19 September 2006

A Week After..

Hari::Seminggu selepas Misi
Tarikh::17 September 2006

Seminggu selepas Misi 30 Hari Mencari KOST. Kawan rasa biasa. Hehe.. Semalam(16 September 2006) kawan di kost F59. Bukan kawan seorang, tapi dengan teman-teman yang lain sempena ulang-tahun 21 Aziz (Very Belated Birthday.. 17 Ogos 2006). Acara yang sangat meriah (tema malam tu Flower or Stripes) dan yang penting perut kawan kenyang malam tu. Terima kasih untuk semua!

Sempena seminggu selepas misi, kawan nak betulkan pendapat mereka yang salah faham.

Kawan bukan berpindah ke F59. F59 cuma kost paling kawan berminat dalam misi tu. Kawan akan pindah bulan Januari 2007. Sekarang, kawan MERANCANG untuk ke sana, dan apa-apa pun, yang MENENTUKAN ialah Dia. Jadi, kawan tak akan terlalu yakin katakan, "Ya, Kawan mesti pindah ke F59!" Haha! Santai... Paling tidak, kawan tak akan nafikan F59 ialah kost pilihan dan ia cuma rancangan kawan untuk pindah. Yang tak tahu, jangan berlagak tahu apa dalam kepala fikiran kawan, Okey? Hehe..

Banyak hal sebenarnya seminggu selepas misi.. Suaragama, ujian, cadar, tahlilan, musik.. Haha! Seminggu yang sangat pendek untuk banyak benda. Santaiiiiii...

notakaki::kawan rasa penyakit emosional+sensitif manusia zaman sekarang sangat serius. Orang yang tak emosional+sensitif pun kena tempias, lama-lama orang tu pun boleh jadi emosional+sensitif. Buat yang emosional+sensitif, berwaspada! Banyak ingat-ingat Tuhan...

2 comments:

Anonymous said...

eppy very2 belated besday wat kwn kuden

Kurt Kuden said...

haha.. insya-allah