19 October 2006

Raye Pose Pada 23 Oktober?

Perati betul-betul gambar di bawah.. bace dekat ruangan tarikh iaitu ditulis sebagai tgl (shortform untuk tanggal)

Photobucket - Video and Image Hosting
????!!
.....

Raya kat Indonesia jatuh pada 23 Oktober 2006 iaitu hari Isnin iaitu mungkin awal sehari di Malaysia iaitu pada 24 Oktober 2006 iaitu hari Selasa *busuk sungguh bahasa melayu aku (perhatikan pengulangan kata 'iaitu' yang tidak bertempat)*.

Amacam? Tersentap tak korang tengok Indon raye awal sehari? Kalau yang kemaruk nak raya mesti cemburu kan dengan kawan sebab raya awal sehari? Tu kalau kemaruk, kalau yang tak kemaruk, musti kasihankan kawan sebab tak berkesempatan panjang untuk mencari pahala di bulan Ramadhan ni terutama di seploh malam terakhir ni kan? Insaffffghh..

Kawan memula dapat tau berita ni terus terkejut beruk cam korang. Bukan korang yang cam beruk tapi kawan yang terkejut macam korang terkejut. Mungkin korang normal tak perlu terkejut-kejut beruk cam kawan. Kawan punya lah saspen sebab raye awal sehari dari dijangka, mana taknya buluh lemang tak dicari, ayam lembu tak sembelih lagi, baju melayu tak siap jahit lagi, daun ketupat takde lagi. Kawan punya perancangan sebonarnyo sangat ngam-ngam untuk raye yang jatuh pada 24 hari bulan bukan dua puluh tiga (23) haribulan. Tak rayo lah pok cik kali ni! Nangis.

Ecop..ecopp.. ade something wrong ngan statement kawan kat atas tu.. Cari buluh? Daun ketupat? Baju melayu?

Pang! Pang! Pang! (menampar pipi diri sendiri)

Wake up Kuden!!! Wake up! Ko dah la tak balik raye, ada hati nak cari buluh, daun ketupat lah bagai. Jangankan baju melayu, baju india, baju jawa, baju kadazan pun tak tentu lagik ko nak ada. Nangis.

Sayu tak tengok ayat sketsa kawan kat atas? Dramatik tak adegan orang tak balik raya tapi berangan duduk kat kampung halaman sambil wat preparation menjelang raye? Harus dapat nominasi best actor kawan camni.

Ok ok.. kembali ke dunia nyata.

Tak payah la korang nak memanjangkan perasaan penasaran pasal raya kat Indon yang jatuh pada 23 haribulan tu. Ko ingat Indon tu duk sebelah Jepun? Indon tu dah masuk Kesatuan Eropah (EU) sampai nak berbeza hari sampai seketara cam tu skalik? Kawan kentut kat Jogja ni pun korang boleh bau agaknya.

Sebenarnya, sepertimana yang kawan rasa mungkin ramai dah tau pasal fahaman Islam kat Indonesia ni, di Indonesia fahaman Islam terbahagi pada dua (2). Fahaman okey, bukan Mazhab. Mazhab Islam tak pernah bercambah lebih dari 4 tu. Yang berubahnya fahaman. So, fahaman apakah itu yang membenarkan Indonesia ni raya awal sehari dari kita kat Malaysia ni? Kita?? Korang aje.. Kawan kat HinDon. Nangis.

Basically, organisasi Islam di Indonesia terbahagi kepada dua iaitu Nahdatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah. Dalam wikipedia, NU diklafisikasikan sebagai organisasi Islam di Indonesia yang konservatif di mana ia mengikut konsep Ahlussunah waljama'ah yang pola pemikirannya lebih kepada jalan tengah daripada membuat keputusan ke arah ekstrim aqli (rasional) dan ekstrim naqli (skripturalis). Pendek kata, NU tidak sekadar berpandukan Al-quran dan al-hadis tapi juga kemampuan akal fikiran yang rasional. Dan, di Indonesia, NU merupakan organisasi Islam yang terbesar iaitu 30 million pengikut.

Pada masa yang sama, organisasi Muhammadiyah boleh dikatakan reformasi Islam di Indonesia yang diasaskan oleh saudagar yang mendapat pendidikan dari Mekah yang bernama Ahmad Dahlan. Berdasarkan Muhammadiyah sendiri, ajaran Muhammadiyah ini wujud kerana adanya penyimpangan dalam ajaran Islam di Indonesia yang semakin bercampur dengan mistik, sosial setempat dan adaptasi.

Dan, tarikh hari raya Aidil Fitri yang jatuh pada 23 Oktober 2006 tu adalah tarikh yang ditetapkan oleh organisasi Muhammadiyah. Dan, bukanlah NU.

Kawan tak dapat huraikan lebih lanjut yang mana satu organisasi yang betul dan yang mana satu organisasi yang salah kerana ilmu kawan masih belum cukup untuk memberi justifikasi yang tepat. Kawan rela 'playsafe' dengan memberi pengertian kasar apa itu kedua-dua organisasi ini daripada membahaskannya. Kawan tahu bila orang yang bukan ahlinya mengadili soal agama, Islam terutamanya, ia mungkin memburukkan keadaan. :-) Dua perkara ini masih lagi menjadi kejutan budaya kepada kawan namun kawan masih lagi dalam proses berkenalan dengan mereka. Semoga kawan tahu apa kedua-duanya ini. Suatu hari Insya-Allah.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang surf a sendirik lam internet. *haha~ kawan yang malas*

Amacam dengan penjelasan dari al-ustat Kuden tadik? Impress kan? Kawan baru aje nak berangan call Malaysia pada 23 haribulan tu nak berlagak raya awal seharik, tapi terus terbantut hasrat kawan. Taun depan kawan plan puasa nak ikut NU, kalau raya kawan nak ikut Muhammadiyah. Boleh tak? *talk to the hand..*

notakaki::
selamat sahurr :P

2 comments:

NaSh said...

indon siap ada kumpulan2 dlm agama ek?
isk...
pandukan je laa pada alquran dan hadis...
abis citer~

KudeN said...

tu la.. tp bukan senang nak ubah persepsi org nash..
cam cam dalil dorang counter balik..