18 October 2006

Bioskop Hokkuden::Swades "We, The People"

Photobucket - Video and Image Hosting

Judul::Swades
Pengarah::Ashutosh Gowariker
Pelakon::Shah Rukh Khan, Gayatri Joshi
Genre::Drama

Swades bukanlah sebuah filem independent. Ia sama seperti Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai dan lain-lain. Dan, Swades juga bukan sebuah blockbuster seperti Devdas, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan Raju Chacha. Swades juga bukanlah filem hindi yang lari dari acuan perfileman Bollywood seperti yang berlaku dalam Black. Swades hanya sama seperti beratus-ratus filem hindi yang lain. Walaupun mungkin ramai yang akan meletakkan kekuatan filem ini kepada peran utamanya iaitu Shah Rukh Khan, bagi kawan Swades berdiri pada pasak dan kekuatannya yang lain. Iaitu tema filem ini. Senjata utama Swades mungkin sama seperti Phir Bil Dil Hai Hindustani cuma lebih serius berbanding filem itu. Secara keseluruhan, bagi kawan menonton Swades mungkin pengalaman yang menarik walaupun dari segi hiburan, kawan rasa masih banyak filem hindi yang mendahului Swades.

Perenggan di atas adalah sekadar gambaran ringkas tentang Swades. Kenapa kawan syorkan Swades?

Jawapannya mudah dan klise. Sebab, tema Swades. Kawan rasa kalau stesen tv tempatan memikirkan filem terbaik bersempena Deepavali dan Aidil Fitri, kawan rasa Swades sangat tepat. Tidak perlu kawan memperincikan setiap jalan dan pergerakan filem ini. Kalau mahu diibaratkan dengan pepatah Melayu, filem ini mungkin menjadi contoh pepatah 'sirih pulang ke ganggang'. TETAPI, definisi Swades lebih besar dari isu Balik Kampung iaitu isu kasta, pendidikan, kemiskinan, korupsi dan beberapa macam lagi penyakit masyarakat yang kawan rasa masih menjadi duri dalam daging. Swades tidak memerlukan rumah cantik-cantik, kumpulan anak-anak remaja cantik-cantik dan kisah cinta antara dua darjat, tetapi lebih menjelaskan erti hidup yang sebenar.

Swades berbicara soal kasta. Kasta masih lagi pemikiran lampau sesetengah golongan di bumi India masa kini. Siapa kata di negara kita tiada 'kasta'? Pengertian yang lebih besar, masalah 'kasta' hanya sama dengan masalah diskriminasi, perkauman dan lain-lain. Tidak perlu Brahmin dan Pariya baru timbul isu kasta. Namun, siapa peduli semua itu? Rasuah, pendidikan, kemiskinan, sudah terang-terang masih lagi menghantui banyak negara-negara di dunia ini. Kawan sekarang di Indonesia. Kawan tidak cukup ilmu untuk membandingkan siapa lagi teruk siapa lagi hebat dari segi pembangunan. Tetapi dari segi pembangunan mental, di Indonesia masih lagi perlu dimajukan. Babak yang paling mengetuk pintu hati kawan ialah sewaktu Mohan (Shah Rukh Khan) dalam kereta api yang sedang berhenti di sebuah terminal. Dan, pada masa yang sama datang budak kecil menjual air. Mungkin kawan masih belum pandai bercerita. Tetapi, mungkin dengan menonton sendiri, anda mampu menilai sendiri dengan daya kemanusiaan yang ada.

Swades juga hadir dengan sinematografi dan susunan muzik yang indah. Paparan kehidupan 'sebenar' India lebih indah dari tarian-tarian di bandaraya besar di Eropah. A.R Rehman memang genius. Kawan sebenarnya masih dahagakan muzik indah seperti kawan menonton Taal. Kali ini, beliau kembali. Mood pada setiap lagunya sungguh halus. Kawan sangat terpesona.

Apa lagi yang boleh kita pertikaikan dengan kemampuan Shah Rukh Khan? Ramai yang cakap, Shah Rukh Khan berlakon sama sahaja. Bagi kawan, watak Mohan seolah dibuat khusus untuk Shah Rukh. Beliau tidak perlu merayu-rayu penonton untuk menangis bersama atau mengharapkan penonton bersama-sama jatuh cinta. Ini kali pertama kawan dapat melihat Gayatri Joshi. Walaupun kawan rasa masih ada yang lebih layak untuk watak Gita, kawan rasa pemilihan Gayatri Joshi sangat tepat. Berbekalkan wajah pelakon Tamil yang cantik dan kadang-kadang melirik seperti Madhuri Dixit dan menyimpul senyum seperti Tabu, kawan rasa nasib baik yang bermain watak Gita ialah Nandita Das. Kawan tak dapat bayangkan kalau watak Gita ini dibazirkan kepada Preity Zinta atau Amisha Patel. Bayangkan. Yang lain kawan senang. Kalau kawan sudah senang, maka kawan rasa lakonan mereka paling tidak, tidak menyakitkan mata menonton.

Filem tidak perlu sempurna untuk menjadi filem terbaik. Swades ada kurangnya. Kekurangan dalam filem Swades lumrah kehidupan sebenarnya. Manusia juga ada kekurangan. Inikan filem hasil air tangan manusia. Seperti slogan Swades, we, the people. Nobody is perfect wutttt...

Sinopsis
Set in modern day India, Swades is a film that tackles the issues that development throws up on a grass root level, it is to this India, that Mohan Bhargaya, a bright young scientist working as a project manager in NASA, returns to on a quest to find between the highly developed world of NASA, returns to on a quest to find his childhood nanny. The film uses the contrast between the highly developed world of NASA, which has been at the forefront of advances in space research, and this wolrd back home in INdia which is at the crossroads of developmetn. Mohan's simple guest becomes the journey that everyone of us goes through in search of the metaphoral and elusive place called 'home'.

Rating::Nak nonton, nonton aje. Kalau bosan pdulik hape aku. (ape kemende punye rating ni?) senang-senang aku kasi A+.

notakaki::selamat berbuka!!

3 comments:

QZoners said...

Wah, aku tak pernah nonton film. Soalnya sibuk sama web... hehee

mohdismail said...

dunia kuden..kita hidup atas dunia..mana mampu lari dari semua ni..*selamat hari raya..ko balik x nih?

KudeN said...

qzoners, hehe.. ga pa pa.. biar gue yg bantuin lu.. gue nonton bagi pihak lu..

mael, tu aa.. kalau tak perfect, tu bukan realitas kan? gue ga pulang... lebaran di indon..