu.. kite kena jadi neutral.. dan nikmati bola sepak dengan rasa suci.... Wargggghh!! Nape Argetina kalohh!!

NaSh said...

ahahaha.. team peberet aku smua da kalah!!

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »