09 September 2006

Hari 30 (^_^)

Hari 30
Tarikh::8 September 2006 (Jumaat)

Sebelum apa-apa, kawan nak buat pembetulan pasal hari 29

Mungkin tak semua yang bengang dan mungkin tak semua yang nak keluar dari kost. Tulisan kawan semalam mungkin sebab kawan memang dalam emosi 'nak keluar', maka segala tindakan yang ada seperti ala-ala menyokong kawan, maka kawan lagi berkobar dan mungkin kawan terlebih-lebih dalam menulis. Maka, sebelum orang lain mengutuk tulisan kawan sebagai melampau untuk mewakili semua orang di kost kawan sekarang, baik kawan mohon ampun awal-awal. Kawan rasa tak patut kawan melibatkan perasaan orang luar (penghuni kost kawan yang lain) dalam rasa tak puas hati ni. Siapa-siapa yang lain juga nak pindah, kawan tak rasa apa-apa dah, walaupun semalam kawan kata itu berita baik. Anggap saja itu antara kebodohan dan ketidakmatangan kawan dalam menulis. Dan, kawan akui, itu salah kawan SAHAJA, bukan salah orang lain. Blog kawan, maka kawan tanggung sendiri. Buat yang lain, teruskan berjuang dalam apa jua sekalipun. Kawan penyokong kalian!

Hari ini hari 30! Nisfu Syaaban juga pada hari ini. Kawan tak buat apa-apa, cuma persediaan untuk hari pengumuman. Dan juga sikit-sikit mengumpat tentang hal semalam (ketawa jahat). Hari ni juga ulangtahun lahir teman kawan, Anuar. Selamat hari lahir~. Maka, malamnya kitorang berkenyang-kenyangan di Paparon Pizza. Kedai Pizza yang anda boleh makan sebanyak mana Pizza anda mahu! siapa-siapa nanti datang Jogja bertujuan melawat kawan, nanti kawan ajak makan Paparon. Ingat, tujuan dia untuk melawat kawan bukan tujuan lain.

Hari-hari terakhir sebagai seorang 'pencari', kadang-kadang banyak menyedarkan kawan tentang banyak hal. Dan, antaranya banyak kawan pernah cerita secara tak langsung dalam hari-hari sebelum ni. Mungkin ada yang tak sedar, bahawa ada benda dalam catatan hari-hari kawan sebelum ni adalah catatan peribadi kawan yang mungkin ada terselit perasaan kawan yang telah lama kawan simpan. Kawan jarang terlalu terbuka untuk bercerita tentang kisah seharian kawan, tetapi tidak dalam misi ini. Banyak yang kawan cerita tentang kehidupan kawan walaupun sebenarnya kawan tak suka cerita tentang hal-hal macam tu dalam blog. Sesungguhnya kawan rasa bangga dan kawan pun tak tahu bila lagi kawan akan terbuka macam dalam 30 hari ini. Misi ini akan jadi sejarah tetapi pengalaman sepanjang misi ini banyak menjadi pengajaran pada kawan dan menjadi panduan hidup kawan sekarang. Ini sebenarnya yang sangat berharga. Apa jua keputusan yang diumumkan besok, kawan langsung tak kecewa, kesal dan berubah hati. Kawan sudah cukup puas untuk menikmati misi ini. Kawan rancang sendiri, kawan lalui sendiri dan kawan sendiri yang buat keputusan. Hasilnya, kawan rasa sangat nikmat. Jadi, ayuh kita bersenang-senang di hari terakhir ni!

Secara rasminya, tepat jam 12 tengah malam kawan dengan rasa rendah diri menutup MISI 30 HARI MENCARI KOST.

notakaki::I'm not a fashion statement... Hak! Hak!

5 comments:

Anonymous said...

tetiba terbayang citer 30 hr mencari cinta..3 gadis kuar dgn muka yg sedih..pastu kuar lagu " aku pulang..tanpa dendam..ku terima kekalahanku."

hehe...menarik kan kisah perjalanan selama sebulan oleh seorg pencari kost..hakhaks..kalo sblm ni nak sh hapdet slalu susah..tp demi pencarian kost..kuden hapdet hehari..cayalah..

aisey..da tadek gik citer nk baca pasni..* sedey da..

Kurt Kuden said...

hehehe.. Chii tau tak.. kalau orang ade feveret blogger.. kuden ade feveret pembace.. Kuden suke tiap kali Chii kasi respons.. Terharu sgt sgt.. t
Thxx Chii.. A lot actually..

Anonymous said...

adeih..
tetiba bluishing plak..
chii ske baca sebab dah terikut misi ni dr awal..ehehe..
lgpun mmg hobi ske baca ..ngee

Kurt Kuden said...

Kak Jie..
Sori sgt sgt ngan statement atas tu.. Hehehe..
Kuden appreciate sgt sgt sme pembaca blog kuden ni.. Kuden tau blog kuden sgt tak best mane.. tp Kuden tak akan cakap citarasa pembaca yang membaca blog Kuden ni rendah sbb bace blog kuden.. Chii ke.. Kak Jie ke.. Semua kuden rase sangat 'world'!
Paling best, kuden dapat berkenalan dgn Kak Ji.. skang bile dah ada misi ni.. Kuden rase kuden dah ade kakak baru iaitu Kak Jie... Okeyh!!
Tenkiu bangat bangat.. Hehe.. (tak over kan ayat2 kuden tadi..? Hehe)

Betul tu, misi ni sangat tambah satu warna dalam daily life kuden. Kalau dulu cuma ada hitam putih, skang kuden rasa at least kuden dah tambah warna kuning.. sronok sbnarnye..

Kurt Kuden said...

haha! kak jie.. common sense laa.. hehe..
Adoiii.. sakitnyee pipi...