13 July 2006

Bahana Rambutan

The Rambutan (Nephelium lappaceum) is a medium-sized tropical tree in the family Sapindaceae, native to southeast Asia, and the fruit of this tree. It is believed to be native to the Malay Archipelago although its precise natural distribution is unknown. It is closely related to several other edible tropical fruits including the Lychee, Longan and Mamoncillo.

Amacam intro kawan? Gempak ak..? Hari ini entry kawan berkisar tentang rambutan. Buah yang spera, ada bulu-bulu dan isi putih tapi rasa manis. Datang dengan pelbagai warna, bentuk dan harga. Kawan rasa lah kan, walaupun buah kegemaran korang bukan rambutan, musti korang senang dengan rambutan. Bila dihidang, korang tetap mentekedarah kan? kan? Tapi takpelah, kawan tak heran, sebab kawan pun bukan peminat rambutan. Tepi rumah kawan ada 3 pohon rambutan. Tapi kali ni, 2 daripadanya saje yang berbuah, tu pun tak meriah mane. Yang sekkor lagi jadi macam pokok perhiasan saje. Buat sampah ade la. Mau taknya, daun-daun kering tu lah yang jadi penyumbang sampah sarap rumah kawan yang sedia ada tak berapa nak cantik+bersih ni. Eehh.. terkutuk rumah sendiri la pulak..

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni rambutan putik bukan rambutan masak. Kalau korang gigit, korang rase lain macam dalam mulut, rase yang kawan tak reti nak describe.

Rambutan rumah kawan, kalau orang sini cakap ni rambutan kerok nyor (Kerak Nyiur), tapi taktau la kalau pokok ni masuk KL orang sane panggil rambutan ape. Rasanye? Hmm.. bak orang Terengganu kate, rasenye manis lettingg *manis gilerrrr..*.. Isi tebal dan tak melekat pada biji. Saiz buahnya yang agak besar, kadang-kadang makan 5, 6 biji dah boleh kenyang satu hari *Exaggerate ni..* tu tak makan sekilo. Kalau makan sekilo, harus kawan obesiti *melampau aku exaggerate..*.

Photobucket - Video and Image Hosting
Siket lagi nak masak.. siket lagi nak masak.. tapi bagi kawan ni la yang best. Tak nak terlebih masak..

Famili Rambutan
Selaku blog yang informative, kawan nak selitkan jugak salasilah rambutan ni. Ape, korang ingat orang saje ade salasilah? Inikan Orang Utan dekat Sepilok ade salasilah, rambutan pun ade keturunan tau.. Meh kite same-same buat spotcek ape salasilah makhluk berbulu nih..

Kingdom-Plantae
Division-Magnoliophyta
Class-Magnoliopsida
Order-Sapindales
Family-Sapindaceae
Genus-Nephelium
Species-N.Lappaceum

Korang jangan bace saje. Nanti lepas abih bace, hafal tau. Pasni kawan nak buat kuiz sms. Kalau korang dapat jawab, kawan kasi pakej 3 hari 2 malam menginap atas pokok rambutan kawan sambil makan segala rambutan sebanyak mana korang mahu. Lumayan kan?

Photobucket - Video and Image Hosting
ni dah masak ranum.. jangan biar lame, nanti kalau dah lebu tak sedap.

Rambutan Feveret
Peribadi, rambutan kerok nyor ni bukan lah jenis rambutan kegemaran kawan. Kawan suka rambutan gading. Rumah makcik-makcik dan pakcik-pakcik kawan ramai yang ade rambutan jenama tu. Kawan ketagih sangat rambutan gading. Kepada mereka yang tak kenal yang mane satu rambutan gading, rambutan gading ialah rambutan yang bulat comel, tak segedabak besar macam rambutan kerok nyor dan paling ketara warna kulit dia kuning. Kulit dia lak tak setebal rambutan kerok nyor. Isi dia manis, juicy dan sedap. Kadang-kadang ade jugak jenis rambutan yang isi dia melekat pada biji. Yang tu kawan tak gemar. Kalau rambutan kerok nyor ni yang paling ketara, buah dia tak sejuicy rambutan gading. Kering kontang. Setitis air pun tak kuar. Normal la kan, musti la kite suke yang juicy-juicy, berair-air sket kan.. Yang kering kontang mane layannnn...

Photobucket - Video and Image Hosting
Kerengga sewel yang sempat serang aku mase amik gambar..

Panjat pokok rambutan?
Panjat pokok rambutan? Korang gile ke hape? Pokok rambutan rumah kawan takde aa tinggi mane. Dahan dia tak de aa sebesar mane. Agaknya sekali kawan naik, terus lenyap pokok rambutan runtuh ke bumi. Mampus kawan kena parang dengan bapak. Korang ape tahu. Lagi busuk, kerengga-kerengga banyak benar atas-atas pokok ni. Sekali terpanjat, memang kawan boleh maut la. Kawan pun kagum, macamane laa ayam-ayam bole tidur atas pokok rambutan tu. Diorang ni tak kena gigit ke?

Photobucket - Video and Image Hosting
busuk betul teknik aku amik gambar.. kawan sbnarnya nak tunjuk pokok rambutan tu secara keseluruhan.. tapi takpe lah.. layan je laa..

Rambutan dan isu semasa

Rambutan-rambutan ni jugak, kawan rasa dah maju. Dah boleh setaraf macam strawberry, rasberry, blueberry, kiwi, etc. Dah boleh jadi bahan utama kalau nak buat kek. Cuma masalahnya, rakyat kita saje yang mengada-ngada tanak guna rambutan sebagai bahan utama dalam nak buat kek dan pastri. Konon tak glamer la.. tak komersial la.. Keji r. Apa salahnya kalau jual kek rambutan, pai rambutan, muffin rambutan ke.. Comel ape? Kawan rasa boleh produk-produk macam ni mampu laku diperingkat global. Dan, tentunya boleh menjana ekonomi dan industri pertanian negara yang kononnya kerajaan mahu mengembalikan kerpekasaan sektor pertanian. Inilah masanya. Kita terokai apa yang selama ini kita selalu jumpa dan tak sedar kepentingannya. Seperti masalah peruncit negara yang enggan menjual gula kerana menunggu harga gula naik, kita jangan layan mereka. Kita boikot gula! Sekarang kita buat air ke.. buat kek ke.. buat kuih ke.. jangan pakai gula. Kita pakai rambutan. Rambutan kan manis gak. Lagi manis dari gula. Tambahan pula, kaya dengan pelbagai mineral dan zat-zat penting. Korang jangan ingat kawan buat cadangan bodoh, sebab ni cadangan Chef Wan yang menyarankan penggunaan buah-buahan menggantikan gula dalam masakan. Kalau korang rase ni cadangan bodoh, jangan salahkan kawan. Salahkan pihak pencadang *Lari!!*

Cara nak makan rambutan
Kawan pun takdelah arif sangat bab-bab camne nak tanam rambutan. Jadi, kawan takboleh lah nak cerita. Cara nak makan rambutan tu kawan boleh lah ajar.

1. Cara Rakus
Kalau kawan, kawan suka cara rakus. Iaitu, bukak rambutan pakai gigi. Macam monster aa.. tapi hati-hati sket, kalau ye pun nak tunjuk ganas, korang cek dulu, keadaan luar rambutan tu, mane tahu ade taik ayam punai. Kalau dah terlanjur gigit, korang tanggung a sendiri. Jangan cakap kawan ajar lak.

2. Cara Macho
Cara yang seterusnya ialah cara macho. Iaitu, bukak rambutan pakai tangan. Dulu-dulu mase mula-mula belajar pakai tangan, kawan suke sangat bukak rambutan pakai tangan. Konon tough aa.. Tapi, kawan dah berenti cara tu, sebab kawan malas. Lagi hensem pakai gigi. Kalau arwah nenek kawan, kalau nak lagi senang bukak rambutan pakai tangan, tumbuk dulu rambutan dengan telapak tangan sekuat hati. Lepas tu baru bukak. Ni panduan untuk kanak-kanak atau orang memang takde tenaga nak pulas rambutan. Ataupun untuk, korang yang memang jaga tapak tangan dari kasar.

