13 August 2006

Hari 3

Hari 3
Tarikh::12 Ogos 2006(Sabtu)

Misi bermula jam 5 WIB. Berbasikal dan terus ke Pandega Mata. Memang kawasan yang makin jauh dari kampus UGM, tapi masih boleh dipertimbangkan. Atmosferanya mirip Pogung Baru. Mungkin kawan boleh puji, Pandega Mata lagi meriah. Beberapa penduduk Pandega Mata gotong-royong menggantungkan bendera-bendera mini Indonesia di sekitar rumah-rumah mereka. Untuk makluman, 17 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-61. Kemeriahan yang sudah boleh dirasakan. Kawan terus ronda-ronda sekitar Pandega Mata. Melepasi Gereja Kristen Jawa yang kawan sempat dengar muzik ritual Kristian yang memang 100 peratus Jawa dan juga hujung jalan di mana perlawanan bola tampar sedang diadakan. Kawan terus memerhati iklan-iklan rumah kontrakkan dan kost-kost. Kawan agak kecewa sebab banyak kost yang selesa tapi khusus pada perempuan. Sigh.

Kawan balik ke Pogung Baru. Kawan tak ke blok E, tapi kawan terus ke Blok C. Kawan cuba intai rumah kontrakkan yang pernah teman-teman kawan bincangkan. Rumah dua tingkat dan blok C23. Dan, memang rumah tu masih kosong untuk dikontrak. Kawan catit nombor telefon yang digantung depan rumah. Sudah hampir Maghrib, kawan nak balik bilik.

Malam di rumah makan Wida, kawan SMS pemilik rumah C23. Beberapa minit, kawan dapat balasan. Bilang ibu rumah kontrakkan, mereka berminat untuk sewakan kepada KELUARGA. Rumah itu ada 5 kamar tidur, 3 kamar mandi, 1 kamar tidur pembantu, 1 kamar mandi pembantu, 1 musolla, 1 garaj, 1 ruang makan dan 1 dapur. Harga per tahun 30juta rupiah.
Kawan rasa musolla dan kamar pembantu boleh digunakan jadi kamar tidur. Maka, semuanya 7 kamar tidur. Yang bagusnya, rumah ini well-furnished. Dan, harga rumah kalau tak dibahagi mengikut saiz bilik dan kemudahan bilik, sekepala Rp357ribu. Not bad.. Kawan balas kembali mesej ibu kost dan nyatakan bahawa kawan mahasiswa dan bukannya keluarga. Kawan juga harap harga rumah boleh dirunding lagi. Malangnya, tiada balasan atau mungkin ibu rumah kontrakkan memikirkan kawan bukan pelanggan diharap.

Ringkasan
Rumah Kontrak
Rumah Blok C23, Pogung Baru
7 bilik tidur
4 bilik mandi
1 dapur
harga-Rp30juta per tahun / Rp350ribu per bulan
-pemilik teragak-agak lah pulak...-

Misi hari 3 tamat

No comments: