05 September 2006

Hari 26 (Monday Blues)

Hari 26
Tarikh::4 September 2006 (Isnin)

Sebelum kawan kayuh keluar dari pintu pagar kost kawan pagi tadi, Mas Budi (penjaga kost kawan sekarang) panggil kawan. Dia tanya, betul kawan mahu pindah kost? Kawan terkejut dengan soalan Budi. Bagaimana Budi boleh tahu kawan mahu pindah sedangkan beberapa orang sahaja dalam kost kawan sekarang tahu kawan mahu pindah, dan kawan pun tidak menunjukkan sebarang reaksi terbuka untuk berpindah. Perkara bodoh pertama terbayang di fikiran kawan ialah, Budi adalah pengikut setia blog kawan yang sedang menghitung hari untuk Misi 30 Hari Mencari Kost ni selesai *hiks!* Ternyata anggapan kawan sekadar anggapan kosong semata-mata bila Mas Budi beritahu bagaimana dia tahu. Kawan tak kisah sebenarnya Budi tahu. Siapa-siapa nak beritahu pun kawan tak ralat. Sebab, memang betul kawan nak pindah. Namun, bila perbualan kurang 2 minit kami tu berlanjutan, kawan rasa misi kawan sekadar jadi pemenuh blog kawan sahaja. Kawan dah jangka perkara ini, dan kawan telah pun suarakan jangkaan kawan ni pada hari-hari sebelum ni bahawa walaupun kawan berjaya dapatkan kost tetapi tak semestinya kawan kena terus kena berpindah. Sebab, kawan sudah bayar kost ni sampai Januari, dobi sampai Oktober dan elektrik sampai September. Sebab, kawan tidak akan mendapat kembali wang 6 bulan pertama kost yang kawan bayar. Jadi, kawan bercadang, walaupun kawan masih berada di sini sampai Disember, kawan tidak akan bayar langsung harga elektrik. Sebab, kawan bercadang pindah pada bulan Januari. Maka, harga kost yang kawan sudah bayar pada bulan Januari akan diguna pakai untuk hutang elektrik kawan sebelumnya. Maka, kawan tak akan rugi apa-apa. Konklusinya, kawan akan berpindah pada Januari. Pindah rumah kontrakkan (rumah sewa) atau kost masih lagi tanda tanya. Yang penting, misi terkini kawan, kawan mahu pindah kost. Noktah.

Mungkin orang yang baca misi kawan, akan kata kawan buat misi sia-sia. Silakan mengata. Kawan sekali lagi tak ralat. Sebab, kawan dah jangka kawan tak akan pindah pada bulan Oktober kerana bayaran kost telah sempurna sampai bulan Januari. Kawan ulang, kawan dah bersedia perkara ini dan kawan telah suarakan dalam blog kawan pada hari-hari terdahulu. Semak kembali kalau masih tidak puas hati. Dan, yang paling penting, kawan mengharap kawan dapat jumpa kost tetapi kawan akur dengan apa-apa hasil misi kawan iaitu sama ada JUMPA atau TIDAK JUMPA. Kawan pun pernah cakap tentang ini. Jadi, kawan harap mereka yang nak mencerca di mulut atau di hati fikirlah dahulu. Kawan tak buat misi ini untuk suka-suka atau sia-sia. Kawan serius untuk dapatkan kost baru. Yang mengada-ngada mungkin cara kawan mencari iaitu dengan melancarkan misi dalam blog, tapi itu sekadar panduan kawan. Dibaca atau tidak, kawan tak paksa. Noktah!

Bahasa kawan agak tegang? Iya, memang tegang sebab kondisi fisiologi tubuh kawan pun agak tegang. Kawan dah jangka hari ni kawan akan demam sebab pagi semalam kawan kena tonsilitis. Penyakit yang sering kawan kena sejak kecil. Berdasarkan sejarah, kalau kawan paginya tonsilitis, kawan mesti akan demam. Kawan cuba mengelak demam dengan cepat-cepat dapatkan ubat (Benzydamine HCl) di farmasi. Memang tonsilitis kawan hilang, tetapi demam tetap datang. Maka, kawan agak kelabu asap dan pening lalat hari ini walaupun kawan cuba bertenaga. Petang, kawan sekali lagi ke farmasi untuk dapatkan ubat selsema, batuk dan sakit kepala. Jadi, jangan ada yang terkesan kalau membaca entry kawan kali ni, sebab kawan memang kurang stabil fizikal dan mental.

Kawan terserempak dengan Guna waktu pulang dari farmasi. Kawan ikut Guna ke F59 (kost teman-teman kawan). Kawan tak sangka kost mereka sangat bagus! Yang penting harga per bulan (termasuk elektrik dan dobi) lagi murah dari kost kawan sekarang. Kawan tak tahu semua tu. Dan, Jeremy cakap ada satu lagi kamar kosong. So, kawan senaraikan F59 adalah kost pilihan kawan sekarang. Kawan rasa kawan nak ulanglah ayat ni sebab kawan betul-betul terkesan sebab pandang enteng kost mereka sebelum ni sehinggalah kawan masuk sendiri dan tengok dengan mata kepala kawan sendiri. "Kawan tak tahu kost mereka sebest ni!"

Satu hal lagi, kawan hubungi kost E-50 untuk pastikan masih ada kamar kosong atau tidak. Jawab ibu kost, masih penuh. Kalau ada kosong, kawan akan terus dihubungi. (Harap-harap akan ada kosong lepas raya.)

Ringkasan
Pogung Baru, F59 - kurang Rp500k perbulan (termasuk elektrik dan dobi)
Pogung Baru, E50 - penuh (masih dalam senarai menunggu)

notakaki::Sayur tempe, sayur lodeh, Capek Deh!!!

2 comments:

Anonymous said...

x semestinya misi tu kena laksanakan on da spot..lgpun nk cari utk masa depan gak kan

lalala...
/* jgn berhenti berharap :p

Kurt Kuden said...

hehe.. thxx chii.. kuden takkan berhenti berharap...