17 October 2006

Tokek

Sebelum kawan berbicara lebih lanjut, ayuh kita berkenalan dengan binatang bernama TOKEK.

Tokek adalah nama umum untuk menyebut cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggeris).

Klasifikasi
Kingdom:Animalia
Phylum:Chordata
Class:Reptilia
Order:Squamata
Family:Sauria
Genus:Gekkonidae
Species:Gekko
Subspecies:G. gecko

Peringatan

Hati-hati, tokek rumah kerap menggigit jika ditangkap. Bila dipegang, tokek automatik akan mengangakan mulutnya; siap untuk menggigit penangkapnya. Gigitannya sangat kuat, otot-otot rahangnya seakan mengunci; sehingga muncul pemeo bahawa gigitan tokek tak akan dapat lepas kecuali jika ada petir menyambar. Anggapan yang tidak ada kebenarannya, kecuali bahwa memang betul gigitannya sukar dilepaskan.

Ada cara yang mudah untuk menipu tokek agar tak tergigit ketika memegangnya. Letakkan sesuatu yang agak lunak tetapi liat di mulutnya yang menganga, seperti sepotong ranting atau perca kain yang dilipat-lipat, yang tidak mudah putus. Tokek akan menggigitnya dengan sekuat tenaga, sehingga si penangkap aman untuk mengamati, memeriksa dan mengukur haiwan itu. Tokek tak akan melepaskan barang itu selama ia masih dipegang orang; namun manakala tokek dibebaskan, ia akan segera melepaskan barang yang digigitnya dan berlari meninggalkannya.

SIALAN!! Kawan bengang dengan tokek! Kawan semalam tak tutup tingkap bilik. Bukan semalam je. Memang tu dah jadik kebiasaan. Kawan tak tutup tingkap sebab kawan nak mentenkan air-ventilation bilik agar tetap berada dalam keadaan paras stabil. Venitilasi udara yang cemerlang sebenarnya sangat baik untuk kesihatan anda. Sebabnya, jika anda mempunyai sistem pengudaraan yang cemerlang, anda dapat mengurangkan risk factor untuk nosochomial infection. Infeksi yang lebih bersifat oppurtunistic yang terjadi di hospital atau wad-wad yang mempunyai sistem pengudaraan yang kepam dan tahap kebersihan yang rendah. ????
Hape kebenda nosochomial infection yang kawan bebel-bebel kat atas? Ape kaitan spital ngan bilik kawan? Lantak ko, aku pun tak berapa nak paham.

Photobucket - Video and Image Hosting
tuuuuuuuu mangkuk ayun tuuuuuuuuuuuu.. ko hengat aku bodoh!

Berbalik kisah tokek yang lagi ade otak tak mau pakai, ade ke patut die masuk bilik kawan. Kawan baru aje waktu tu dari peti sejuk amik kek lapis, konon-konon nak makan kek lapis legit sambil nonton Swades. Nonton Swades? Iyee.. Swades. Sebuah filem hindi yang bukan latest sangat pun, tapi kawan nak buat liputan jugak pasal muvi nih. Tunggguuuu..

Berbalik pada kisah tokek lagi. Tak sempat kawan nak feeling-feeling nonton muvi hindi, mood kawan dah terbantut bile nengok makhluk reptilia yang sangat keji itu sedang syokkk je lepak depan pintu bilik.

Peluh jantan kawan dah memercik waktu tu! Kawan must do sumthing. Sebagai anak jantan, kawan capai penyapu yang berdekatan. Setapak dua kawan mendekatkan diri. Tapi ternyata lawan kawan bukan sebarang BINATANG! Tokek tu ade ke bodoh masuk terus ke bilik kawan!

