01 December 2006

Kehilangan

Photobucket - Video and Image Hosting

(SMS)
Kak Ti:Adik tahu doh ke berita kampung kite?
Kawan:Berita ape?
Kak Ti:Pok Long Din meninggal. Accident nak gi solat Asar kat masjid dengan motor kelmarin. Motor lawan kereta.
Kawan:Pok Long Din? Pok Long Din Mok Long ke?
Kak Ti:Ya, adik ipar Baba. Ayah kepada Aya, Simah, Nedah dan Halim. Bapak saudare sabit kita. Bila masuk waktu, dia sokmo-sokmo cepat-cepat gi masjid kan. Mata dia kelabu doh.
Kawan:......

Kawan tahu suatu hari nanti kalau dipanjangkan umur, kita pasti akan jadi pakcik-pakcik macam Pak Long kawan, dan waktu kita jadi pakcik mesti mereka semua yang menjadi pakcik makcik di zaman muda kita pasti tiada. Satu-satu akan meninggalkan kita tanpa kita sendiri akan sedar. Sehingga satu generasi mereka akan hilang meninggalkan kita. Dan, kita pula akan menunggu masa dijemput-Nya. Bezanya, cuma masa dan cara bagaimana kita 'pergi'.

Semoga roh arwah Pok Long Din kawan ditempatkan di tempat-tempat yang selayak di sisi-Nya. Al-fatihah

2 comments:

chii said...

salam takziah ..
semoga arwah pak long din kuden ditemptkn dikalangan org2 beriman..insya Allah..

al- fatihah

KudeN said...

Chii, tenkiu.. smoge gitulah hendak-Nya`