3. Cara Mengada-ngada
Cara yang terakhir yang boleh dipraktikkan ialah cara mengada-mengada. Iaitu, kopek rambutan pakai pisau. Ni memang mengada-ngada tahap taik. Ko ingat makan epal ke hape? Cara ini akan bertambah jijik kalau makan rambutan pakai garpu. Memang layak kene kentut orang macam ni.

Tadi tu ialah antara cara-cara yang sering dan pernah wujud dalam aktiviti nak makan rambutan, mungkin cara alternatif boleh jugak digunakan seperti cara simpati. Iaitu suruh member kita kopekkan untuk kita.

Sekian saje lah sedikit sebanyak pasal rambutan yang kawan tahu dan boleh dikongsi bersama berkenaan dengan rambutan. Jadi lepas ni, korang boleh lah mencoba dengan sendiri rambutan-rambutan yang berhampiran. Jangan lepaskan peluang ni sebab musim rambutan bukan selalu. Tapi, kalau korang terlepas pun, korang janganlah susah ati sebabnya rambutan siam berlambak sekarang. Sepanjang tahun rambutan Siam berbuah. Occay?!

Laporan Hospital Attachment

Kawan tatau relevan ke tak kawan cite pasal ni dalam blog kawan. Tapi kawan rasa budak-budak first year batch kawan boleh la membaca, senior-senior janganlah membaca, apatah lagi doktor-doktor yang sedang berkhidmat. Rendah diri lah pulak kawan rasa. Ye lah sebab kawan pergi sekadar attachment, dan didedahkan dengan karier kedoktoran. Jadi janganlah aspect lebih dari attachment kawan ni.

Kawan pergi seminggu saje. Sepatutnya 2 minggu, tapi sebab kawan ikut program ni pun ikut senior 3rd year kawan, Kak Nor. Kebetulan, Kak Nor tak dapat menghabiskan program ni, kawan pun terpaksa lah sekadar berpuas hati dengan seminggu saja

Kitorang masuk wad 7C, wad perubatan a.k.a wad penyakit dalam. Wad ni semua laki2, tapi kebanyakannya pokcik-pokcik. Alahh.. biasala.. penyakit kencing manis, stroke, darah tinggi tu kan penyakit yang biasanya berisiko tinggi pada mereka yang berusia. Waktu attachment, kawan didedahkan camne nak tulis medical report, dan camne nak prescribe ubat. Kawan rasa penyakit yang common, penyakit diabetes dan Acute Myocardial Infarction. Specialist yang guide kitorang kasi kitorang homework. Dia suruh kitorang cari camne nak diagnose DM, AMI dan TB. At least, kawan rasa kawan dapat gak info.

Time Osce, kita kan belajar interpersonal comm., camne nak buat vital sign, aseptic techninque, IV etc.. kawan rase semua tu guna dalam kerja sebagai doktor. Kawan nak stress kat sini. Benda-benda OSce PENTING! Terutama mase nak buat history taking. Penting gile cara kita nak berkomunikasi dengan patient. Sembang dengan patient tak same dengan sembang dengan member, lecturer, senior, polis, wartawan dan sape2.. Macam-macam kita kene tanye. Oh ya, kawan sempat jugak tengok macamne nak buat Peritoneal Dialysis, pleural tapping etc. Dapat gak tengok real cases. Kawan kan first year, jadi doktor tak layan sangat dan memang tak kasi can kita pegang patient, melainkan vital sign. Nak buat IV lagi la tak layan. Sedih betul. Jadi, ada masa lapang, kawan dengan Kak Nor ni suke sembang-sembang dengan patients kat sini. Yang kelakar tahap ultramannya, dorang panggil kawan doktor. Adehhh.. terkulat-kulat perut kawan tahan malu dan kelakar. Patients ni semua friendly, dan bini-bini dorang yang jaga dorang pun sangat-sangat lah peramah. Kawan harap sangat dorang semua sembuh cepat. Sebab dorang sangatttttt baikkkkkkkk.. Yang paling mengujakan kawan, kawan tak sangka yang dalam satu wad tu ade patient HIV positif dan sebab tulah katil dorang jauh dari patient yang lain. Padahal, hari-hari sebelum kawan tahu dorang ade HIV, kawan sembanglah jugak dengan dorang. Tak rase pun dorang ada AIDS. Kawan cite ni bukan nak diskriminasi, tapi kawan nak stresskan bahawa orang HIV pun sama macam patient lain. Occay!!? Lepas tu, kawan dapat gak tengok orang Stephen Johnson Syndrome, yang disebabkan allergic. Uiskk.. Sedih sangat tengok Pok Cik ni.. Kawan nak cite pun tak muat tau.

Walaupun cuma seminggu, kawan rasa yang paling berharga ialah pengalaman. Kawan dulu komplen kenapa kena belajar management, public health bla bla bla rupe-rupenya, kita dapat tengok betapa pentingnya mende-mende ni. Memang ada ketidaksefahaman antara doktor-staff, doktor-patient dan paling ketara doktor-doktor. Apatah lagi ethics, sangat-sangat perlu dalam menjadi pengamal perubatan. Mase last day, kawan saksikan sendiri, macamane doktor-doktor, nurses, dan semua bertungkus-lumus menyelamatkan seorang patient diabetis yang collapse. Mase ni la dorang apply CPR dan inject adrenalin etc. Tapi, Allah lebih menyayangi patient tu. Patient tu pergi buat selama-lamanya. Masa nilah kawan dapat saksikan macamna doktor delivered the bad news kepada wife dia. Sedih.. tapi tulah tanggungjawab sebenarnya. Sebenarnya banyak yang kawan nak cerita tapi tak tahu nak cerita macamana lagi. Konklusinya, walaupun kawan first year, banyak benda lagi yang belum belajar, tapi kawan rasa ni lah peluang kawan untuk kenal karier doktor dan kutip pengalaman. Walaupun masih jauh nak bergelar seorang doktor, tapi kawan akan ambik pengalaman ni sebagai kekuatan kepada kawan untuk belajar lebih kuat. Chayyok Kuden!!

credits::
+Wikipedia
+Hospital K Terengganu
+Dr Razin, Dr. Halwa, Dr Syed, Dr. Wan. Dr Fazilah dan Dr. Aznira
+Sister, staffnurses dan pelatih
+penghuni Wad 7C
+Kak Nor

notakaki::kawan akan bercuti dari blog seketika sebab nak gi beli buku kat KL. Sape-sape yang kawan janji nak jumpa, kite berjumpa ehhh... Tunggu daku k..

5 comments:

Nashrex said...

citer pasal cara2 nak makan rambutan tu menimbulkan rasa ketawa yg extra terbahak2 kat aku.. siot ar!! tp serius.. ketiga2 cara tu aku pnah guna.. cuma bab makan pakai garfu tu, blom aku praktikkan lg.. muahahahhaa!!

*good entry!

Kurt Kuden said...

ko jgn praktikkan pulak nash pakai garpu.. aku memang anti! tak metrosexual lasung! neway.. thxx~

Anonymous said...

klakonye crite bakal doc ni, sakit perut akak. btw, akak suka rambutan,best.
mintak-minyak kuden tak jadi mcm doc yg slalu akak jumpe, sombong smacam. slalu dorang buat patient or sedara mare patient mcm tak tau pape.
akak dulu cite-cite nak jadi doc jugak, tapi mse matrik sedo takut cacing, so ingat nak jadi phd doc,tapi tak larat, takat master je, takpe.
anyway, akak doakan kuden berjaya, 6 years je ok, jgn sangkut pulak

Kurt Kuden said...

aminnn.. thanks kak... smoge masin mulut akak.. ni akak ros sarawak ke? Nape tak oyak name.. Okeh.. Take care tuk akak juge..

Unknown said...

Salam..sy nk tnye..blh x nk siket rambutan tu..nk buat anok pokok..rambutan kerok nyior..