Kawan dah tak leh buat apo-apo. Kawan perlu tim bantuan. Makanya, kawan dapat rekrut 3 tim bantuan menangkap tokek, Yelly, Robby ngan Anggi. Malangya, termasuk kawan, kami berempat ternyata dont have enough balls to destroy that stupid f**king lizard! Haha! Yelly pegang Baygon nak semprot kat tokek, Robby dengan penyapu nak kontrol dan tahan tokek dari lari. Kawan dan Anggi seperti biase memainkan peranan penting dengan memberi sokongan moral kepada Robby dan Yelly. Dan pada masa yang sama melemahkan semangat tokek untuk melawan. Kira macam perang psikologi aa ni. Dari satu sudut ke satu sudut, Tokek ni lari! Keji la tokek! Ko lari, kitorang pun terpaksa lari takut ko gigit. Kawan tak tau brapa liter dah Yelly semprot Baygon tu. Dah bau kilang racun serangga bilik kawan. Kawan rasa kalau dah macam ni punya banyak ko semprot Baygon, jangankan tokek, kawan pun boleh mampus keracunan.

Bila semprotan Yelly terakhir yang berkepul-kepul tu kena kat tokek, tokek tu dah lari nyorok masuk file-file kawan. Pastuu senyapp je.. Semua orang takut nak selongkar file-file tu. Main ketuk-ketuk je file tu. Bila respon negatif, semua orang pun berundur. Dorang bilang, kalau nampak, panggil lagi dorang. Kawan dah tak larat waktu tu melayan tokek. Lantak ko a tokek, kawan pun dengan 'buat-buat macho', tengok Swades atas katil. Lepas CD satu, kawan rasa tak sedap ati. Kawan intai tempat file-file berselerak tu. Nah ko!! Tokek tu dah lalok rupenye sebab kena semprot!

Tapii.. tak sanggup kawan nak pegang kuar menatang tu. Kawan kena bertindak cepat sebelum sedative effect ni ilang. Nasib baik, penjaga kost kitorang, Mas Harsono lalu. Kawan apo laiiee, mitak tolong Mas tu buangkan si mangkuk ayun tu! Mas Harsono dengan machonya pakai tangan aje amik tokek pastu buang lam semak. Telan air liur kawan nengok kegagahan dan keperkasaan Mas Harsono. Kalau ada fear factor kat Indon ni, kawan nak daftarkan nama Mas Harsono lah. Musti menang! And, he comes wif 'manager'. Kawan le tu.

Photobucket - Video and Image Hosting
tempat tokek ditemui lalok

Kawan pun leh sambung nonton Swades sambil lalok hidu Baygon lam bilik. Bengkak mata nonton berair-air menahan pedih efeknya Baygon. Pagi esok pukul 1 baru bangun. Matilah sel otak akuuuu..

notakaki1::sape-sape korang yang ade masalah ular masuk rumah ke.. lipan dalam sinki dapur ke.. anakonda lam lubang jamban ke, jangan susah hati. The TokekBuster, Mas Harsono bisa membantu. Maka, jangan membuang masa, terus hubungi kawan. Kenapa kawan? Iye.. He comes wif mr. manager.. *lantak akuuuu*

notakaki2::selamat berbuka puasa. :p

5 comments:

mohdismail said...

tokek tu cicak ke?haha..aku penah jumpa cicak gilab*** besar kat umah aku..tapi adek aku leh bantai kata comel..hahaha

Amor Powers said...

aku tak tau camne mung menghadapi tokek tu... mesti mung berwajah taruma ala-ala shanen ellizabeth dalam scary movie...wakakaka... mung tak mboh cerita ke kisah-kisah dolu kat kospint? terutamanya larian airmata di perkhemahan tahunan... wakakaka

KudeN said...

mael, tokek atau mane2 spisis cicak tak penah ade yang comel lam dunia ni!! kudenbencicicak

amor, hahah!! muke tokek tu yg scary.. haha.. muke aku menten macho!! huhu
larian airmata!??? huaaaaa!!! shut up yop!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11
haha!!

mushluv said...

tokek? yukes..

KudeN said...

mushluv, hehe.. yak ke? tengok scare livee lagi tak best..