06 September 2006

Hari 27

Hari 27
Tarikh::5 September 2006 (Tuesday)

Kawan sudah jumpa di mana kost 20A Pogung Wreksa. Malangnya, kawan terpaksa lupakan. Sama seperti kawan lupakan Asrama Arjuna di Karang Wuni. Alasan untuk kedua kost ini tak dipilih hanya kawan saja yang tahu. Yang penting, Asrama Arjuna dan 20A Pogung Wreksa terkeluar dari senarai. Muktamad!

Suhu malam dan pagi Jogja sekarang sangat sejuk. Keluar naik basikal malam-malam memang sangat mencabar. Sebab sejuk. Siang langsung tak hujan. Walaupun secara relatif pada suhu malam dan siang akan diklasifikasi sebagai bahang, bagi kawan, cuaca siang di Jogja sekarang adalah cuaca paling sesuai untuk mereka yang mahu bercuti di Jogja. Haha! Free promo Mari Melawat Jogja 2006! No endorsement.

Tinggal 3 hari. Cuma di sisa-sisa hari terakhir ini kawan cuma mahu tamatkan misi ini dengan perasaan yang senang. Antara pengajaran yang kawan sendiri sedar, kawan sebenarnya masih belum reti berserius dan bergurau. Kadang-kadang bila kita dengan niat berserius kita disangka berjenaka, kawan tak kisah sangat. Paling parah, bila kita berjenaka, segala ayat kita disangka serius. Tak sedap! Tapi, kawan malas fikir banyak, mungkin sebenarnya sangkaan orang itu juga jenaka, tapi kawan yang terima dengan serius(pening dengan ayat sendiri).

Pengajarannya, Jangan Berbasikal Waktu Malam! Haha~

notakaki::pernah keluarkan kata-kata jenaka tetapi disangka serius. Tapi, bila tindakan setentang dengan kata-kata, kita disangka poyo. Untuk yang kata poyo, "Ampun tuanku, patik hanya berjenaka!"

2 comments:

chii said...

naik beskal waktu mlm best arr..sejuk jek..amik angin mlm

adeih..susah gak ni..muka xde perasaan eyh

KudeN said...

muahaha!! kuden rase kuden terlebih perasaan