11 July 2006

Forza Siput Babi!!

Tadik kawan kutip kayu-kayan yang bersepah tepi rumah dengan jiran baru kawan, Kak Za. Kayu yang dah buruk, tua, kena gigit anai-anai kawan campak dalam api. Yang elok, cun, comel lote, kawan susun balik bawah rumah Kak Za. Tengah duk bolak balik kayu-kayan, terserempak lah pulak kawan dekat menatang ni. Dah lame gila kawan tak jumpa menatang ni. Kalau sepuluh tahun lagi kawan tak jumpa menatang ni, harus kawan dah tak ingat nama dia. Kawan ingat dah pupus dalam senarai haiwan zaman sekarang. Mase kawan kecik kecik comel comel dulu, slalu sangat aniaya menatang ni. Sepak terajang pijak menatang tu. Tapi time tadi kawan terserempak dengan dia, kawan rasa geli geleman la pulak. Nak baling pun, ala-ala pejam mata. Hak hak! Baru masuk Indon, kawan dah kekwat. Tu tak masuk London lagi. ISk.. musti korang konpius menatang ape yang kawan merapu rapu ni. Sebelum kawan bagi tau nama menatang ni, kawan nak buat teka teki lu. Sape dapat jawab, kawan kasi remote control tivi umah kawan sebab kawan rasa mak bapak kawan dah tak sayang remote control tivi rumah kawan. Dah ada astro, kawan rasa remote tivi kawan dah jadi anak tiri. Nak on tivi pun tutup punat dekat tivi. Kawan rasa sebelum remote control tivi tu kawan jual ke barang elektronik terpakai baik kawan wat adiah teka teki kawan ni. Dapat gak pahala.

Mati lah kawan, explain pasal adiah terpakai teka teki saje dah berjela-jela punya panjang sampai lupa nak kasi tau teka-teki nya. Okeyh, teka-teki yang kawan gembar-gemburkan itu berbunyi

Menatang ape yang boleh bertelur dan beranak? Alaa.. kira 2 alam la ni..
Jawab.. jangan tak jawab..

.......
korang jawablah dalam ati...

Okey aa.. Jawapannya ialah..

Photobucket - Video and Image Hosting
Siput (bertelurr) Babi (beranak)

Hmm.. sape-sape rase jawapan dalam ati korang same dengan jawapan kawan kasi tu, bole la tuntut adiah remote control tivi tu dekat rumah kawan. Mintak ngan mak atau bapak kawan, kalau dorang nak kasi, dorang kasilah. Kalau dorang tak nak kasi, kawan tak leh buat ape-ape, dah die beli pakai pitis die, suke ati die la nak kasi ke tak. *matilah.. lawak bodoh tak jadi katenye..*

Seronok gak kawan jumpe menatang siput babi ni. Rase kembali ke zaman lampau pulak. Sebab, memang dah lame tak nampak. Bukan nak cakap kampung kawan dah maju, tapi kawan rasa dah lama benda ni tak wujud depan mata. Agaknya, cucu-cucu kawan terserempak tengah jalan benda ni harus ingat benda ni siput dalam laut. Malah, kes ini akan jadi parah kalau ada anak-anak kita yang baru masuk kelas fardu ain dan terpegang menatang siput babi ni meraung mintak di'sertu'kan atau ayat yang lebih mesra pengguna di'samak'kan dengan air tanah sebab siput BABI masuk dalam senarai najiz mughallazah katenye. Makanya, kawan rasa sekolah-sekolah atau tadika-tadika zaman sekarang mesti sekali skala dedahkan anak-anak kita dengan binatang-binatang macam ni. Agar anak-anak kita tak kena kejutan budaya *culture shock*. Siput babi sebenarnya seekor menatang yang indah, motif cengkerangnya yang unik dan penuh dengan misteri serta pergerakannya yang lemah gemalai seolah-olah menyerlahkan lagi kejujuran perwatakan siput babi ni *Matilah kawan kena kutuk di cikgu bahasa melayu..*. Kawan rasa siput babi sudah sampai masanya untuk dikomersialkan agar lebih dikenali di peringkat antarabangsa dan segala sumbangannya di hargai. Mungkin kita boleh ternaknya secara terbuka seperti gamat laut. *Gedebuk! Kawan terpaksa tumbuk diri sendiri sebab siput babi telah disenaraikan oleh syarikat rumpai sebagai salah satu haiwan perosak.*

Haha! Buruk aa entry kawan kali ni. Haaa.. Sebagaimana korang semua tahu, Piala Dunia 2006 telah pun berakhir. 32 negara berentap merebut gelaran juara dunia dan akhirnya pagi tadi, Italy telah mengukir namanya sendiri dibawah piala emas tu. Untuk yang kecundang, harus lah korang semua workhard lebih lagi dan buat strategi baru dalam mase 4 tahun ni. Kepada France, sudah tiba masanya korang terokai pemain-pemain muda negara. Kita tunggu dan lihat. Dan, di bawah ada senarai anugerah lain yang turut di anugerahkan sempena Piala Dunia 2006 ni. So, tunggu apa lagi? Check it out, babeh!!

Juara WC - Italy
Nombor 2 - France
Nombor 3 - Germany
Nombor 4 - Portugal (Aiyyark? No 4 pun nak bagitau ke?)
Adidas Golden Shoe - Miroslav Klose (Germany)
Lev Yanshin Award (Best Goalkeeper) - Buffon (Italy)
Golden Ball - Zinadine Zidane (France)
Silver Ball - Fabio Cannavaro (Italy)
Bronze Ball - Andrea Pirlo (Italy)
The Most Entertaining Award (Voted Yahoo!) - Portugal
Gillete Best Young Player - Lukas Podolski (Germany)
Fair Play Award - Brazil and Spain

Photobucket - Video and Image Hosting
Forza Italia!

Apa kawan mencarut agaknya kali ni? Takde motif langsung kawan punye entry. Kawan masih penasaran dengan siput babi. Ade sape-sape leh bantu kawan name saintifik siput babi ape? Hmm.. tak payah susah-susah, tolong je kawan cari name siput babi dalam bahasa inggeris. Ape mende aa? Takkan pig-snail kot? Foul sial English aku!

Kawan tak takdek idea nak ngarut. Kawan nak tengok Enemy Of The State pulak. Oh ya, kawan tak cite lagi kan apa nasib siput babi yang kawan jumpe tu kan? Siput babi tu telah selamat kawan campak masuk dalam api bersama-sama dengan kayu buruk. Siput babu dah jadi BBQ.. *Lari!! Tadi ayat kemain ayat pencinta alam*

credits::
+Yahoo!
+Siput Babi

notakaki::Kawan tak sengaja bakar siput babi!!!! Terbakarrrrr sebnarnyee..