07 September 2006

Hari 28

Hari 28
Tarikh::6 September 2006 (Rabu)

Dua (2) hari sahaja lagi! Kawan dah tak sabar nak mengumumkan hasil misi kali ni. Oh ya, sebelum ada yang silap faham, pengumuman bukan pada hari 30. Tetapi hari selepas 30 dan ia bukan hari 31. Cuma hari pengumuman. Kawan akan mengundang tetamu jemputan untuk mengumumkannya. Siapa tetamu itu, bukan sekarang kawan umumkan, tetapi pada hari pengumuman. Kawan tak akan menjanjikan pengumuman yang lain dari yang lain tapi masih lagi dalam suasana yang mendatar. Suasana biasa dan senang.

Kawan terikat dengan banyak kata-kata yang mungkin dikategorikan nasihat. Kawan bukan Ahli Fikir yang serius memikirkan perihal nasib sendiri dan nasib orang lain, tetapi kawan cuma seorang yang sedang belajar. Sekarang, kawan belajar melalui misi. Kawan selalu dengar nasihat, be yourself, jadi diri sendiri, jangan hipokrit dan lain-lain yang sama maksud. Tetapi, peribadi kawan sangsi. Kawan tak menidakkan kewujudan mereka yang jadi diri sendiri, tapi kawan mempersoalkan 'sesetengah' orang yang mempersoalkan 'sesetengah' orang yang kononnya bagi mereka tidak menjadi diri sendiri (ambil perhatian untuk perkataan SESETENGAH. Ertinya BUKAN SEMUA). Siapa anda untuk tahu adakah mereka tidak menjadi diri sendiri? Kawan selalu tergolong dalam orang pre-nilai manusia. Paling parah, kawan tak dapat mengelak dan terus menghakimi orang dari fizikal luar yang dapat dilihat. Kawan pernah cuba tukar posisi peranan, kawan ditempat mereka dan mereka ditempat kawan. Yang berbeza, mungkin isu yang ditimbulkan itu tak sama tapi yang sama benda itu mungkin langsung tak ada kaitan dengan kita. Kawan bengang. Jadi, kawan sedang nasihat diri sendiri jangan bersangka awal. Kawan tahu lepas entry ini tersiar, benda ini masih lagi melekat dalam diri kawan dan mungkin sampai bila pun kawan tak tahu. Jadi, maafkan kawan dan mohon ditegur. Jolok kawan seperti kawan buah cempedak di luar pagar, tetapi jangan jolok kawan seperti kawan sarang tebuan.

Buat yang senasib, kita tak memerlukan banyak sangat nasihat sebenarnya, tapi kita membutuhkan waktu dan keazaman. Formula kawan 'keazaman berkadar songsang dengan waktu'. Makin tinggi keazaman, makin pendek waktu diperlukan. Yuk! Berusaha!

notakaki::misi kawan makin lama makin serius kan.. haha! Mood antiklimaks~

3 comments:

Kurt Kuden said...

betul kak jie,
kuden pun suke dengan pasal kepelbagaian pendapat. Satu hal lagi, pasal membesar-besarkan perkara baru. Kadang-kadang memang tertekan gak kak jie.. Manusia ni kan kak ji, kalau benda yang dia suka atau nak sangat pertahankan benda tu, dia akan nampak kebaikan aje dari keburukan. Padahal benda tu lagi byk keburukan..

Anonymous said...

jadilah diri sendiri sebab diri sendiri yg mengenali dan mengetahui apa yg kita inginkan...lalala..ape chii merapu nih

owh...tinggal sehari je..

hurm..sape la yg akan wat pengumuman tu yerk..mcm nak umumkan raya plak...hehhe

pape pn..go go kuden..ahaks

Kurt Kuden said...

mane leh cakap Chii... chii tunggu je di hari pengumuman nanti.. Kuden wat ala kadar je.. sebab exam next week..
Heheh